Monday, July 13, 2009

Maafkan Dirimu

Setiap manusia punyai pengalaman atau kenangan atau kesilapan lalu yang tidak ingin dikisahkan kepada sesiapa pun. Terasa begitu pahit untuk menelan kesilapan tersebut dan hidup bersama-samanya kerana masa silam itu sejarah dan sejarah itu tidak mungkin terpadam. Namun, haruskah masa depan kita menjadi mangsa kesilapan masa lalu? Kenapa perlu menyeksa dirimu esok, kerana kesilapan mu hari ini? Bukankah hari esok itu adalah peluang untuk memperbaiki diri? Yang telah berlaku memang tidak mungkin diubah lagi tetapi yang belum berlaku itu masih mampu diubah.

Semua orang pernah melakukan kesilapan. Semua orang ada kecacatan dan kelemahan sendiri. Ramai yang menyedari kelemahan diri, namun tidak ramai yang mensyukuri kelemahan tersebut. Ramai yang menyedari kelemahan diri namun tidak ramai yang berusaha memperbaikinya. Tidak kurang juga bilangan mereka yang seringkali menyedari kelemahan orang lain, tetapi terlupa hakikat kelemahan diri sendiri.

Percayalah, sesungguhnya setiap manusia ada waktu sukar masing-masing. Setiap manusia ada ujian masing-masing yang telah Allah tetapkan untuknya. Bersyukurlah dengan ujian dari Nya buatmu dan hadapilah dengan penuh ketabahan. Kekuatan untuk menghadapi ujian itu datangnya dari Allah maka pohonlah bimbingan dariNya. Jangan malu mengakui kesilapanmu di hadapanNya.

Maafkanlah dirimu dan orang-orang di sekelilingmu. Look forward! Move forward!


video

Pak Cik Stesyen Bas

Aku menaiki bas cap Eagle dari hentian Kajang ke Stesen Butterworth. Bas ku bertolak sekitar jam 11.48pagi dan tiba di Butterworth seawal 4.30ptg. Tiba di Butterworth, mama telah pun siap menunggu di situ. Alhamdulillah. Hujan turun renyai-renyai. Langit redup. Burung gagak hitam bertenggek di tiang lampu isyarat. Memandangkan bas Transnasional yang dinaiki oleh adikku dari Teluk Intan akan tiba sekitar pukul 5.00-5.30ptg. Mama membuat keputusan untuk menunggu sahaja adikku dan pulang bersama-sama nanti. Mama meletakkan kereta di hentian bas lama dan kami menunggu sahaja di dalam kereta kerana hujan agak lebat di luar.

Pemain CD memutarkan lagu Ungu bertajuk SurgaMu.

Aku memandang ke luar tingkap. Hujan agak lebat. Langit biru dan kelabu bergabung. Dari dalam kereta, aku terlihat seorang pak cik berjalan dalam hujan. Dia memakai kain pelekat lusuh berwarna coklat bercorak petak2. Di belakangnya, tergalas sebuah beg pack berwarna hitam pekat.Di poket2 beg itu, kelihatan beberapa plastik beg berwarna merah jambu bergantungan dengan pelbagai perkakas diletakkan di dalamnya. Di kepalanya terletak songkok hitam yang dipakai senget sedikit ala-ala Tunku Abd Rahman. Cara dia berpakaian sedikit sebanyak kelihatan seperti terlalu daif dan sudah hilang kewarasan akalnya. Dia berjalan melewati kereta kami dan kemudiannya terus ke hujung kaki lima sehingga hilang dari pandanganku.

Aku memandang mama. “Kesiannya…”
Mama berkata, “Orang gila la tu…”

Kasihan sekali keadaannya. Entah apa santapannya hari ini. Perutku waktu itu telah kenyang diisi pisang goreng dicecah dengan kuah kicap pedas johor. Entah apa nasibnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Percayalah, betapa kita jarang sekali bersyukur. Pandanglah sekeliling dan lihatlah betapa Allah begitu menyayangi kita.

Semoga aku, mamaku, keluargaku, saudara-saudara dan sahabatku serta pak cik itu dikurniakan syurga. ameen.

NILAI SEORANG WANITA

Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita.
Astaghfirullah atas segala kesilapan dan kecuaian kita dalam menguruskannya.

Maha Suci Allah dari segala apa yang disekutukan keatasNya. Dialah Allah, tempat tumpuan perhatian, minat dan hajat seluruh alam, langit dan bumi.

Tidak sangka. Rupanya sukar juga berjalan di bumi Allah sebagai seorang makhluk bergelar wanita. Pastinya lebih sukar lagi untuk berjalan di bumi Allah ini sebagai makhluk bernama lelaki. Hakikatnya, penciptaan Allah itu, sebagaimana dijelaskan oleh Allah di dalam Al Quran, betapa tiada cacat celanya, sempurna dan lengkap sentiasa.

