Selalu Menangis...


Dulu masa kecik-kecik, saya selalu menangis...banyak gambar mase baby semua muka tengah nangis, mama kate...sebab tu Nawwar tak de banyak gambar masa kecik, sebab Nawwar selalu menangis...ada satu gambar masa anniversary mama papa, masa tu Nawwar macam umur 3 atau 4 tahun, ade gambar mama tengah potong kek, tiba-tiba kat belakang mama ada Nawwar tengah menangis...lah...nangis lagi...

Masa umur 5 tahun if tak silap, ada pergi jalan-jalan kat taman burung, ade satu patung burung kasawari yang besar, tengok-tengok, ada gambar Nawwar nangis kat burung tu...ok...tak paham betul...tak ingat ape punca menangis kat burung tu tapi muka Nawwar memang merah-merah...hidung macam badut dah...haih..takde ke gambar masa kecik yang tak menangis?

Ada satu gambar, masa tu Nawwar baby lagi, muka memang tak comel langsung...sebab?mestilah sebab dok menangis...mase tu dalam gambar tu Nawwar tu meniarap atas meja kat Pizza Hut, tak taulah jin mana mengusik sampai menangis...

Pendek kata, banyak betul menangis masa kecil2 dulu....

Masa Nawwar umur 12 tahun, Nawwar masuk pertandingan baca sajak...untuk pertama kalinya Nawwar wakil sekolah ke pertandingan puisidra tu, jadi Nawwar sangat nervous...Nawwar masa tu kena baca sajak tentang Matahari sebab tu Puisidra Sains so ada unsur2 sains la...oleh kerana terlalu risau, gugup dan nervous yang amat sangat, Nawwar 'ter'menangis masa baca sajak tu...guess what?Kerana tangisan tu, Nawwar ditabalkan johan pertandingan tu dan dapat pula anugerah pendeklamasi sajak terbaik...Nawwar masa tu terkejut betul.Nawwar nangis bukan sebab feeling, Nawwar nervous masa tu, tiba2 tak sedar air mata keluar mencurah2 ke ladang gandum, sampai pengadil ingat Nawwar sangat menghayati sajak...

Bila dah besar, Nawwar tak tahu lah perangai tu ada lagi atau tidak tapi Nawwar tahu, tiap2 kelemahan, sebenarnya adalah kekuatan. Dan tidak pernah ada kelemahan yang Allah berikan kepada kita melainkan untuk menguatkan kita.Mungkin kelemahan Nawwar adalah cerita2 hidup dan air mata yang mudah mengalir, tetapi inilah kekuatan yang akan merenggut hati2 lain agar merasai apa yang Nawwar rasa...

Anda juga sebenarnya punyai kekuatan. Carilah kekuatan anda pada titik-titik yang anda sangka adalah kelemahan anda. Yang pastinya hidup kita bukan untuk menangisi kelemahan diri, atau ceritera sedih yang tidak pernah akan mengakhiri, tetapi hidup kita sebagai da'ie, adalah menggunakan tiap2 pemberian Ilahi, baik kekurangan mahupun kelebihan, untuk dilaburkan ke medan dakwah ini....

Sampaikanlah Islam dengan sebaik-baik cara yang termampu diusahakan, dengan segala kebolehan yang anda ada, dengan segala pancaindera yang diberikanNya...sekalipun dengan senyuman atau tangisanmu...=)

Aqulu qauli haza. Assalamualaikum


Jangan Pernah Berhenti


Ibn Taimiyyah once said,

"What can my enemies do to me?
My paradise is in my heart, it goes with me where i go,
to put me into prison, is to let me having 'khalwah' and devotion to Allah,
to execute me, is martyrdom,
to kick me out of my land, is a journey or travelling to the path of Allah swt..."


Maka kepadamu ansarAllah,
andai kadangkala dalam perjalananmu,
debu2 jahiliyah mengaburi pandanganmu,
sapulah dari matamu,
dengan lembaran-lembaran suci Tuhanmu,
dan teruskanlah perjalanan
jangan pernah berhenti.

Andai kakimu sakit,
tubuhmu longlai kepenatan,
berteduh lah bersama saudaramu di persembunyianmu
bersama tentera-tentera lain yang bergerak senyap
lalu bertahmid dan berzikirlah bersama-sama,
bantulah sesama kamu,
untuk kembali bertenaga,
kemudian bangunlah dan teruskan perjalananmu
jangan pernah berhenti..

