FITYAH


Assalamualaikum warahmatullah. Nawwar rase banyak kawan-kawan kat uni sekarang yang sedang atau nak exam...especially orang-orang kat Australia la sebab diorang dok nak exam then lepas tu nak balik mesia dah...Nawwar pun tergerak nak write something on jihad as study ni pon part of jihad jugak but tak banyak orang rase ia sebagai jihad sebab dah lama sangat minda kite ni terjajah dengan sekularisme apabila penjajah pisahkan sistem pendidikan and sistem hidup lain dari Islam.Sehinggakan kita jadi susah nak nampak study tu as alat dakwah and of course as one of the ways to get closer to Allah.

Baru-baru ni Nawwar ada baca sket tentang tugas pemuda pemudi Islam and ade juga baca satu teks ucapan ISHAB ni tentang Pemuda Islam Di Bawah Naungan Al Quran...Nawwar melihat beberapa pemikiran yang buat Nawwar rasa nak muda sentiasa sebab sangat lah banyak benda yang boleh disumbangkan kepada Islam sebagai seorang pemuda muslim. Yes, Nawwar tidak menolak hakikat bahawa kita boleh berkhidmat kepada Islam walaupun kita dah tua tapi pemuda ni ada kelebihan yang tersendiri. Menjadi pemuda adalah nikmat, menjadi sibuk ketika masih muda juga adalah nikmat.

Nawwar kadang-kadang rasa marah betul kalau ade kawan-kawan yang cakap malas study and malas la nak belajar betul2...banyak masa lagi la apa la...No, tak patut macam tu. Sebabnya, what occupies the mind of a syabab will determine the future of his Deen...Kata-kata ni Tariq Suwaidan yang cakap and apparently, it is so true. Sebab tu, kite sebagai pemuda yang faham fikrah Islam kena berbeza dari pemuda lain...minat kita, cita-cita kita, hobi kita, semangat kita, everything tak sepatutnya sama dengan cita-cita, hobi dan semangat pemuda lain.

Nowadays, youth dekat USA, dekat Europe, sedang mengalami kejatuhan akhlak yang sangat membimbangkan pemimpin2 mereka. Masa zaman Abbasiyah dulu, bila pemuda Islam mula diulit nikmat2 dunia dan menjadi lalai, tentera salib ambil kesempatan dan mula bersemangat kembali untuk merampas Baitulmaqdis. And they made it. Because time tu, kehebatan tamadun menyebabkan para pemuda leka dan hilang semangat jihad dalam hati mereka. Sebab selesa sangat.

Now, diorang pulak yang sedang mengalami keruntuhan moral kerana mereka sedang selesa dengan kehebatan tamadun mereka. Kenapa kita tak ambil kesempatan dan bangkit kembali?

Kita pemuda perlu yakin. Yakin seyakin yakinnya kepada Allah bahawa kita akan menang bersama Islam. Kita perlu yakin pada Allah dan pada diri kita juga, lebih yakin dari yakinnya kita bahawa hari esok akan tiba. Keyakinan kita adalah butir-butir debunga yang akan membuahkan keyakinan dalam umat.

Kita pemuda Islam kena Ikhlas dalam mengharungi susah payah hidup kita sebagai Muslim yang belajar. Sebab kita faham bahawa prioriti kita adalah pembangunan dan pembinaan ummah,kita faham tenaga kita bukan milik kita tapi jua milik ummah dan kita jelas bahawa 24 jam yang Allah berikan kepada kita tidak mungkin dan tidak boleh digunakan sama macam orang lain kerana kita ada komitmen dan tanggungjwab yang lebih besar.(Ni refleksi diri juga...sedang berusaha nak capai 10 muwasafat tarbiyah sesempurna mungkin..)

Kita pemuda juga perlu semangat tinggi dan perlu banyak berkorban sekiranya kita mahu bersama-sama Islam menuju kemenangan. Tidak mungkin syurga itu datang bergolek tanpa pengorbanan yang setanding dengan cebisan daging dan hamburan darah para nabi dan sahabat yang tumpah di medan jihad dalam perjuangan menegakkan kalimah Lailaha illallah.

Kita pemuda juga perlu berani bertindak. Fikrah yang teguh dan kuat akan mengasaskan tindakan yang hebat dan tidak diduga. Dan untuk umat berubah, kitalah yang harus menjadi titik mula perubahan tersebut. Kita kena bertindak lawan perasaan malas dan tidak yakin diri tu sebab tiap2 pilihan yang kita buat sebenarnya kita juga sedang decide untuk umat. If kita choose to be average,lame, tak kisah and biase2, then u are choosing the same things for your ummah. Nak ke jadi titik lemah dalam umat padahal umat is waiting for us to save them?

Mafhum hadith, "seorang itu tidak benar2 beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk kepada ajaranku"

(hadith 40)

So, ape kite kena wat sekarang? Change for the better...bila rasa malas atau tak semangat, fikir pasal umat banyak2...pergi la mall-mall berdekatan, dok kat situ, tengok betapa banyaknye orang yang belum faham Islam. Haa...ko sempat plak nak malas2...umat dah nazak2 ni kite dok lemah2 plak...tak leh camtu. Nabi pon nak wafat dok ingat umat lagi, kita ni, nak fikir pasal umat sekali sehari pun macam susah je kan...haa..

So everyone, takde malas dalam kamus hidup seorang pemuda muslim...jom kita tanggalkan rasa malas dari badan eh?Nyah kau dari sini...

Aqim Al Islam fi qalbika, taqum fi ardhika...tegakkan islam dalam hati kamu, nescaya akan tertegak atas muka bumi.

Kat bawah ni Nawwar letak satu klip video dari Avril Lavigne, ade lagu Knockin On Heaven's Door...ni lagu koleksi untuk Peace Song sempena hari kanak2 sedunia..haa...omputih plak dok fikir masalah umat kite en...ape la kite ni...aiyaa...

Dalam lagu ni ada tunjuk kanak2 and anak2 muda yang tidak semewah dan segembira kita. Nawwar harap anda buka hati dan jom la kita banyak2 bersyukur for Allah has given us hidup yang sangat selesa and kita pon dapat macam2, dapat fly, dapat wat medic la, dapat wat engine, actuary etc, dapat jalan2 ke Scotland(ok ni macam nak tuju khas kat budak2 pms la...hehe...jeles en tak dapat pegi..), dapat family yang best and the list goes on.
So, give thanks to Allah eh.Tapi dalam kesyukuran tu, biar ada rasa takut. Kerana tiap2 kegembiraan kita nanti akan disoal kembali. Anak2 muda dan kanak-kanak kecil yang tidak bernasib baik tu suatu hari nanti akan tanya balik kita apa kita dah buat untuk bantu mereka. And pada waktu tu, takutlah kalau kita hanya bermalas-malasan di dunia ni...

semoga dapat manfaat..salam iman.

assalamualaikum.


2 comments:

Anonymous November 8, 2009 at 9:11 AM  

salam alaik..
wah hebat post nie..
rase cam tercucuk plak sebab byk melenggang kangkong lepas mid term..

yes..jgn malas lg..!!!
kena rajin!!!
rajin bt presentation perang jugak...
*wink2

salam ukhuwah and may He loves u more than i do

sahabiat

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal November 10, 2009 at 4:00 AM  

wsalam..

alhamdulillah...

yuk!same2 kite rajin ep...

aiyo!presentation dauroh perang ni...tgk ah..weekend ni la kot kat kauthar ep...

hehe

salam iman

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)