Ibu bapa, adik abang, tua muda, lelaki perempuan, suami isteri, hitam putih, siang malam, pagi petang...

Cantik sekali pasangan-pasangan ini, yang tidak diwujudkan oleh Allah secara main-main atau suka-suka, tetapi ada makna dan tarbiyah dariNya bagi mereka yang berfikir dan berzikir.

Menjadi seorang wanita adalah nikmat kedua terbesar dalam hidupku yang amat ku syukuri selepas mendapat nikmat bergelar seorang Muslim. Dan menjadi seorang wanita juga adalah medium terhebat dan terhangat untuk aku menggerakkan dakwah di dunia ini. Betapa kita sering terlepas pandang bahawa jantina kita sendiri adalah asset dakwah yang tiada ternilai. Kerana apa? Kerana kita yakin Allah tidak memberi dan tidak mencipta sesuatu itu secara sia-sia.

Suatu malam di stesen ktm Serdang, aku terlihat sepasang kekasih bukan Muslim yang begitu mesra berpegangan tangan. Si jejaka meletakkan tangan di pinggang gadis. Wah wah…romantis sekali di khalayak ramai. Entah mengana aku terasa sedikit pelik pada pasangan tersebut. Secara diam-diam, aku meneliti kedua-dua makhluk Allah itu. Ya Allah!Rupa-rupanya kedua2nya adalah wanita. Tidak ada jejaka. Kedua2nya gadis cuma salah seorang itu berpakaian seperti lelaki sampai sukar untuk mengecam kewanitaannya namun mana mungkin fitrah kewanitaannya itu disembunyikan. Sebagai seorang kaum hawa, aku yakin mereka berdua sebenarnya sejantina berdasarkan susuk tubuh dan wajah sang ‘jejaka’ itu.

Mereka bukanlah satu-satunya pasangan sejantina yang wujud di muka bumi ini. Mereka cuma satu dari jutaan manusia yang tidak mengenal dan tidak tahu hakikat diri. Pasangan seperti ini juga wujud dalam kalangan umat Islam hari ini. Yang wanita ingin menjadi lelaki, dan yang lelaki mengimpikan susuk tubuh seperti wanita. Di mana silapnya ?
Kasihan sekali kepada golongan ini.

Aku tidak mampu mengubah keadaan pasangan di stesen ktm Serdang itu. Aku sekadar mampu bermuhasabah diri dan mensyukuri nilai diriku sebagai seorang wanita Muslim.
Astaghfirullah wa atubuilaik

Wednesday, July 1, 2009

Think Tank

Tahu tak...
Kita ni sangat malas berfikir. Kita suka ambil lewa benda2 di sekeliling sampai tak nampak banyak hikmah sebalik ayat-ayat Allah baik di dalam Quran mahupun di sekitar kita. Kegagalan kita berfikir secara optimum dalam mendalami tanda-tanda kebesaran Allah di sekeliling kita adalah punca kita tidak mampu benar2 merasai kewujudan Allah dan faktor utama kegagalan kita menyulam cinta agung buat Allah dan RosulNya.

Agak menyedihkan kerana kita tidak mampu memaksimakan penggunaan CNS kita untuk mengenal makrifatullah sebagaimana kita memusatkan otak dan sistem saraf kita dalam aktiviti pembelajaran lain sehinggakan ramai yang rabun dan migrain kerana banyak sangat menelaah buku2.

Hmm...

fikir2kan..

Saturday, May 23, 2009

Ghuraba

Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada kita
Astaghfirullah atas segala kesilapan dan kecuaian kita menguruskannya.


Innal7hamda lillah na7hmaduhu w nasta3eenuhu w nastaghfiruh, w na3uudzu billahi min syuroori anfusina w min sayyi2aati a3maalina, man-yahdihillaahu fa laa mudhillalah, w man-yudhlil fa laa haadia lah, asyhadu an-laa ilaaha illallahu wa7dahu laa syareeka lah w asyhadu anna mu7hammadan 3abduhu w rasooluh, amma ba3d.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-Nya & kami memohon pertolongan drp-Nya & kami memohon keampunan drp-Nya. Dan kami berlindung kpd Allah drp keburukan diri kami n dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yg diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya,n siapa yg disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya.Aku bersaksi bahawa tiada ILAH selain ALLAH yg Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya

video

Be it painful, be it dangerous, when you see the true path, and you know your true mission, and you realise the true love you are running to, even though you sacrifice and are sacrificed, you'd step up and fight fisabilillahi. Because we are the ghuraba...