Seandainya dalam perjalanan yang jauh dan sukar itu,
kalian digempur musuh
dibenci dan disakiti
katakanlah
"sodaq Allahu wa rasuluh"
inilah jalan yang benar,
kerana itu kamu merasa sukar
maka lepaskan lah dirimu sedaya upaya
dari cengkaman musuhmu yg nyata
dan teruskan perjalananmu
jangan pernah berhenti...

Allah menjual syurga kepada kita,
dengan harga yang mahal,
kebahagiaan dunia,
kemewahan harta,
kepentingan sendiri dan keluarga,
kecintaan pada manusia,
bayarlah dengan harga yang kau mampu...
Kelak syurga pasti milikmu...
Asalkan...bergeraklah kamu...
Jangan pernah berhenti...


Aqulu qauli haza...assalamualaikum

PEREMPUAN

Assalamualaikum warahmatullah buat pembaca-pembaca Nawwar. Nawwar mohon maaf kerana agak lama tidak meng’update’ blog ni. Hakikatnya Nawwar berdepan sedikit kesulitan untuk online apabila berada di Sungai Petani. Tapi sebenarnya, kalau Nawwar berusaha dengan gigih pasti Nawwar masih dapat mengusahakan blog ni walau di mana pun berada. Nawwar nampaknya perlu banyak mmperbaiki pengurusan masa, hati dan amal agar tidak mengabaikan apa-apa pun tanggugjawab kepada umat.


InshaAllah, Nawwar sekarang dalam usaha membangunkan laman blog baru yang inshaAllah akan membawa kalian ke medan yang lebih serius dan lebih bermanfaat. Nawwar masih dalam proses mengkaji dan menyelidik akan kaedah-kaedah terbaik untuk menyampaikan mesej Islam yang dalam masa yang sama tidak mengabaikan fitrah manusia yang berhati lembut, suka santai2 dan inginkan kemudahan dan ketenangan fikiran.


InshaAllah, blog yang baru tersebut mungkin akan diwujudkan hanya selepas Nawwar menjejakkan kaki di bumi Australia which is agak lambat lagi. Tujuannya,pertama, adalah untuk memberi peluang kepada Nawwar sendiri untuk melengkapkan analisa dan penelitian kepada bahan-bahan yang sepatutnya dan yang tidak sepatutnya mengisi sebuah blog dakwah. Kedua, untuk membantu pembaca-pembaca Nawwar menyesuaikan diri dengan perubahan konsep blog Nawwar ni. InshaAllah, kita sama-sama berdoa moga2 Allah memberkati setiap usaha untuk menyampaikan risalah rahmah ini dan juga semoga hati-hati yang berjuang di jalan amal ini akan terus bersih, suci dan tajarrud dari segala yang lain selain dari Allah sehingga menjadilah agama Islam ini untuk Allah semata-mata. InshaAllah.


Dalam post kali ini, Nawwar ingin menyentuh sedikit berkaitan isu Women In Leadership yang baru-baru ini telah dibincangkan dalam sebuah rancangan untuk kaum wanita di TV3. Keaktifan Datin Seri Rosmah Mansor menyuarakan kepentingan untuk kaum wanita bangun dan mengambil langkah memajukan diri yang kemudiannya direalisasikan dengan Persidangan Wanita-wanita Pertama yang bakal dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan dilihat oleh Nawwar sebagai satu cetusan semangat yang tidak salah tetapi perlu ada ruh Islam di situ. Kita semua perlu ingat, apa-apa perjuangan yang tidak dilandasi Islam, tidak mungkin dan tidak akan berkekalan.


Kata-kata ini bukanlah ditujukan kepada NGO-NGO yang terlibat dalam memperjuangkan hak-hak wanita sahaja sebenarnya tetapi juga kepada apa-apa badan pun yang sedang memperjuangkan sesuatu course.

