Aku nak buat perubahan yang sangat banyak pada diriku yang serba kurang ni...
Azam baru aku tak banyak tapi azam yang lama yang tak terbuat lagi itulah yang agak banyak juge
Fuh.. walopon lambat sikit aku menukilkan resolusi baru untuk diriku padahal dah 9 hari berada dalam tahun 2009, aku yakin aku belum terlambat.
Aku cerita di laman ini, bukanlah berniat nak mengade2 atau nak menunjuk atau nak poyo. No. Never. Itu bukan aku. Tapi aku cerita sikit di sini, dengan harapan mungkin dapat beri ilham kepadayang membaca untuk jadikan azam baru aku azam baru mereka juga dan yang paling penting, supaya sekiranya aku tidak mencapainya, mereka yang teringat dapat ingatkan aku.
First sekali adalah nak clearkan jahiliyah yang tak pernah dapat aku tinggalkan sekalipun aku sudah bergelar naqibah iaitu lagu-lagu heavy semacam yang tak ada peranan pun sebenarnya dalam hidup aku. Sayonara Avril Lavigne yang aku minati sejak usiaku 14 tahun. InsyaAllah, esok akan ku delete semua lagu-lagumu kerana tiada satu pun dapat bantu aku untuk jadi pendakwah yang hebat untuk bekerja untuk Islam. Sayonara Jay Z and Linkin Park. Lirik Encore Numb yang aku hampir hafal itu akan cuba aku padamkan dari ingatan kerana terlalu banyak F dan M word yang tidak layak meniti bibir seorang Islam sekalipun sekadar nyanyian kosong. Sayonara semua klip-klip video dan trek-trek yang berfolder-folder dalam otak laptopku. Maaf. Aku harus guna capacity tersebut untuk trek-trek rakaman ceramah dan perancangan dakwahku.
Sayonara bad words macam 'bongok', 'bengong', 'bengok', dan sewaktu dengannya yang walaupun aku dibesarkan bersama-sama dengan words ini dan nature ku tidak menganggap ia kasar tetapi demi menjadi tentera Allah yang benar-benar devote to Islam dan benar-benar sejati, aku harus berkata-kata baik. Maaf kepada semua yang pernah ku lafazkan 'kepala hotak ko'... aku tidak sempurna. Aku akan berusaha.
Inilah mujahadah yang paling mencabar. Sayonara kawan-kawan yang tidak sejantina denganku. Terasa sudah tiba aku menjaga dengan sempurna pergaulan ku. Bagaimana mungkin aku menjadi tentera Allah yang sempurna di medan jihad, sekiranya aku tidak mampu memerangi syaitan dalam diriku. Meningkat usia 20 tahun, hampir 2 tahun menceburi usrah, betapa gagalnya aku seandainya tidak ada perubahan pada dunia sosial ku...
Ya Allah... bantulah aku. Aku hanya mencari redha Mu. All i want to do is to please you. Pilihlah aku sebagai pejuang agamaMu. please Allah...i beg you...
Sayonara Jahiliyahku....
Posted by
Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal
Friday, January 9, 2009
Labels: Kata-kata hati...
1 comments:
Salam.. Semoga menjadi kenyataan.. Jangan lupa lakukan ibadah yang akan membantu pembinaan diri..
Post a Comment