Begitu jauhnya kita
dijarakkan oleh beberapa zaman
dibezakan dengan jutaan perbandingan
dijauhkan oleh pelbagai dugaan
tetapi Alhamdulillah
dipertemukan melalui Al Quran
dikenalkan dengan sunnah
dieratkan dengan berbagai-bagai hadith
yang membuat aku tidak pernah sunyi
tidak pernah sepi
dan tidak mungkin dapat lari
dari mengenali dan mendalami mu.
kadangkala aku sedih
kenapa aku di sini?
alangkah indahnya hidup di sini.
habis, kenapa perlu sedih?
ya aku sedih kerana aku bimbang sekali
apakah di akhir nanti hidup ku akan seindah ini?
atau mungkinkah hidupku ini terasa indah kerana aku belum berjuang?
aku dengar katanya kalau kita memperjuangkan agama
pastinya tiada yang mudah
adakah aku belum berjuang?
alangkah jauhnya hidup aku dan dia
hidupku juga di zaman jahiliah seperti zamannya
bezanya aku dengannya adalah
aku penuh karat-karat jahil di akalku
dia penuh buah-buah ilham dakwah di akalnya
Dia Rasulullah
terlalu jauh dibandingkan dengan diriku yang hina ini
alangkah indahnya jika dapatku lihat dirinya
alangkah megah Islam bersama-samanya
alangkah rendah diri ini disisinya
lebih rendah lagi aku disisi yang Maha Pencipta
kerana kegagalan ku membawa perjuangan idolaku
Muhammad Rasulullah.
AKU DAN DIA...
Posted by
Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal
Sunday, September 14, 2008
2 comments:
"aku dan dia"??? cuba memamahi maksud tersirat, tapi tak dapat
maksud tersirat?
ada lain ke selain "aku" dan "Muhammad"??
hidup terasa indah:
2 kemungkinan, belum berjuang atau menikmati setiap bibit perjuangan.
setiap saat terasa kewujudan..
proof of our existence, which is only for HIm..
dibanding tara,
yang dapat hanya jurang berbeda,
kini perlu cuma,
usaha seadanya,
jua sekuat hati sepenuh tenaga,
hingga letih,
lalu letih dibuang,
hingga tercapai yang tercita,
kerna tiada istilah letih dalam perjuangan,
kerna perjuangan yang meletihkan bisa putus asa.
itu yang ku baru belajar.
Post a Comment