Jangan Pernah Berhenti


Ibn Taimiyyah once said,

"What can my enemies do to me?
My paradise is in my heart, it goes with me where i go,
to put me into prison, is to let me having 'khalwah' and devotion to Allah,
to execute me, is martyrdom,
to kick me out of my land, is a journey or travelling to the path of Allah swt..."


Maka kepadamu ansarAllah,
andai kadangkala dalam perjalananmu,
debu2 jahiliyah mengaburi pandanganmu,
sapulah dari matamu,
dengan lembaran-lembaran suci Tuhanmu,
dan teruskanlah perjalanan
jangan pernah berhenti.

Andai kakimu sakit,
tubuhmu longlai kepenatan,
berteduh lah bersama saudaramu di persembunyianmu
bersama tentera-tentera lain yang bergerak senyap
lalu bertahmid dan berzikirlah bersama-sama,
bantulah sesama kamu,
untuk kembali bertenaga,
kemudian bangunlah dan teruskan perjalananmu
jangan pernah berhenti..

Seandainya dalam perjalanan yang jauh dan sukar itu,
kalian digempur musuh
dibenci dan disakiti
katakanlah
"sodaq Allahu wa rasuluh"
inilah jalan yang benar,
kerana itu kamu merasa sukar
maka lepaskan lah dirimu sedaya upaya
dari cengkaman musuhmu yg nyata
dan teruskan perjalananmu
jangan pernah berhenti...

Allah menjual syurga kepada kita,
dengan harga yang mahal,
kebahagiaan dunia,
kemewahan harta,
kepentingan sendiri dan keluarga,
kecintaan pada manusia,
bayarlah dengan harga yang kau mampu...
Kelak syurga pasti milikmu...
Asalkan...bergeraklah kamu...
Jangan pernah berhenti...


Aqulu qauli haza...assalamualaikum

5 comments:

al-ikhsan November 14, 2009 at 7:05 PM  

subhanallah!

this is truly a deep and meaningful 'suntikan ruh'. a suntikan ruh that cleanses the hearts of those whom submit their lives to Allah, and only Allah..

subhanallah..may us all keep on building the bricks of islam, inshaAllah..

(keep on moving, not-to-forget, thanks sis! dan hanya kepada Allah kita dikembalikan)

:)

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal November 17, 2009 at 1:30 AM  

alhamdulillah

"sesungguhnya bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, Kamilah yang melempar..."

samalah juga, andai hati awak tersentuh, bukan akak yang sentuh, Allah lah yang sentuh...

jangan pernah berhenti al-ikhsan...=)

salam iman

Ammar Roslizar December 7, 2009 at 3:48 PM  

puisi ni mmg dah tersebar luas~! mmg best sgt

http://msmnorthwest.wordpress.com/

Ammar Roslizar December 7, 2009 at 3:48 PM  

puisi ni mmg dah tersebar luas~! mmg best! =)

http://msmnorthwest.wordpress.com/

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal December 10, 2009 at 7:57 AM  

alhamdulillah...=)

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)