Bahkan kepada kelompok pelajar MPP yang mengetuai pelajar di KMB pun perlu jelas akan matlamat perjuangan anda. Sekiranya kita memahami matlamat kewujudan MPP itu adalah sebagai aset untuk mengislahkan budak-budak KMB itu secara berjemaah, maka seseorang MPP itu tidak akan merasakan urusan-urusan membaikpulih internet dan memperjuangkan isu lalat di dewan selera yang tidak ada hujung pangkal itu sebagai urusan utamanya. Sebaliknya, akan melihat isu akhlak para pelajar yang harus dipertamakan.(Tapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan perkara2 serupa ini...persoalan di sini adalah prioriti.) Kalau satu kelompok pelajar yang gemar kepada Islam, dan bersyukur dengan apa saja berjaya diwujudkan, tidak akan timbul masalah internet atau lalat lagi kerana semua orang okay saja dengan apa jua keadaan asalkan dapat beribadah, dapat belajar dengan baik dan cukup makan pakai. Betul tak? (Tapi kalau cakap macam ni mesti orang kata idealistik sangat. Kalau macam tu selama ni Nabi dengan sahabat2 tu idealistik la jugak. Bukan ke diorang berjuang nak sampaikan Islam ke seluruh dunia, nak semua orang dengar and faham Islam. Pada zaman nabi, perjuangan macam tu memang nampak tak realistik and ideal sangat tapi apa yang diperjuangkan itu benar2 tercapai pada zaman abbasiyah!Betul tak?haa...so peduli hape...memang kita idealistik, futuristik, optimistik...sebab kita nak contohi Nabi dan para sahabat!)


Berbalik kepada isu wanita, sebenarnya Islam telah lama pun mengangkat martabat wanita. Nabi sendiri tidak pernah walau sekali mengabaikan kaum hawa. Nabi ada halaqah-halaqah khas untuk mendidik kaum wanita. Bahkan, selepas solat sunat aidilfitri, Nabi akan berjalan dari hadapan iaitu dari bahagian lelaki, terus ke bahagian kaum wanita di saff belakang bersama-sama Bilal. Dan kemudian Nabi akan menyeru kaum wanita supaya sama-sama bersedekah ke jalan Allah dan pada ketika itu, Bilal akan menghulurkan cebisan kain kepada kaum wanita lalu mereka akan beramai-ramai mencampakkan cincin, gelang, wang atau apa-apa sahaja yang mampu mereka serahkan untuk membantu da’wah dan perjuangan Islam. Lihat, nabi mengangkat tinggi perjuangan kaum wanita dan memberi peluang untuk kaum wanita memberi saham pada perjuangan Islam.


Tapi kenapa hari ini, apabila isu hak-hak wanita diperjuangkan, ia seolah-olah kering dan bisu dari nilai-nilai Islam? Isu-isu sama taraf, peluang bekerja, menuntut ilmu dan sebagainya diperjuangkan dengan dalil-dalil dari Barat dan bukannya dari Al Quran atau sirah-sirah Nabi yang telah banyak memartabatkan wanita.


Yang buat Nawwar rasa ada something missing dalam perjuangan-perjuangan semacam ini adalah kerana bila Nawwar tengok rakaman-rakaman persidangan dan majlis-majlis NGO ni, kaum wanita itu sendiri tidak mengangkat dan tidak menyedari martabat dirinya yang sebenar sebagai seorang muslimah. Ada segelintir yang tidak sempurna penjagaan auratnya padahal Allah memerintahkan kaum wanita menutup tubuhnya dengan sempurna kerana dia seorang yang sangat berharga, indah dan hebat. Kerana lupa dan tidak sedar akan kehebatan inilah, segelintir daripada kita hilang identiti dan merasa cantik dengan sesuatu selain Islam. Apa sebenarnya yang diperjuangkan kalau yang mana satu betul dan yang mana satu salah pun masih belum jelas di mata mereka?


Dalam dunia hari ni, banyak sangat masalah yang timbul kerana masalah iman dan aqidah tetapi tidak diselesaikan dengan Islam. Masalah sosial, masalah malas belajar, kaum rempit, kemalangan masa musim raya dan sebagainya, semuanya adalah masalah hilang nur Islam dalam hati mereka. Ubat kepada penyakit-penyakit ini adalah kembali kepada Allah dan Rasul tetapi kalau kita buat ceramah tentang Islam sikit nanti kena tangkap pulak en sebab tak bertauliah....Nah... Akhirnya isu-isu ni tak pernah pun selesai bahkan bertambah.


Dalam satu hadith sahih, daripada Abu Muhammad Abdullah Ibn Amru Ibn Al-’Aas,

Rasulullah SAW bersabda,

”Seseorang kamu tidak benar-benar beriman hinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa”


Wallahu’alam. Assalamualaikum.

