WARKAH UNTUK MUHAMMAD

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Demi Allah yang dalam tangannya jiwa dan nyawaku,

Hari ini, ku tulis warkah ini untukmu Muhammad, Rasul junjungan, cahaya seluruh alam.

Wahai Muhammad,

Kadang-kadang ku rindukan kehadiranmu,
Kadang-kadang terasa seolah-olah ingin berada bersama-sama kalanganmu 1430 tahun yang lalu, berhijrah bersama-samamu, berjihad di sampingmu,
Kadang-kadang terasa terlalu ingin mengenali dan mendekatimu,
Memandang wajahmu, mengucap salam kepadamu, mengaminkan doamu,
Hiba sekali hati ini wahai Rasulullah
Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa aku merasakan kerinduan kepada mu yang meruntun hati.

Aku bangun di awal pagi tadi. Dan aku lihat surau masih gelap. Cuma ada 2-3 orang padahal azan Subuh sudah berkumandang. Melihat keadaan itu, aku berasa terlalu kalah dan gagal. Aku teringat kata-kata Rahib Yahudi yang mengatakan bahawa umat Islam tak mungkin akan menang selagi solat Subuh mereka tidak seperti solat jumaat.

Aku berasa sangat penat. Aku sedih. Bilakah kemenangan itu akan tiba sekiranya hingga hari ini kami masih susah nak bangun Subuh pun. Aku dapat merasakan kebencian yang membuak-buak dalam diriku terhadap taghut yang banyak menyesatkan umat mu Muhammad. Bahkan aku sendiri tidak terkecuali.

Ya Muhammad,

Bila mengingati saat kau meninggalkan kami, aku berasa terlalu sedih. Dah tak ada lagi Rasul Allah bersama-sama kami. Pemergian kau beerti permulaan hidup kami yang kucar kacir di muka bumi. Pemergianmu beerti selepas ini kami harus bangun sendiri andainya kami jatuh, mengesat sendiri air mata kami andainya sedih dan menyembuhkan sendiri kesakitan kami andainya dilukai.

Hari ini Muhammad, kau pasti bisa melihat dari mana saja rohmu berada,
umat mu kini penuh duka lara
sebahagian bermandikan darah, sebahagian bersiramkan harta,
sebahagian ini tidak menolong sebahagian yang lain
bahkan seandainya mahu menolong pun tidak berdaya

Maafkanlah kami wahai Rasul Allah,
Kerana kami gagal lagi mencontohimu
Maafkanlah kami wahai nabi Allah,
saban hari kami melupakan perjuanganmu

Ya Mu’allim

Malunya kami kepadamu tidak tertahan lagi wahai Muhammad
Kegagalan orang di sekeliling untuk memahami Islam adalah kegagalan kami menyampaikan ajaran Al Quran dan Sunnahmu.

Wahai Muhammad Rasul Allah

Ku kirimkan warkah ini untuk mu dengan penuh harapan supaya seandainya kita bertemu di akhirat nanti, dapatlah kita berjabat mesra sekalipun kita tidak pernah bertemu dan bertegur sapa.

Selawat dan salam ke atas Rasul Allah, Muhammad s.a.w

“Dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” (2: 155)

DEFINISI 'BAHAGIA' DAN 'SEDIH' BAGI SEORANG MUSLIM...

Semua orang mahu hidup bahagia. Semua orang mahu keluarga yang bahagia. Semua orang mahu bahagia di dunia dan akhirat.

Tetapi betapa ramai dalam kalangan kita terpedaya dengan kebahagiaan yang sebenarnya kesedihan yang tiada bertepi.

Apa sebenarnya bahagia ini?

Adakah apabila perut kenyang?
Adakah apabila memiliki harta yang membukit?
Adakah apabila mempunyai kekasih?
Adakah apabila mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang?

Apa pula sebenarnya sedih ni?

Adakah apabila putus cinta?
Adakah apabila dimarahi cikgu sebab tak siap homework?
Adakah apabila tak ada duit?
Adakah apabila keputusan peperiksaan tidak seperti yang diharapkan?


….

“Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,” (Quran 53: 43)

Bahagia atau tidak, semuanya berbalik kepada kehendak Allah.

“ Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah”

“Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri,”

(Quran 57: 22-23)

Kalau sedih, tidak boleh terlalu sedih. Kalau gembira pun tak boleh terlalu gembira.

Tapi… macam mana kalau hati ni rasa sedih sangat…kecewa sangat…?

“ Al Quran adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang-orang yang beriman?

Kenapa seorang muslim tak boleh bersedih sangat?

“ Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”
“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”

(Quran 94: 5-6)

Macam mana nak jadi orang yang gembira je hidupnya? Boleh ke?

Rasulullah bersabda,
“Sungguh menakjubkan perilaku seorang mukmin.Semua keadaan adalah baik baginya. Jika memperoleh kesenangan dia bersyukur, dan yang demikian itu baik baginya; dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, dan yang demikian itu adalah baik baginya. Perilaku seperti itu hanya ada pada diri seorang mukmin.”
(H.R Muslim dan Ahmad)

….

Ketahuilah…

Bahagia bagi seorang muslim yang beriman adalah apabila dia memperoleh cinta dan redha Allah di dunia dan memperoleh syurga di akhirat. Tidak mungkin ada sesuatu yang lebih bahagia daripada itu.

Sedih bagi seorang muslim yang beriman itu adalah apabila dia melakukan sesuatu yang tidak disukai Allah. Pada ketika itu, menangislah, bersedihlah, dan berdoalah kerana selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, pintu taubat masih terbuka untuk kita.

Maka apabila kita kehilangan orang yang kita sayangi, atau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, janganlah terlalu bersedih tetapi tetaplah teruskan berusaha.

Maka apabila kita mendapat apa yang dihajatkan atau mendapat apa yang kita sayangi, janganlah terlalu gembira pula tetapi sembah sujudlah Allah kerana semuanya dari dan miliknya. Bila-bila masa saja Dia berupaya menarik semula nikmat yang dia berikan kepada kita…


Bagi seorang mukmin itu,
dunia ini dibenci
mati itu dicintai….

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)