BERAKHIRNYA NAWWAR...


Assalamualaikum semua. InshaAllah, blog NAWWAR ini akan diterminate dalam masa 7 hari lagi. Blog Nawwar ini telah mengalami sedikit pembaharuan dan kini akan digantikan dengan blog LASKAR MENTARI (http://laskarmentari.wordpress.com).

Terima kasih atas segala sokongan, respon, komen dan masa yang anda luangkan untuk NAWWAR ini. Saya berdoa kepada Allah semoga kita beroleh sebesar-besar manfaat dan kebaikan dari NAWWAR ini. Saya juga berdoa semoga LASKAR MENTARI dapat memberikan manfaat dan kebaikan yang lebih banyak.

Sesungguhnya, kita hamba Allah, hidup kita tidak lain hanyalah untukNya, setiap perbuatan dan kehendak kita juga adalah apa yang Dia pinta ke atas kita semata-mata. Kita hanyalah bangkai yang bernyawa seandainya kita hidup tanpa syariatNya.

Kehadiran NAWWAR dan kepergiannya juga inshaAllah adalah kerana mencari keredhaan Allah semata-mata. Dan inshaAllah, kedatangan LASKAR MENTARI juga adalah demi mencari ridho dan barakah Allah ke atas hidup kita semata-mata serta untuk membantu dakwah agamaNya.

Maka untuk itu, sebarang kesilapan yang barangkali telah saya lakukan sepanjang mengedalikan NAWWAR ini, saya mohon kemaafan.

Jazakumullahu khaiyr. Akhir kata, kita bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Look Forward Mate!


Dalam hidup ini,kadang-kadang ada waktunya kita perlu kuatkan semangat kita sendiri. Kena bangun dan terus berdiri, kena melangkah dan terus berlari, kena look forward dan jangan pandang belakang lagi...

Setiap peringkat dalam hidup kita ini sebenarnya mempersiapkan kita untuk peringkat yang berikutnya. Kehidupan kita di sekolah rendah, menyediakan jasad dan mental kita untuk kehidupan di sekolah menengah dan kehidupan di sekolah menengah menyediakan kita untuk sebuah kehidupan di universiti. Kehidupan universiti pula menyediakan kita untuk sebuah alam pekerjaan. Kehidupan kita bagaikan 'rantai'. Ada orang yang 'rantai'nya pendek. Lalu dia cepat bertemu penghujungnya. Ada orang yang 'rantai'nya panjang, lambat juga untuk bertemu penghujungnya. Bagi mereka terjaga rapi 'rantai'nya, pendek atau panjang, kedua-duanya adalah nikmat bagi mereka. Bagi mereka yang tidak memanfaatkan 'rantai' itu, lantas pendek atau panjang, kedua-duanya adalah azab bagi mereka.

Best kan hidup kita? Banyak peluang Allah bagi untuk betulkan masa lalu. Banyak peluang Allah bagi untuk prepare diri untuk masa depan. Best kan?

So hidup kita kena senyum je, happy je,inshaAllah, semuanya dah tersusun cantik...sangat cantik. All we have to do is smile and look forward!Buat ape pon fikir syurga je...sebabnya, peringkat hidup di dunia ni pula menyediakan kita untuk kehidupan di akhirat sana..Live well here in dunya, inshaAllah, we'll live well there in the akhirah...


Di sini Bermula...

Alhamdulillah. Pada jam 1040malam, 5 haribulan Februari 2010, pesawat MH 123 pon berlepas dari Kuala Lumpur International Airport(KLIA) dengan lancarnya menuju ke sebuah tempat bernama Sydney, di bumi Allah Australia, sebuah benua di selatan dunia. Tempat duduk 45E menyaksikan aku memulakan perjalananku ke bumi asing ini. Perjalanan hampir 8 jam itu agak memenatkan. Tak pasti apa yang memenatkan....barangkali minda yang penat kerana ligat berfikir tentang kehidupan yang bakal ditempuh. Barangkali juga hati yang penat kerana terasa berat meninggalkan keluarga tersayang. Namun hidup perlu diteruskan. Masih jauh perjalanan dan masih banyak amanah yang belum terlaksana. Suatu hari nanti pun, kita pasti meninggalkan dunia ini, maka apalah sangat sebenarnya perpisahan yang sementara ini.

Pada jam 9.38pagi, lapangan terbang Sydney menyaksikan langkahku bermula. Angin sejuk yang bertiup kuat dan hujan renyai2 bagai ternanti-nanti kehadiran kami, 15 orang pelajar tajaan mara yang bakal melanjutkan pelajaran ke Uni Of Newcastle ini. Selepas baggage telah penuh mengisi kenderaan Happy Cabby kami, perjalanan kami dari Sydney ke Newcastle pun bermula. Pemandangan yang dihidangkan sangat indah. Tidak pernah ku jangka hatiku akan terpaut secepat ini. Tapi itulah hakikatnya, Newcastle sangat cantik rupanya. Damainya hati memandang kehijauannya. Aku sangka aku suka kesibukan metropolitan, tapi nampaknya Allah lebih tahu apa yang aku suka.

