Assalamualaikum warahmatullah buat pembaca Nawwar yang dikasihi. Nawwar minta maaf kerana lama sangat tak update blog and mungkin akibat kegagalan Nawwar ini, masa yang kalian invest untuk buka blog Nawwar ni menjadi tidak berbaloi dan tidak mendapat manfaat seperti yang diharapkan. Nawwar akan berusaha sedaya upaya untuk update sekerap yang boleh, InshaAllah.
Pertamanya, Nawwar rasa belum terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri salam kemenangan buat kalian rijal-rijal ramadhan sekalian. Alhamdulillah, semoga bulan Ramadhan, bulan tarbiyyah yang telah berlalu menatijahkan ciri-ciri kemenangan dalam diri kita semua. Semoga segala amalan yang dilaksanakan diterima dan diridhoi Allah SWT. Moga-moga kita semua menjadi orang-orang yang puas dan gembira apabila tiba waktu berbuka dan apabila tiba waktu bertemu Allah SWT di hari pembalasan nanti.
Alhamdulillah wa syukurillah, Nawwar merasakan sangat gembira dan bersyukur kerana ramai sahabat2 Nawwar telah selamat tiba ke destinasi2 masing-masing terutama yang ke UK and Ireland untuk meneruskan risalah Muhammad di samping mencari seteguk ilmu Allah yang tak pernah kan luak biar setitis pun apabila kita mempelajarinya.
Nawwar sangat berharap kepada semua yang belum fly(termasuk diri sendiri….huahua) agar kita benar-benar memanfaatkan waktu-waktu yang masih tersisa ini untuk membaktikan diri kepada ibu bapa dan keluarga serta carilah hikmahNya di sebalik setiap peristiwa yang berlaku. Moga-moga kita tergolong dari kalangan yang sentiasa bersyukur dan tenang menghadapi hari-hari hadapan.
Mafhum hadith
“Sungguh menakjubkan perilaku orang mukmin. Semua keadaan adalah baik baginya. Jika memperoleh kesenangan dia bersyukur, dan yang demikian itu adalah baik baginya; dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, dan yang demikian itu adalah baik baginya. Perilaku seperti itu hanya ada pada diri seorang mukmin.”
(Hadith riwayat Muslim, 18/25 Kitaab az-Zuhd, baab fi ahaadeeth mutafarriqah)
Melalui pembacaan Nawwar baru-baru ini(Nawwar sedang dalam chapter terakhir The Ideal Muslimah karya Muhammad Ali Al Hashimi….doakan Nawwar cepat habis dan amal ilmu…hehe…sape ade jumpa buku ni bacalah…bagus bangat deh), Nawwar terpanggil untuk menceritakan hakikat betapa sama tarafnya kita umat manusia ni, tidak ada yang lebih tinggi status atau yang paling berhak dihormati…semua kita sama sahaja. Hanya iman dan amal kita yang membezakan kedudukan kita pada pandangan Allah.
Nawwar menonton sebuah drama Melayu bertajuk sebuah ijtihad di TV3 dan drama ini bagi Nawwar sangat berkesan dan sangat bagus sebab Nawwar nampak mesej yang jarang-jarang dapat ditonjolkan dalam drama2 melayu lain sebelum ini. Drama ini mengisahkan kehidupan seorang wanita yang dipenjara dan hampir dihukum gantung kerana diperangkap oleh suaminya yang meletakkan dadah dalam begnya menyebabkan wanita ini didakwa di bawah akta dadah berbahaya dan telah disabitkan bersalah kerana jenayah yang direncanakan suaminya itu langsung tidak dapat dikesan. Apa yang paling menyentuh perasaan Nawwar adalah kehidupan wanita ini di penjara dan bagaimana dia ditempatkan bersama 2 orang wanita lain yang masing2 dihukum kerana pelbagai kesalahan lain.
Betapa Allah mengasihi hambanya, wanita tadi iaitu Ida akhirnya menjadi sahabat baik dengan 2 orang wanita lain iaitu Cat dan Zack. Mereka saling memberi semangat dan sangat menyayngi satu sama lain. Apabila rayuan Ida ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Cat menjadi sangat sedih. Paling Nawwar tak boleh tahan adalah apabila Cat yang sebelum ni tak tahu dan tak pernah baca Quran akhirnya bertindak belajar dan membaca Quran untuk Ida kerana risau dengan nasib rakannya yang hampir ke tali gantung. Zack pula telah dibebaskan dari tuduhan apabila disabitkan tidak bersalah dan apabila Ida dibawa ke bilik akhir menunggu ke tali gantung, Cat kini berseorangan. Nawwar begitu tersentuh apabila Cat yang sebelum ni tak pernah menyentuh Quran telah berpesan kepada Ida supaya jangan takut dan berpeganglah kepada kalimah Lailahaillallah.
Masha Allah. Nawwar rasa terlalu kecil dan kerdil. Pasti ada kes seumpama ini yang benar2 berlaku. Betapa hamba Allah itu lebih tinggi darjatNya di sisi Allah sekalipun di mata manusia biasa, mereka hina kerana kesalahan yang dilakukan dan mereka adalah penghuni penjara. Nawwar merasakan mungkin kita sendiri tak mampu merasakan kebergantungan kepada Allah yang amat sangat sepertimana yang mungkin saudara2 kita ini rasakan. Betapa taubat mereka barangkali lebih mulia berbanding kita kerana penyesalan yang tidak terhingga.
Benarlah manusia ini sama saja semuanya, tidak ada yang hina atau yang mulia, hanya iman kita dan amal kita saja yang berbeza dan yangpasti hanya Allah tahu apa yang tersembunyi di lubuk hati kita.
Moga kalian mendapat seribu manfaat daripada kisah ini.Wallahua’alam
Allahumma ihdina wahdi bina wahdi asyiratana wahdi ummatal islam wahdi annasi jami’a wa ja alna sababan liman ihtada. ameen
2 comments:
jazakillahu khair nawwar for the inspirational entry..
moga terus thabat menyentuh jiwa-jiwa bani insan dan memanjangkan harapan ummah ini sehingga ke firdausil a'la..
there is still hope when we have people like you..
newcastle welcomes you in advanced..
baitussyifa'
owh...thank you so much baitussyifa..rase very inspired and honoured bile tgk baitussyifa leave comment kat sini...=)
hopefully kita semua terus thabat iAllah...ape2 buat pon solely for Allah...alhamdulillah
Post a Comment