Friday, May 15, 2009

Virtuous Circle

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Astaghfirullah atas segala kesilapan dan kelalaian kita dalam menguruskannya.

Setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah didikan yang Allah rencanakan keatas kita.

Tiap-tiap detik waktu yang telah berlalu adalah ujian-ujian yang menjadi indicator kepada keadaan dan siapa kita dalam detik-detik waktu yang berikutnya.

Dalam banyak-banyak kesedihan, kesulitan dan kepayahan hidup yang merundungi kita, ada jutaan nikmat dari Allah yang tiada terkira jumlahnya. Siapa sangka dalam getir hidup yang mencabar itu, DIA memandang kita dengan penuh kasih sayang dari segenap sudut tanpa kita sedari.

Dalam limpahan dan curahan kasih sayang dariNya, berapa kali kita melimpahkan cinta dan syukur kita kepadaNya?

Dalam banyak-banyak dugaan yang datang menemui kita silih berganti siang dan malam, berapa kali kita melimpahkan cinta dan syukur kita kepadaNya?

Berbeza bukan layanan kita kepadaNya ketika senang dan ketika susah?

Betapa kita tidak adil kepada Allah yang Maha Adil kepada kita.

Telah Allah kisahkan ceritera ini kepada kita di dalam Al Quran, di dalam Surah Al Mutoffifeen(surah 83)

ayat 1-3, yang bermaksud,

Celakalah bagi orang-orang yang mengurangkan sukatan(dan timbangan) !


Iaitu orang-orang yang apabila menerima sukatan(dan timbangan) dari orang lain, mereka menuntut sukatan(dan timbangan) yang sempurna.


Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka memberi sukatan yang kurang.

Sesungguhnya benarlah kata-kata Allah.

Setiap yang kita miliki, adalah pinjaman dari Allah, yang Dia berikan kepada kita dengan penuh kasih sayang dan belas kasihan, yang Dia anugerahkan dengan kecukupan dan kesempurnaan mengikut qadar yang kita perlukan dan yang mampu kita uruskan.

Namun apabila kita memulangkan pinjaman tersebut kepada Allah, adakah kita memberi dengan penuh ikhlas dan kasih sayang ? Adakah kita memulangkan dengan penuh kecukupan dan kesempurnaan mengikut qadar yang telah Allah kurniakan kepada kita ?

Adakah perut fakir miskin yang kita infakkan harta kita kepadanya sekenyang perut kita setelah menjamah juadah yang memenuhi meja ?

Adakah sahabat kita yang kita bantu pelajarannya sehebat kita yang seringkali mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan ?

Atau kita hanya sekadar memberi dengan niat ‘cukuplah. asalkan dah buat…’

………….

Kita mahu gembira, tetapi, adakah kita telah menggembirakan orang lain ? Atau kita hanya sering menyedihkan orang lain ?

Kita mahu dipandang baik, adakah kita telah memandang baik terhadap orang lain ? Atau kita hanya sering berburuk sangka ?

Kita mahu disayangi, adakah kita telah menyayangi orang lain ? Atau kita hanya sering membenci atau memandang keburukan orang lain sahaja ?

Kita mahu ilmu kita bertambah, adakah kita telah membantu menambah ilmu orang lain ? Atau kita hanya sering menyimpan ilmu didada kita sahaja ?

Kita mahu orang memahami kita, adakah kita telah memahami situasi orang lain ? Atau kita hanya sering bertindak membabi buta dengan harapan orang akan faham tindakan kita ?

Untuk mahu yang terbaik, jadilah yang terbaik terlebih dahulu.

“What makes kids love superman is not because of the costume or because he can fly, but because when he helps people he wears the costume and he flies. See how proactive superman is when it comes to helping people. See how ‘islamic’ a superman can be.”
Think about it. Are we that proactive and enthusiastic in helping those in need?

“Brothers and sisters, seize back your identity.”

Assalamua’laykum warahmatullah

Wednesday, May 13, 2009

THE TRIP TO JANNAH

"God gives every bird his worm but He does not throw it into the nest"

Yes, the bird flies and search by itself.

God gives us our 'worms'. But He does not throw them into our 'nest'.

You see.

Alhamdulillah. Being a moslem is a great rohmat and qurniya that we realised our true obligations on earth. Who else can ensure such a wonderful and satisfying life than the one led by a moslem? Allah has given us Al Quran and Muhammad PBUH has left us his sunnah that if we strongly hold to these two, our dreamed jannah in akhiroh are guaranteed, inshaAllah.

Thus my brothers and sisters,

Go and find your worms! Work hard for akhiroh but never leave dunya behind as the dunya is the tool for us to grab the jannah that we longed for.

Assalamua'alaykum wrt. =)