Sampai di Newcastle, Happy Cabby berhenti di hadapan sebuah rumah di Kimian Ave. Sambutan senior yang sudah sedia menunggu bagaikan menanti tetamu diraja. Makanan sudah siap tersedia. Bagasi yang berat-berat belaka diangkat tanpa diminta. 3-4 jam perjalanan dari Sydney ke Newcastle bagaikan telah mencabut kekuatan jasad kami sehinggakan tubuh dirajai kepenatan yang amat sangat. Bagiku, di sini lah berlaku pertemuan hati-hati yang sudah lama berkasih sayang sekalipun belum pernah berjumpa. Aku sangat bersyukur. Sungguh bersyukur.

Setakat ini dahulu kisah permulaan langkahku. Tidak banyak gambar yang sempat dirakamkan kerana kesuntukan masa dan kepenatan. InshaAllah, lebih banyak yang dapat dikongsi nanti. Terima kasih kepada semua yang mendoakan perjalanan kami. Moga Allah mengganjari kalian dengan kebaikan.

kuala lumpur to sydney
food dalam MAS...ahh...mantop!
Airport Sydney! Yeay!
Ni la Happy Cabby!
En route to Newcastle!
Hujan...tak nampak ape2...tatau la amek gambar apa ni..

This is not the ending. This is just the beginning. Exactly, it is.

Post Terakhir...


Barangkali ini adalah post terakhir, sebelum kakiku meninggalkan bumi malaysia menjelang malam 5hb februari 2010 ini. Betapa singkatnya tempoh 6 bulan, suatu penantian yang kurasakan seribu satu kesakitan dan kepedihan. Benar, penantian itu menyakitkan. Menunggu jarum jam bergerak meninggalkan satu nombor dan menuju ke nombor yang lain di muka jam bagaikan satu babak yang cukup menyakitkan bagi seorang pemudi yang sewajarnya menumpah bakti kepada ummati ummati....

Satu perkataan sahaja, bagiku, yang kurasakan mampu membayar waktu2 yang kulewati dalam keadaan kealpaan, yakni- astaghfirullah.

Satu perkataan sahaja, bagiku, yang kurasakan mampu menutup wajahku yang malu kepada Allah kerana seringkali Dia selamatkan aku dari jurang2 kesilapan, yakni- alhamdulillah.

Cukup rasanya, tarbiyatul ahdath yang berlaku ke atas aku dalam 6 bulan penantian untuk terbang ke bumi australia ini.

Siapa sangka, daripada bumi ireland, kemudian menyangkut dilema di bumi UK, rupanya takdir ilahi menentukan 5 tahun berikutnya dalam hidupku, inshaAllah, akan berlatartempatkan Newcastle, Australia. Siapa sangka...subhanallah...

Sepanjang beberapa hari yang masih tinggal untuk kuhabisi sebelum tanah air ini kutinggalkan, ku habiskan dengan meneliti dan memerhati apa yang Allah hidangkan di hadapan mata ku. Daripada sedikit pemerhatian itu, kunukilkan sebuah puisi buat kalian, sebagai satu perkongsian tanpa bayar, ikhlas dari hati ke hati, moga2 tatapanku menjadi tatapan kamu, dan kesedaranku menjadi kesedaran kamu dan yang paling penting, kesilapan aku, kuharapkan tidak menjadi kesilapan kamu...



Ada berjuta-juta wajah
Ada berjuta-juta kisah
Ada berjuta-juta kehidupan
Ada berjuta-juta permintaan
Semuanya dalam kekuasaanNya
Semuanya


Duduklah di pasar-pasar
Akan kau lihat sejuta sandiwara
Jutaan kehidupan yang dipinjamkan kepada manusia
Tetapi dikejari dengan segala daya usaha
sekalipun bisa tertipu dan menjadi sia-sia


Di kedai itu ada seorang mak cik duduk bertongkat dagu
Di atas motosikal, seorang tua menunggang laju,
Di dalam motokar pula seorang pemuda bersiul lagu
Bunkface Extravaganza dan Aku Rindu Sayang Kamu,
Di warung-warung drama hidup semakin padu,
Pantas,
Roti canai dan teh tarik datang selalu,
Asap ekzos dan rokok berganding bahu,
Tapi manusia tetap juga, belum mahu bersatu.


Di mana silapnya?
Apabila kita semua melihat hidup kita adalah kita
keluarga kita,
anak kita,
rumah kita,
dapur kita,
kereta kita,
bil kita,
hidup kita menjadi hidup kita sahaja
semata-mata
maka jadilah kita
seperti di bawah tempurung kelapa

Kenapa begini?
Terlalu banyak kisah
Tapi tak siapa peduli
Siapa kita di atas bumi ini?
Samakah kita kelak di hadapan ilahi?
Kenapa harta dan pangkat menjadi prioriti?
Mengapa tidak aqidah dan hati?
Bilakah mungkin terlakar senyuman di wajah pengemis-pengemis?
Adakah hanya selepas kebuluran lalu mati?

