CONTROL YOUR WHIMS

Assalamualaikum warahmatullah. Ape khabar pembaca-pembaca Nawwar semua?Moga2 terus berada dalam ridho dan maghfiroh Allah yang Maha Penyayang. Sebelum Nawwar teruskan penulisan ini, jomlah sama-sama kita doakan saudara-saudara seaqidah kita di mana jua mereka berada baik yang dekat mahupun jauh dari kita, baik yang kita kenali ataupun tidak, kita doakan dengan hati yang suci dan tulus agar sentiasa berada dalam perlindungan dan bantuan Allah swt.

Mafhum hadith, the Prophet SAW said,

By the One in Whose hand is my soul, no slave truly believes until he likes for his neighbour or, he said, his brother what he likes for himself.”

(Muslim, 2/17 Kitaab al-Eemaan, baab min khisaal al-eemaan an tuhibb li akheeka ma tuhibbu li nafsika)

InshaAllah, today Nawwar nak share with everyone tentang sebuah buku nipis yang Nawwar tengah baca tajuk dia C.S.E…haa…macam CSI gitu tapi ni bukan cerita pasal forensic atau mayat busuk2 tapi cerita tentang Control your whims, Shift your paradigm, Enter a new beginning…haaa…so CSE tu stands for bende ni la…buku yang amat nipis ni adalah extraction dari beberapa buku hebat lain macam Muntalaq, Apa Erti Saya Menganut Islam, Tazkiyatun Nafs and Pemuda Muslim dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini etc…die macam extract point2 penting la…dah lame sgt ade buku ni…dapat 2 tahun lepas masa kat KMB…dah kuar KMB baru dapat hidayah nak baca.hehe.Tapi takpe Alhamdulillah.=)

CONTROL YOUR WHIMS

Kite ni human, diberi 2 options sebenarnya dalam hidup kite…and memang Allah dah cerita pun banyak kali in Holy Quran betapa semua benda tu dicipta berpasangan. Samalah juga dalam hidup ni, we have only 2 options- good and evil, Islam or kafir and each option yang kita pilih will later results in tempat kita kat akhiroh which is either heaven or hell.

Di atas dunya ni, kite diberi pilihan sama ada memilih Islam atau Al Hawa yakni nafsu kita. Memilih Islam beerti kita tunduk kpd Allah wholeheartedly, solely…(2:131)(2:112)(2:208)(3:83)hanya kpd Dia. Memilih Islam beerti berserah diri seluruhnya kpd Allah, mengakui dan bersama menegak risalah Rasulullah bersama kaum muslimin yang lain. Memilih Islam menjadikan kita ber’title’ muslim yang sebenar, ori muslim bukan fotokopi(5:56)…Menjadi muslim memerlukan kita untuk banyak sekali bermujahadah kerana apabila kita serah diri pd Allah(3:135)(5:48)…dunia kita milik Allah, cita-cita kita milik Allah, keluarga kita milik Allah…tak ada apa pun yang kita punya…maka pasti bukan mudah untuk melepaskan semua yang sebelum ini kita rasa milik kita…di situlah mujahadahnya…memilih Islam, menjadi muslim dan kemudiannya bermujahadah InshaAllah meletakkan kita dalam kalangan yang berjaya di akhirat sana.

Itu kalau kita memilih untuk bersama Islam serta berusaha dan menjadi Muslim sejati…Bagaimana kalau kita memilih untuk mengikut hawa nafsu?

Memilih al Hawa(38:26)(23:71) beerti kita telah menjatuhkan maruah diri sendiri sebagai bani Adam dengan menyertai kaum yang ingkar kepada Allah which is syaitan. Memilih untuk tunduk kepada hawa nafsu yg mana selalunya kita tak perasan pun dah tertunduk kepadanya menjadikan kita golongan yang mengotorkan diri yang sebenarnya bersih(91:7-10)…hal ini meletakkan kita dalam golongan yang tewas kerana gagal melawan musuh dalam diri sendiri yakni nafsu dan musuh seluruh bani Adam yakni syaitan(45:23)(14:22)…menjadi tewas(58:19) beerti kita rugi, teramat-amat rugi di akhirat sana…

Dalam tiap-tiap decision yang kita buat, sebenarnya ada pilihan untuk bersama Islam atau tidak. Bila nak makan, kalau bersama Islam, kita memilih untuk mengikut sunnah, makan yang halal dan baik, tidak membazir dan sebagainya tapi kalau kita memilih mengikut hati, maka kita kena ingatkan diri bahawa tiap-tiap kali kita memilih selain Islam, kita tewas, kita lemah, kita kalah dan kita kelak pasti rugi di hadapan Allah. wallahualam.

Insha Allah, Nawwar rase cukup kot tu dulu sebagai bingkisan bahagian pertama untuk baab Control Your Whims…jauh lagi perjalanan kita…inshaAllah Nawwar akan cuba yang terbaik untuk bedah buku nipis ni ngan anda semua ep…kita study sama-sama…

Nawwar nak akhiri post ni dengan satu kata-kata dari sekeping bookmark yang Nawwar sayang sgt... ”Follow your heart wherever it takes you and be happy!”

Your heart belongs to Allah. Trust me, it will take you to Him.

Assalamualaikum.

0 comments:

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)