FITYAH


Assalamualaikum warahmatullah. Nawwar rase banyak kawan-kawan kat uni sekarang yang sedang atau nak exam...especially orang-orang kat Australia la sebab diorang dok nak exam then lepas tu nak balik mesia dah...Nawwar pun tergerak nak write something on jihad as study ni pon part of jihad jugak but tak banyak orang rase ia sebagai jihad sebab dah lama sangat minda kite ni terjajah dengan sekularisme apabila penjajah pisahkan sistem pendidikan and sistem hidup lain dari Islam.Sehinggakan kita jadi susah nak nampak study tu as alat dakwah and of course as one of the ways to get closer to Allah.

Baru-baru ni Nawwar ada baca sket tentang tugas pemuda pemudi Islam and ade juga baca satu teks ucapan ISHAB ni tentang Pemuda Islam Di Bawah Naungan Al Quran...Nawwar melihat beberapa pemikiran yang buat Nawwar rasa nak muda sentiasa sebab sangat lah banyak benda yang boleh disumbangkan kepada Islam sebagai seorang pemuda muslim. Yes, Nawwar tidak menolak hakikat bahawa kita boleh berkhidmat kepada Islam walaupun kita dah tua tapi pemuda ni ada kelebihan yang tersendiri. Menjadi pemuda adalah nikmat, menjadi sibuk ketika masih muda juga adalah nikmat.

Nawwar kadang-kadang rasa marah betul kalau ade kawan-kawan yang cakap malas study and malas la nak belajar betul2...banyak masa lagi la apa la...No, tak patut macam tu. Sebabnya, what occupies the mind of a syabab will determine the future of his Deen...Kata-kata ni Tariq Suwaidan yang cakap and apparently, it is so true. Sebab tu, kite sebagai pemuda yang faham fikrah Islam kena berbeza dari pemuda lain...minat kita, cita-cita kita, hobi kita, semangat kita, everything tak sepatutnya sama dengan cita-cita, hobi dan semangat pemuda lain.

Nowadays, youth dekat USA, dekat Europe, sedang mengalami kejatuhan akhlak yang sangat membimbangkan pemimpin2 mereka. Masa zaman Abbasiyah dulu, bila pemuda Islam mula diulit nikmat2 dunia dan menjadi lalai, tentera salib ambil kesempatan dan mula bersemangat kembali untuk merampas Baitulmaqdis. And they made it. Because time tu, kehebatan tamadun menyebabkan para pemuda leka dan hilang semangat jihad dalam hati mereka. Sebab selesa sangat.

Now, diorang pulak yang sedang mengalami keruntuhan moral kerana mereka sedang selesa dengan kehebatan tamadun mereka. Kenapa kita tak ambil kesempatan dan bangkit kembali?

Kita pemuda perlu yakin. Yakin seyakin yakinnya kepada Allah bahawa kita akan menang bersama Islam. Kita perlu yakin pada Allah dan pada diri kita juga, lebih yakin dari yakinnya kita bahawa hari esok akan tiba. Keyakinan kita adalah butir-butir debunga yang akan membuahkan keyakinan dalam umat.

Kita pemuda Islam kena Ikhlas dalam mengharungi susah payah hidup kita sebagai Muslim yang belajar. Sebab kita faham bahawa prioriti kita adalah pembangunan dan pembinaan ummah,kita faham tenaga kita bukan milik kita tapi jua milik ummah dan kita jelas bahawa 24 jam yang Allah berikan kepada kita tidak mungkin dan tidak boleh digunakan sama macam orang lain kerana kita ada komitmen dan tanggungjwab yang lebih besar.(Ni refleksi diri juga...sedang berusaha nak capai 10 muwasafat tarbiyah sesempurna mungkin..)

Kita pemuda juga perlu semangat tinggi dan perlu banyak berkorban sekiranya kita mahu bersama-sama Islam menuju kemenangan. Tidak mungkin syurga itu datang bergolek tanpa pengorbanan yang setanding dengan cebisan daging dan hamburan darah para nabi dan sahabat yang tumpah di medan jihad dalam perjuangan menegakkan kalimah Lailaha illallah.

Kita pemuda juga perlu berani bertindak. Fikrah yang teguh dan kuat akan mengasaskan tindakan yang hebat dan tidak diduga. Dan untuk umat berubah, kitalah yang harus menjadi titik mula perubahan tersebut. Kita kena bertindak lawan perasaan malas dan tidak yakin diri tu sebab tiap2 pilihan yang kita buat sebenarnya kita juga sedang decide untuk umat. If kita choose to be average,lame, tak kisah and biase2, then u are choosing the same things for your ummah. Nak ke jadi titik lemah dalam umat padahal umat is waiting for us to save them?