Terlalu banyak kesilapan dan kesedihan di atas bumi ini
sehinggakan suatu hari nanti bumi ini pasti kecewa
kecewa dengan kita yang lama sekali leka

Terlalu banyak kesilapan dan kesedihan di atas bumi ini
Terbelakah mereka suatu hari nanti?

Sekian post terakhir sebelum saya fly. Moga bermanfaat. InshaAllah, panjang umur, kita bertemu kembali selepas 5hb ini. Doakan kami.





SAYA LULUS!


"alhamdulillah!!!"

"saya dah lulus test JPJ!!!"

"saya akan dapat lesen P!!!"

"saya gembira sangat"

"wahai kuda-kuda perang, kini aku sudah bisa menunggangmu!"

"yeay!!"




Susah Nak Cakap...


Sekarang ni susah sangat nak cakap apa-apa.

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kita tidak diberi banyak pilihan. Tetapi kita menerima banyak tekanan supaya membuat pilihan.
Sebab tu hari ini, bila sesuatu yang tidak selari dengan kehendak hati berlaku, komuniti akan terbahagi kepada 3 bahagian: 1)yang bangun membentak dan menzahirkan ketidakpuasanhati. 2)yang bercakap-cakap sebab tak puas hati tapi cakap di belakang saja.3)yang buat tak tahu aje lah dan "peduli hape aku..".

Apabila berlaku suasana begini, selalunya ia akan memperlihatkan keadaan yang tidak harmoni dalam masyarakat. Kerana akan wujud segelintir yang lantang bersuara dan segelintir lagi banyak menghasut dan mencerca di belakang dan yang satu puak lagi langsung tak ambil peduli.

Kewujudan kelompok pertama yang lantang itu tidak boleh juga dipersalahkan kerana mereka merasakan rintihan atau pandangan mereka tidak didengari sekiranya mereka cakap baik-baik.

Kewujudan kelompok kedua yang lebih banyak cakap belakang ini pula lebih ditakuti, kerana kadangkala akan menjadi batu api yang menambahkan lagi bahang panas kelompok pertama.

Kewujudan kelompok ketiga pula melambangkan masyarakat sedang sakit kerana ada individu2 di dalam masyarakat yang tidak peduli(bermaksud tidak memainkan fungsinya sebagai anggota masyarakat). Macam badan kita lah, kalau buah pinggang tak mahu berfungsi, kita dianggap sakit. Jadi kewujudan orang-orang yang tiada fungsi ini adalah satu kesakitan kepada masyarakat.

Perlu diingat.

Kalau tak ada angin, takkanlah pokok nak bergoyang.

Apatah lagi kalau dah ribut...

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kontroversi dan isu-isu panas serta division di dalam masyarakat akan memberikan gambaran tidak sihat kepada pelabur-pelabur asing. Ini satu fitrah. Manusia tidak mahu kesusahan.

Tetapi, yang perlu lebih diingat lagi adalah, kewujudan ahli-ahli masyarakat yang tidak ambil peduli sesama sendiri ini lebih besar musibah kepada negara. Tak guna 'kereta' kita cantik, cat berkilat di luar, cermin tinted dan design hebat tapi brek tak boleh pakai. Apa gunanya.Alih-alih, accident juga. Bukan saja orang tak mau melabur duit beli 'kereta' kita ni, kita pon dah tak boleh pakai. Kita asyik fikir apa pandangan orang pada luaran 'kereta'' kita, tapi kita terlupa check komponen-komponennya.

Hari ini sangat banyak masalah timbul gara-gara kita suka mengangkat pandangan mata manusia melebihi pandangan mata Allah.

Bila Burj Dubai dah naik, pak-pak arab lain sekarang sedang bising nak bina bangunan setinggi 1km pula. Wah wah, berlumba-lumba bina bangunan pencakar langit pula. Orang kat sempadan mesir-palestin tak dapat-dapat bekalan makanan dan keperluan hidup juga, orang-orang islam kat kashmir miskin melarat juga, tak pon, tak payah pergi jauh-jauh, kat malaysia pun ada miskin tegar yang hari-hari makan siput babi!

Dahsyatnya mentaliti orang-orang ini, mereka begitu bangga memperihalkan kehebatan status dan harta mereka, heboh sana-sini wang ringgit mereka, bagaikan tidak teringat langsung kepada yang sangat memerlukan, bagaikan tidak teringat langsung bahawa each cent tu akan disoal semula di akhirat nanti.

Kalau beginilah sikap sesetengah dari kita, no wonder la society selalu chaos.



SOUTHERN GATHERING 2010


YEZZA!!

Mari sertai kami di Southern Gathering!

150110-160110
(Tarikh kat poster silap..aiseh..)

Orang-orang australasia(aussie and nz)...

mai jangan tak mai!

Tempat: Kompleks Rakan Muda Puchong,
Jalan TPP 1/3, Tmn Perindustrian Puchong,
Batu 12, 47100 Puchong, Selangor.

Contact person: Megat-0132974818
Puteri-0136293931


Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)