AKU SEORANG PROMOTER

Assalamualaikum warahmatullah buat sekalian pembaca Nawwar.. Semoga kalian terus berada di bawah lindungan dan kasih sayang Allah SWT. Alhamdulillah. Nawwar hari ni nak share dengan anda semua sedikit catatan yang sempat Nawwar tulis ketika sedang bekerja sebagai promoter di Giant Sungai Petani.Hehe...Nawwar tulis ni sebagai hasil analisa dan juga untuk isi masa ketika tak ada pelanggan.

Sebelum itu, untuk sape yang tak tahu, Nawwar sekarang jadi promoter untuk marjerin Daisy(cey...tahpape je...perlu ke btau?hehehe)...Nawwar tulis catatan ni pun atas serviette(tisu) tau...harap sangat catatan ini memberi manfaat dan menatijahkan impak yang sepatutnya kepada kita semua terutama yang memakai ’tag’ sebagai seorang da’ie di jalan Allah. InshaAllah...

Inilah catatan seorang ’promoter’...

Berdakwah samalah seperti menjadi ’promoter’
Seorang promoter kenal benar dengan produk yang ingin dipromosikannya,
faham sekali kehebatan produknya,
yakin sekali dengan kekuatan produknya,
kerana itu dia mampu mempromosikannya dengan penuh kesungguhan,
bezanya cuma, kejayaan seorang promoter diukur pada jumlah ’sales’ yang berjaya dicapai, tetapi kejayaan seorang da’ie itu diukur pada usahanya memberi kefahaman kepada mad’u-nya serta kefahaman yang diterima mad’u-nya,
sekalipun orang yang didakwahinya tidak mahu menerima dakwahnya.

Seorang promoter tidak dibenarkan makan atau minum produk yang dipromosikannya kecuali sekali sahaja sebagai percubaan...
Untuk itu, seorang promoter perlu jujur dalam pekerjaannya(sama juga dalam apa jua pekerjaan lain)
Senang cerita, tak boleh curi tulang ketika bekerja. Kenapa?
Sebab ada CCTV dan ’insider’ majikan yang memerhatikan samaada promoter buat kerja atau tidak.
Kita da’ie, juga dididik dengan ’Ihsan’
yang diterangkan oleh baginda Rasulullah sebagai
”beribadatlah seolah2 kamu melihat Allah, sekalipun kamu tidak melihatNya, Dia melihat kamu”
Kita ’promoter’ kepada Islam perlu sentiasa berhati2 dalam tindakan,
bukan kerana kita sentiasa menjadi perhatian orang,
tetapi kerana sedar kita sentiasa menjadi perhatian Allah
maka atas sebab itu jugalah kita akan bekerja lebih gigih
seperti mana gigihnya seorang promoter apabila diperhatikan majikannya.

Menjadi seorang promoter, memerlukan seseorang itu mahir bertutur kata
kerana dia mungkin akan disoal pelbagai soalan daripada pengguna yang ingat si promoter ni tahu segala2nya,
dan kadangkala untuk mendapatkan ’sales’, perlu juga ’skills’ untuk meyakinkan pengguna agar membeli.
Menjadi da’ie pastinya lebih mencabar dan lebih kemahiran diperlukan,
kerana yang kita promosikan adalah ad-Deen yang sudah lama dilupakan dan semakin hari semakin ditinggalkan masyarakat.

Mempromosikan marjerin tidak susah
kerana marjerin sudah tidak asing lagi dalam dunia makanan
tetapi, untuk mempromosikan Islam, pastinya sukar,
kerana ia kini sudah menjadi asing dalam dunia ini
Itulah cabarannya.

Namun seperti seorang promoter yang diberikan buku panduan tentang produknya,
seorang da’ie juga dianugerahkan sebuah buku panduan yang maha lengkap,
buku panduan ni harus dihafal, diingat, dan didalami bersungguh2,
seandainya mahu promsi tersebut berjaya.