Mafhum hadith, "seorang itu tidak benar2 beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk kepada ajaranku"

(hadith 40)

So, ape kite kena wat sekarang? Change for the better...bila rasa malas atau tak semangat, fikir pasal umat banyak2...pergi la mall-mall berdekatan, dok kat situ, tengok betapa banyaknye orang yang belum faham Islam. Haa...ko sempat plak nak malas2...umat dah nazak2 ni kite dok lemah2 plak...tak leh camtu. Nabi pon nak wafat dok ingat umat lagi, kita ni, nak fikir pasal umat sekali sehari pun macam susah je kan...haa..

So everyone, takde malas dalam kamus hidup seorang pemuda muslim...jom kita tanggalkan rasa malas dari badan eh?Nyah kau dari sini...

Aqim Al Islam fi qalbika, taqum fi ardhika...tegakkan islam dalam hati kamu, nescaya akan tertegak atas muka bumi.

Kat bawah ni Nawwar letak satu klip video dari Avril Lavigne, ade lagu Knockin On Heaven's Door...ni lagu koleksi untuk Peace Song sempena hari kanak2 sedunia..haa...omputih plak dok fikir masalah umat kite en...ape la kite ni...aiyaa...

Dalam lagu ni ada tunjuk kanak2 and anak2 muda yang tidak semewah dan segembira kita. Nawwar harap anda buka hati dan jom la kita banyak2 bersyukur for Allah has given us hidup yang sangat selesa and kita pon dapat macam2, dapat fly, dapat wat medic la, dapat wat engine, actuary etc, dapat jalan2 ke Scotland(ok ni macam nak tuju khas kat budak2 pms la...hehe...jeles en tak dapat pegi..), dapat family yang best and the list goes on.
So, give thanks to Allah eh.Tapi dalam kesyukuran tu, biar ada rasa takut. Kerana tiap2 kegembiraan kita nanti akan disoal kembali. Anak2 muda dan kanak-kanak kecil yang tidak bernasib baik tu suatu hari nanti akan tanya balik kita apa kita dah buat untuk bantu mereka. And pada waktu tu, takutlah kalau kita hanya bermalas-malasan di dunia ni...

semoga dapat manfaat..salam iman.

assalamualaikum.


video

CATATAN ANAK MAMI KEMBALI...


Assalamualaikum warahmatullah buat pembaca sekalian. Hehe. Nawwar sekarang ni berada di Menara Kuda Lari, dekat Lahat Court, Georgetown, Penang...Nawwar datang jumpa sisters di Penang ni...lawat diorang as diorang sedang exam. Ingat nak jadi bibik sementara diorang untuk tolong2 masak n kemas umah sbb nak bagi can diorang study tapi nampak gayenye Nawwar ditatang bagai minyak petrol yang penuh dalam tangki oleh kawan2 kat sini...sangat dimanja....hehe...best sangat...Nawwar dah lama nak datang sini jumpa diorang, nak gather and duduk beriman sejenak bersama sisters kat sini. Alhamdulillah.Akhirnya dapat peluang ni dari Allah and inshaAllah i will make sure ziarah ke Penang ni bukan aje memberi manfaat buat Nawwar tetapi juga buat anda di luar sana....

Nawwar sebenarnya kampung kat Penang, tu pasal tulis tajuk tu catatan anak mami kembali...sebab walopon Nawwar takda la pure anak mami tapi ada la sket2 hemoglobin anak mami ni...Nawwar walopon kampung di Penang tak penah plak balik naek bas jadi macam tak tau langsung cane nak travel guna public transport kat sini...aisehh...malu jek kat budak2 PMC kat sini...expert jek naek turun bas pi KOMTAR...

Best sangat sebab dari apartment diorang kat Menara Kuda Lari ni, boleh nampak pemandangan Bukit Bendera and memang berangin kuat sangat kat sini macam tepi laut je...windy sangat...
Sejuk mata memandang ...suasana sekitar Bukit Bendera...

