"mata yang terjaga di malam hari bukan keranaMu adalah kebatilan...
tangisan mata bukan kerana kehilanganMu adalah sia-sia..."
Imam Hassan Al Banna sering melafazkan puisi ini ketika bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangannya...
Cuba hayati.
Berapa kali dalam seminggu, lewat malam kita diisi dengan sendu tangisan keinsafan di hadapan Allah SWT? Berapa kali? Ataukah malam-malam kita diisi dengan tidur yang terlalu enak? Atau mungkin terisi dengan perbualan telefon yang berjela panjang, kosong isi perbualannya, sekadar gelak tawa yang bertahan hanya seketika?
Berapa kali air mata kita mengalir kerana rasa rindu dan cinta pada Allah, teringin nak bertemu Allah dan Rasulullah, menangis kerana rasa terlalu jauh dari Allah? Berapa kali? Atau mungkin air mata kita selama ini telah tersia-sia, kerana yang pernah kita tangisi hanyalah perkara yang sia-sia... Mungkin pernah kita tangisi percintaan yang kecundang, atau mungkin keputusan exam yang tidak cemerlang, atau mungkin juga kita tangisi filem-filem Jepun dan Korea...
Astaghfirullah wa atubuilaik
It's never too late to change ok?....=)
Puisi Kegemaran Hassan Al Banna...
Posted by
Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal
Saturday, January 10, 2009
Labels: Muhasabah
0 comments:
Post a Comment