Di sini Bermula...

Alhamdulillah. Pada jam 1040malam, 5 haribulan Februari 2010, pesawat MH 123 pon berlepas dari Kuala Lumpur International Airport(KLIA) dengan lancarnya menuju ke sebuah tempat bernama Sydney, di bumi Allah Australia, sebuah benua di selatan dunia. Tempat duduk 45E menyaksikan aku memulakan perjalananku ke bumi asing ini. Perjalanan hampir 8 jam itu agak memenatkan. Tak pasti apa yang memenatkan....barangkali minda yang penat kerana ligat berfikir tentang kehidupan yang bakal ditempuh. Barangkali juga hati yang penat kerana terasa berat meninggalkan keluarga tersayang. Namun hidup perlu diteruskan. Masih jauh perjalanan dan masih banyak amanah yang belum terlaksana. Suatu hari nanti pun, kita pasti meninggalkan dunia ini, maka apalah sangat sebenarnya perpisahan yang sementara ini.

Pada jam 9.38pagi, lapangan terbang Sydney menyaksikan langkahku bermula. Angin sejuk yang bertiup kuat dan hujan renyai2 bagai ternanti-nanti kehadiran kami, 15 orang pelajar tajaan mara yang bakal melanjutkan pelajaran ke Uni Of Newcastle ini. Selepas baggage telah penuh mengisi kenderaan Happy Cabby kami, perjalanan kami dari Sydney ke Newcastle pun bermula. Pemandangan yang dihidangkan sangat indah. Tidak pernah ku jangka hatiku akan terpaut secepat ini. Tapi itulah hakikatnya, Newcastle sangat cantik rupanya. Damainya hati memandang kehijauannya. Aku sangka aku suka kesibukan metropolitan, tapi nampaknya Allah lebih tahu apa yang aku suka.

Sampai di Newcastle, Happy Cabby berhenti di hadapan sebuah rumah di Kimian Ave. Sambutan senior yang sudah sedia menunggu bagaikan menanti tetamu diraja. Makanan sudah siap tersedia. Bagasi yang berat-berat belaka diangkat tanpa diminta. 3-4 jam perjalanan dari Sydney ke Newcastle bagaikan telah mencabut kekuatan jasad kami sehinggakan tubuh dirajai kepenatan yang amat sangat. Bagiku, di sini lah berlaku pertemuan hati-hati yang sudah lama berkasih sayang sekalipun belum pernah berjumpa. Aku sangat bersyukur. Sungguh bersyukur.

Setakat ini dahulu kisah permulaan langkahku. Tidak banyak gambar yang sempat dirakamkan kerana kesuntukan masa dan kepenatan. InshaAllah, lebih banyak yang dapat dikongsi nanti. Terima kasih kepada semua yang mendoakan perjalanan kami. Moga Allah mengganjari kalian dengan kebaikan.

kuala lumpur to sydney
food dalam MAS...ahh...mantop!
Airport Sydney! Yeay!
Ni la Happy Cabby!
En route to Newcastle!
Hujan...tak nampak ape2...tatau la amek gambar apa ni..

This is not the ending. This is just the beginning. Exactly, it is.

4 comments:

ferriangel February 7, 2010 at 6:27 AM  

ya ukhti..
seronoknye dengar pa'a dah sampai sana dgn selamat..
afwan cek x dapat nk antaq kat epot..
perancangan Allah itu adalah sebaek2nye..
selamat bermujahadah di bumi oz!!
=)

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal February 7, 2010 at 11:53 AM  

hehehe...alhamdulillah...tu la..xpa la...inshaAllah nnt akan jumpa lagi...selamat mujahadah juga...ingat daku dalam doamu eh..=)

seseorang February 8, 2010 at 12:18 AM  

couldn't see you & send you off that day, aseef!
ada program di serdang dgn akhawat lain, terpksa korbankan.. :(
moga Allah sentiasa pandu hatimu ke jalan yang diredhaiNya.. :)

jgn takut mengucapkan sesuatu yang perlu diberitahu yeee! ;)
(if you do know what i meant)

kak najwa dear,
jazakillahu khairan katheera!

sayang kamu fillah!
moga kasih sayang ini melakar hingga ke JannahNya..

amin.. :D

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal February 8, 2010 at 12:04 PM  

to seseorang:

it's ok...xpe je if x dapat jumpa b4 fly hr tu coz i'm so sure, inshaAllah, we'll meet again..=)

inshaAllah, i will try hard to tak takut utk ucapkan sesuatu yg perlu diberitahu tu ep...hehe

seseorang dear,
waiyaki...

luv u fillah =)

ameen

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)