Semua orang mahu hidup bahagia. Semua orang mahu keluarga yang bahagia. Semua orang mahu bahagia di dunia dan akhirat.
Tetapi betapa ramai dalam kalangan kita terpedaya dengan kebahagiaan yang sebenarnya kesedihan yang tiada bertepi.
Apa sebenarnya bahagia ini?
Adakah apabila perut kenyang?
Adakah apabila memiliki harta yang membukit?
Adakah apabila mempunyai kekasih?
Adakah apabila mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang?
Apa pula sebenarnya sedih ni?
Adakah apabila putus cinta?
Adakah apabila dimarahi cikgu sebab tak siap homework?
Adakah apabila tak ada duit?
Adakah apabila keputusan peperiksaan tidak seperti yang diharapkan?
….
“Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,” (Quran 53: 43)
Bahagia atau tidak, semuanya berbalik kepada kehendak Allah.
“ Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah”
“Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri,”
(Quran 57: 22-23)
Kalau sedih, tidak boleh terlalu sedih. Kalau gembira pun tak boleh terlalu gembira.
Tapi… macam mana kalau hati ni rasa sedih sangat…kecewa sangat…?
“ Al Quran adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang-orang yang beriman?
Kenapa seorang muslim tak boleh bersedih sangat?
“ Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”
“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”
(Quran 94: 5-6)
Macam mana nak jadi orang yang gembira je hidupnya? Boleh ke?
Rasulullah bersabda,
“Sungguh menakjubkan perilaku seorang mukmin.Semua keadaan adalah baik baginya. Jika memperoleh kesenangan dia bersyukur, dan yang demikian itu baik baginya; dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, dan yang demikian itu adalah baik baginya. Perilaku seperti itu hanya ada pada diri seorang mukmin.”
(H.R Muslim dan Ahmad)
….
Ketahuilah…
Bahagia bagi seorang muslim yang beriman adalah apabila dia memperoleh cinta dan redha Allah di dunia dan memperoleh syurga di akhirat. Tidak mungkin ada sesuatu yang lebih bahagia daripada itu.
Sedih bagi seorang muslim yang beriman itu adalah apabila dia melakukan sesuatu yang tidak disukai Allah. Pada ketika itu, menangislah, bersedihlah, dan berdoalah kerana selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, pintu taubat masih terbuka untuk kita.
Maka apabila kita kehilangan orang yang kita sayangi, atau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, janganlah terlalu bersedih tetapi tetaplah teruskan berusaha.
Maka apabila kita mendapat apa yang dihajatkan atau mendapat apa yang kita sayangi, janganlah terlalu gembira pula tetapi sembah sujudlah Allah kerana semuanya dari dan miliknya. Bila-bila masa saja Dia berupaya menarik semula nikmat yang dia berikan kepada kita…
Bagi seorang mukmin itu,
dunia ini dibenci
mati itu dicintai….
DEFINISI 'BAHAGIA' DAN 'SEDIH' BAGI SEORANG MUSLIM...
Posted by
Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal
Monday, February 2, 2009
7 comments:
salam alaik...
betul2...setiap benda yang Allah aturkan untuk kita ade hikmah yang tersendiri...maka janganlah kamu bersedih hati..
sesungguhnya kamu yang paling tinngi darjatnya jika orang yang beriman..
bak kata kamu,
"kite tunggu je ape Dia nak uji kite pasni =) "
+++ I believe in ultimate happy ending, because He's my happy ending..(read:heaven)+++
salam..
betul la farah..
hidup nie tak sudah2 dirundung ujian..
allah nk tgk betul ke tak sebenarnya iman kita nie..
allah kan kata, bagaimana kita boleh mengaku diri kita beriman sedangkan kita belum diuji..
doakan diri ini tabah yea!
*sedang diuji*
btw, boleh mintak email?smour
huuhu..bile Allah menjadi tujuan..
=)
salam wbt..
saya harap saya tak salah org.
google2 tadi, teringat awak.so google farah najwa.
pa'a kan?
still remember me? huu.
thanx pa'a. banyak bantu kami.
er, ingat tak, komik yg saya kata nk bg awk baca tu? boleh tengok kat my blog. tak update lg.
*enak bacaan di blog ini..~
^o^
salam nova..
ye ni pa'a...
yes masih ingat awak...
thank u sbb sudi singgah ke blog saye...
alhamdulillah...semoga kite same2 dapat manfaat dari blog ni..insyaAllah...
keep in touch!Robbuna ma'ak!
salam ziarah maya..
tahniah ukhti..insyaAllah wadah blog ini mampu dimanfaat oleh insan lain..syukran kerana aposting ini menyentuh hati saya..
Post a Comment