Bak kata kak Mariam
"Hati kite ni...kalau tak isi dengan Allah..tu yang diisi dengan benda2 lain.."
Bak kata kak Zai
"Hati kite ni...kalau tak isi dengan ayat-ayat Allah..akan diisi dengan ayat-ayat cinta..."
Aku pun ketawa bila dengar
Ketawa yang bermakna
Senyuman mula menguntum
Bermakna sungguh kata-kata itu...
Baru ini aku berpeluang bertemu dengan beberapa insan yang begitu istimewa, yang mengajar aku bahawa aku ini seorang wanita dan menyedarkan aku bagaimana tingkah laku seorang wanita muslim. Aku melihat kebahagiaan di depan mataku yang tak pernah terbayang olehku bahawa kebahagiaan seindah dan sesuci itu masih wujud.
Insan-insan istimewa ini telah memberikan aku inspirasi baru dan menguatkan keyakinan aku bahawa aku masih ada ruang untuk menjadi seperti mereka. Mereka mengasihi dan dikasihi semata-mata kerana Allah.
Pertemuan aku dengan mereka melahirkan keazaman ini...
Kepada dia yang selama ini mengisi hatiku...
Aku tinggalkan segala sejarah
antara kamu dan aku
dan aku padamkan ingatanku padamu seberapa mampu
kerana kau itu masih 'haram' bagiku
Sekiranya sesuatu perkara yang Allah haramkan
lalu kita tinggalkan
insyaAllah akan Dia kurniakan juga kepada kita
tapi dengan cara yang halal kemudian hari
aku yakin sekali
dan kepada dia yang aku ini telah mengisi hatinya...
aku sekadar sebutir debu
dibandingkan keindahan
dan kemuliaan bidadari syurga
aku tercipta dari saripati mani yang hina
tidak layak walau sedikit pun
untuk aku mengambil tempat di hati itu
seandainya kau lemah
aku apatah lagi
aku suatu hari nanti
akan kembali ke tanah
di makan ulat dan unggas
di dalamnya, sedikit pun aku tidak berdaya
membantu memberatkan timbanganmu
untuk mengisi syurga
Kepada Allah yang memiliki hati-hati kami dan yang seharusnya mengisi hati-hati kami...
Astaghfirullah wa atubuilaik...
Tetapkanlah kami di atas jalan agamaMu...
HEART
Posted by
Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal
Thursday, January 29, 2009
Labels: Suntikan Roh
7 comments:
saya suka ape yg awak tulis ni =)
pa're..
semakin kita lari darinya
semakin hebat ujian Allah itu kan?
mungkin juga Allah mahu beri ganjaran pada kita yang tak pernah langsung kita terfikir
boleh juga sebagai cabaran utk kita lebih kuat pada masa akan datang
yang penting bagi kita
tetapkan matlamat..mission & vision sebenar
supaya apa2 yang berlaku
sekarang, akan datang dan juga yang dah lepas
sume ke arah matlamat yg satu itu
termasuk juga utk mencari keredhaanNya
i believe in u
i'm here willingly to help n support u even though wut i could only do is juz lending my ears..listening to ur words..=D
go go pa're
sayang pa're..
to itana:
thank you...mmg tulis ni pun for people like you my dear
to aozora:
thank you... i really appreciate ur support...luv u too my dear
salam..
pa'are..
ini shalaq..remmber?
haritu awk htr adibah kat airport, n kite jumpe jugak.. ;)
btw, we're on the same shoes..
moga sama2 beristiqomah..
menangkan cinta ALLah dalam segala yg kita lakukan, inshaallah..
*eh2,best pulak ayat2 awk dlm post nie..mintak copy sket?hehh*
owh shalaq upe nye...go on..bley je if nak copy...nway, how's life in India? hopefully dapat selalu contact..=)
nw i see this side of u..
hehe..
nice post fara
Post a Comment