Apartment kawan-kawan Nawwar ni kat kawasan padang lumba kuda tau, alaa....yang lumba kuda untuk spot toto tu...haa...so bila ada perlumbaan kuda boleh nampak dari tingkap umah diorang kat tingkat 6 ni...
Ni la apartment Menara Kuda Lari...kudaku lari gagah berani..jeng jeng...hehe

Ni kat kawasan pak guard die...

Ni Shida, Ijah n Nawwar...masa ni kitorang on the way nak gi Ocean Mart beli barang dapur sket....

Kitorang amek gambar bawah pokok besaw kat kawasan perumahan Medan Lumba Kuda...

Ni fatin(tengah) plak masuk dalam gambar, Shida ganti...sejuk je suasana die kan?sbb baru lepas hujan...

Pokok kat belakang tu cantek so kitorang pon tanpa mengira usia terus pose...hehe

Ni masa liqa' kat gerai char kuew teow...alamak terkembangkan hidung...hehehe

Ni la ahli rumah Kauthar...tapi dalam gamba bi Azrin takde ayah dia datang melawat...paten tukang amek gamba...Dari kiri:shida,wan,nawwar,ijah, asmak...=)



Paten nak ada jugek gambar die..ye la ye la...kasi can..

Ni ade budak2 kmb lain jugak...they look very happy and they are really happy..i can see..

Ni pulak zirafah comel...name die Naufal..hahaha...die teman kitorang masa balik dari KL ke Penang dalam kete kak put...=)

Hmm...tu je kot gambar2 yang Nawwar rase boleh share dekat sini...ape2 pon..Nawwar happy sangat sepanjang beberapa hari berada di Penang ni...Kawan2 PMC sume sangat baek especially akhawatku Kautharians- Asmak, Ijah, Paten, Azrin, Shida and Wan Solehah...seronok sangat spend time ngan korang...

Sangat mengubat rindu pada kenangan2 dengan kawan2 rapat kite di KMB...and Nawwar juga dapat semangat yang tinggi bila tgk kegigihan sahabat2 PMC berusaha untuk dapat 1st class honour dalam foundation diorang...Nawwar tau Allah akan bantu kita semua melalui waktu2 sukar kite masing2 and now i can see, they are very happy here...and I know they can do it..

STRIVE HARD YA UKHTI!
ROBBUNA MA'AK!
SAYANG KORANG!

Thank you so much for your great hospitality and lawak2 korang yang sangat menghibur hati yang wat Nawwar senak perut hari2..hehe...sorry la perabis sup mushroom Vono korang..hehe...inshaAllah kita akan selalu bertemu lagi...

Titisan Permata Syahdu



Awan yang putih gebu
berarak lalu, perlahan,
bersama masa yang berdetik pergi, pantas,
walau seberat mana awan yang merangkak di dada langit
angin kau tiada pernah putus asa meniupkannya
dan walau secepat mana awan itu berubah
langit takkan pernah kurang birunya

kalau mungkin awan yang ku lihat ini
adalah awan yang bakal memendungi langitmu di sana
aku kirimkan senyuman buat penawar duka
biar di sini mendung mencuka
takkan pernah ku biarkan kau kesedihan di sana

kalau mungkin langit yang biru ini
adalah langit yang sama memayungi malammu di sana
maka ku kirimkan rindu yang sarat
dalam angin-angin yang menghembus kuat
agar tidurmu lena selesa sentiasa
biarpun aku tidak pernah nyenyak
kerana runsing kalau mungkin awan dan langit kita tidak sama
lalu bagaimana lagi harus ku kirimkan kasihku kesana

Tiap desiran yang menyisir
Tiap gerimis yang menitis
menyaksikan titis titis permata syahdu
menyejukkan pipi yang semakin beku
dengan sesakkan di dada yang menyekat suara
kerana sebak di dada yang kian terasa
kerana kejauhan yang makin berleluasa
bagaikan tidak mampu disuarakan lagi
apa apa yang tersembunyi di hati

Kadang kala jauh sekali awan pergi
sehingga aku jadi tak pasti
adakah awan akan kembali?
kerana ku masih ada banyak kisah
untuk kubisikkan kepadanya
agar dapat kau mendengarnya




Khas buat akhawat ku, especially usrahmates dan IRP terchenta...juga buat insan yang merasa...

Really miss you all so much....=(

"Sesungguhnya engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu,
berhimpun dalam naungan cintaMu,
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan
kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan2nya
terangilah dgn cahayaMu yg tiada pernah malap
Ya Rabbi bimbinglah kami..."


Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)