Titisan Permata Syahdu



Awan yang putih gebu
berarak lalu, perlahan,
bersama masa yang berdetik pergi, pantas,
walau seberat mana awan yang merangkak di dada langit
angin kau tiada pernah putus asa meniupkannya
dan walau secepat mana awan itu berubah
langit takkan pernah kurang birunya

kalau mungkin awan yang ku lihat ini
adalah awan yang bakal memendungi langitmu di sana
aku kirimkan senyuman buat penawar duka
biar di sini mendung mencuka
takkan pernah ku biarkan kau kesedihan di sana

kalau mungkin langit yang biru ini
adalah langit yang sama memayungi malammu di sana
maka ku kirimkan rindu yang sarat
dalam angin-angin yang menghembus kuat
agar tidurmu lena selesa sentiasa
biarpun aku tidak pernah nyenyak
kerana runsing kalau mungkin awan dan langit kita tidak sama
lalu bagaimana lagi harus ku kirimkan kasihku kesana

Tiap desiran yang menyisir
Tiap gerimis yang menitis
menyaksikan titis titis permata syahdu
menyejukkan pipi yang semakin beku
dengan sesakkan di dada yang menyekat suara
kerana sebak di dada yang kian terasa
kerana kejauhan yang makin berleluasa
bagaikan tidak mampu disuarakan lagi
apa apa yang tersembunyi di hati

Kadang kala jauh sekali awan pergi
sehingga aku jadi tak pasti
adakah awan akan kembali?
kerana ku masih ada banyak kisah
untuk kubisikkan kepadanya
agar dapat kau mendengarnya




Khas buat akhawat ku, especially usrahmates dan IRP terchenta...juga buat insan yang merasa...

Really miss you all so much....=(

"Sesungguhnya engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu,
berhimpun dalam naungan cintaMu,
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan
kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan2nya
terangilah dgn cahayaMu yg tiada pernah malap
Ya Rabbi bimbinglah kami..."


10 comments:

aisyah ismail ♥ November 1, 2009 at 10:32 PM  

moga cinta dan ukhuwah atas dasar taqwa ini dibawa hingga ke syurga (^_^)

moga terus kuat paa! Aussie menanti permata yang berkilau utk ke sana~ =)

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal November 1, 2009 at 11:40 PM  

ameen...

iAllah...kena kuat untuk umat...yeah!!moga aisyah dan rakan2 d cardiff pon kuat juge la eh...

=)

Ammar Roslizar November 2, 2009 at 4:41 AM  

kadang kala...
awan itu jauh pergi
tapi ia pasti akan kembali, pasti!
kerana awan itu dinaungi
angin cinta dari ilahi

usah diragui lagi
usah disangsi lagi
kerana awan itu hanya satu
ia putih dan suci

kini..
tinggal hanya untuk menanti
juga perlu kuat menahan diri
yang penting itu persediaan diri
supaya biar awan itu..
terbang tinggi hingga ke syurga
suatu kehidupan yang abadi

dari bumi uk

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal November 2, 2009 at 5:10 AM  

=) thank you...got the meaning...points taken

inshaAllah the time will arrive

itana November 2, 2009 at 6:35 AM  

saye bukan usrahmate awak, juge bukan irp awak. tp awak angah saye... heeeeeee ^_^

kat mane2 pun kite, kite pandang langit yg sama, berpijak pada bumi yg sama =)

f November 2, 2009 at 7:18 AM  

sgt nice pa'a

rindu ;)

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal November 2, 2009 at 7:50 AM  

to itana:-

awak memang bukan usrahmates saye, bukan juga IRP saye...tapi awak insan2 yang merasa...kerana kita ada keterikatan hati..

so true my dear anati,so always always look around when u miss me..hehe

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal November 2, 2009 at 7:51 AM  

To mimy:-

saya pon rindu awak sangat mimy...awak dah habeskan ideal muslimah ke blom?

pa'a heart mimy!

=p

fareen November 3, 2009 at 4:03 AM  

sangat best puisi itu, pa'a.
meaningful.

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal November 3, 2009 at 5:05 AM  

fareen can feel it because you are exactly in my shoes..=)

dont worry dear, we're gonna make it..

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)