Seorang promoter juga tidak menarik perhatian orang ramai kepada dirinya, ataupun syarikat majikannya, kerana dia faham,
tanggungjawabnya yang utama adalah mempromosikan ’produk’nya sehingga semua orang jelas dengan kebenaran dan kehebatan produknya,
lantas memilih produk tersebut.
Begitu juga kita sebagai para da’ie,
yang jelas bagi kita adalah menarik umat kepada Islam,
bukan kepada kita ataupun kelompok kita.
Inilah hakikat yang sering terlepas pandang dalam kesungguhan kita berdakwah.

Kadangkala menjadi promoter memerlukan kesabaran dan ketabahan,
kerana akan berdepan dengan 1001 ragam manusia,
ada yang apabila ditawarkan sampel untuk dicuba,
mereka lari jauh2 macamlah kena bayar kalau cuba, padahal percuma aja,
Ada juga yang ketawa dari jauh dan bila sampai depan promoter,
buat tak nampak aja, promoter approach pon buat dono saja,
Aik?makan free pon tak mau ke?
Ada juga yang ambil dan cuba kemudian terus cakap “emm….sedapnya!Apa benda ni?”
Lalu dia ingin tahu dengan lebih mendalam, dan promoter pon bersemangatla bercerita,
Ada juga yang ambil banyak2, selepas mencuba, terus pergi macam tu je,
tarima kasih pun tak cakap…
Ada juga yang belum sempat promoter nak bagi try,
terus nak beli produk tersebut.
Ya, inilah jua hakikat yang mendepani seorang da’ie...

Tidak ada yang mudah di jalan ini.
Kerana itulah kisah seorang yang ingin menggenggam Islam pada zaman ini
serta ingin menegakkan kembali panji Khalifah
perlu sentiasa bertemankan keazaman yang besar dan iradah yang kuat...
Inilah catatanku,
Aku ’promoter’ Islam...

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhoan)Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al Ankabut: 69)

”Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama...” (Al Hajj :78)

Ya Rabbal ‘alameen, Imla’ qalbi bil yaqin, thabbitni ‘ala hadhad deen, waghfir li wal muslimin.Ameen…

Assalamualaikum…=)

3 comments:

Ammar Roslizar October 26, 2009 at 10:48 AM  

post ni sgt best!!

terutama :
"Kadangkala menjadi promoter memerlukan kesabaran dan ketabahan,
kerana akan berdepan dengan 1001 ragam manusia,
ada yang apabila ditawarkan sampel untuk dicuba,
mereka lari jauh2 macamlah kena bayar kalau cuba, padahal percuma aja,
Ada juga yang ketawa dari jauh dan bila sampai depan promoter,
buat tak nampak aja, promoter approach pon buat dono saja,
Aik?makan free pon tak mau ke?
Ada juga yang ambil dan cuba kemudian terus cakap “emm….sedapnya!Apa benda ni?”
Lalu dia ingin tahu dengan lebih mendalam, dan promoter pon bersemangatla bercerita,
Ada juga yang ambil banyak2, selepas mencuba, terus pergi macam tu je,
tarima kasih pun tak cakap…
Ada juga yang belum sempat promoter nak bagi try,
terus nak beli produk tersebut.
Ya, inilah jua hakikat yang mendepani seorang da’ie..."

ya allah, thabbit qulubana...

minal Qalb October 29, 2009 at 2:33 AM  

Salam najwa~
Kaifa haluk ya ukhti?
Masya Allah, jazakillah khair for this post.
Sangat mengetuk hati.
Oh, boleh akak nak minta e-mail najwa?
Senang sikit akak nak bertanya khabar ^ ^
Jazakillah khair~

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal October 30, 2009 at 10:52 PM  

to mamak:- hehe...thank you...high-5 mamak!

ameen for the du'a..

to minal qalb:-
boleh sgt la kak...akak minta kat kak yani, tak pun kak wardiah eh?if diorang takde, akak amek no fon saye then kite mesej2 ep...=)

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)