Bukan mudah menjadi cahaya
Seringkali apabila diri menyinari sepasang mata yang menyapa
Kerap kali mata itu dipejamkan
Kerana tidak tahan
Nawwar yang menyilaukan
Bukan mudah untuk menyinari
seketul hati yang ingin menjadi suci
kerana tiap kali cahaya menembusi
Pasti ada kegelapan yang menanti
Bukan mudah memancarkan sinar
seperti mentari yang panas membakar
namun siapa yang peduli sang mentari membakar diri
untuk si bumi yang tidak kenal erti menghargai
setiap nikmat yang diberi
Bukan mudah menjadi sinaran
Kerana apabila kau berkilauan
Sinaran mu menjadi pandangan
Cahayamu menjadi tontonan
Surammu menjadi tohmahan
Bukan mudah menjadi Nawwar
kerana perlu sentiasa bersinar
agar tiada hati yang menjadi tawar
agar Islam terus diperdengar
Wahai Nawwar
menyala lah!
membakar lah!
bercahaya lah!
Agar suatu masa nanti
kau bangun di dalam seri
dengan senyuman yang penuh erti
menuju gerbang syurga Firdausi
Ya Allah, thabatkanlah hati kami
di atas deen Mu yang amat dicintai
Wahai Nawwar
Posted by
Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal
Wednesday, October 14, 2009
Labels: Kata-kata hati... , Poetry , Sentuhan Cinta Sajadah , Suntikan Roh
3 comments:
Salaam
ye btul tu pa'a
bukan mudah utk menjadi seorang Nawwar.
maka terus terperasan di situ.
haha
nway,
nice work!
credit for me coz helping u okayh?
^.^
=P
To Nawa:- haha...treasure la nama anda tu...saye tumpang jek...hehe
To left wing:- ye la ye la...tq...hehe
Post a Comment