Alhamdulillah atas segala nikmat cinta yang dikurniakanNya kepada kita. Astaghfirullah atas segala kesilapan kita menguruskan nikmatNya itu…
Alhamdulillah… akhirnya aku berjaya menamatkan bacaanku selepas lebih seminggu meminjam buku Aku Terima Nikahnya hasil karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang daripada seorang temanku. Semoga penulis, keluarga penulis, orang-orang yang terlibat dalam pembikinan buku itu serta temanku itu dirahmati dan diridhoi Allah sentiasa hendaknya. Terima kasih kerana terlalu banyak yang ku pelajari dari buku berwarna biru ini.
Siapa sangka kini aku melangkah sebagai seorang wanita berumur 20 tahun.
Pada ketika umurku 12 tahun, aku pernah berkata kepada diriku…wah..seronoknya kalau jadi orang dewasa. Seronoknya belajar di universiti. Seronoknya boleh pakai bau beraneka gaya dan fesyen…Ya…inilah cita-cita kanak-kanakku.
Wahai Farah Najwa yang berumur 12 tahun, awal mac yang lalu, usiamu telah pun 20 tahun…. Ya...siapa sangka…
Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur sehingga hari ini. 20 tahun aku berjalan, berlari, makan, minum, belajar, sakit, sihat, menangis, ketawa di atas bumi Allah ini tanpa sesaat pun Allah lupa untuk memberiku nikmat oksigen, pakaian, makanan, minuman, kehidupan, Islam, kebahagiaan, kebijaksanaan dan sebagainya. Alhamdulillah.
Benarlah. Kasih sayang Allah itu tiada bertepi. Aku rasa peribahasa ‘kacang lupakan kulit’ itu paling applicable kepada kita semua seluruh umat manusia yang sering melupakan Allah yang begitu banyak mencurah kasih sayang kepada kita.
Aku sekali lagi berterima kasih kepada Allah. Sujud syukurku kepada Mu ya Rabb… siapa sangka,siapa tahu, masuk usia 20 tahun ini, Allah membuka lagi pintu nikmatNya kepadaku. Siapa sangka, siapa tahu, mungkin nikmat baiti jannati sudah tidak jauh dari ku. Aku sekadar mampu berdoa, semoga yang terbaik itu cepat berlaku. InshaAllah. Ameen.
Hakikatnya setelah membaca Aku Terima Nikahnya, aku terasa bagai ingin menangis..(memang berkali-kali sebenarnya aku menangis sepanjang pembacaanku). Terbuka mindaku. Benarlah kata-kata Abu Saif. Apabila memperkatakan soal rumahtangga, kurangkan berbicara soal hak yang tidak pernah berkesudahan sebaliknya berbicaralah tentang peranan. Jangan mulakan suatu perhubungan tu dengan ‘apa yang aku akan dapat daripadanya’ sebaliknya mulakan dengan ‘apa yang aku boleh beri kepadanya’…
Aku juga menangis. Menangis semahunya. Kerana menyesali kesilapan-kesilapan silamku dalam mengendalikan nikmat cintaNya…bukan kejahilan.Tidak. Tetapi kesilapan. Aku hanya mampu memandangnya sebagai tarbiyah dari Allah SWT kepadaku agar aku lebih matang hari ini.
Aku tidak suka sebenarnya mengenangkan peristiwa lalu apatah lagi menangisinya. Tetapi kadang-kadang perlu juga agar lebih bermakna sesuatu peristiwa itu dan tidaklah sesuatu itu berlalu dengan sia-sia.
Aku suka mengatakan, dalam hidup ini, kita perlu ‘look forward!’… kalau tidak, kita tidak akan kemana-mana. Beredar di sekitar orbit hidup yang tidak berkembang. Lemas dalam gelombang keresahan, memikirkan pelbagai masalah berulang-ulang kali padahal mudah saja sebenarnya untuk mnyelesaikannya seandainya rasa takut dan risau dengan pelbagai factor sekeliling itu dicabut dari hati. InshaAllah.
Aku Terima Nikahnya turut menyedarkanku akan betapa pentingnya saki baki masa yang masih tinggal untukku luangkan bersama ibu bapa dan keluarga sebelum melebarkan sayap dakwah ke luar Negara disamping menyambung pengajianku dalam bidang perubatan. Siapa pun dan apa pun yang dilakukan oleh ibu bapa dan keluarga kita, tidak ada alasan untuk kita menidakkan hak mereka ke atas kita sekalipun 24 jam kurniaan Allah kepada kita itu seringkali dirampas oleh pelbagai aktiviti2 kehidupan yang tidak pernah peduli penat lelah tubuh kita.
Kadangkala aku terfikir juga. Biasalah…seorang manusia yang belajar sepertiku ini pastilah kadangkala dibelenggu rasa malas.
Malasnye lah nak buka buku hari ni….Malasnye lah nak buat itu…nak buat ini…Penatlah…boleh tak nak rehat jap?Tolong ah...
Ya..inilah ayat-ayat cliché itu. Bila fikir-fikir balik, bagaimana mungkin aku jadi semalas ini? Pernahkah mama atau papaku berkata begini…
Malasnye lah nak pegi kerja hari ni…. Malasnye lah nak masak…Malasnyelah nak hantar kau pegi sekolah… Penatlah…Boleh tak nak rehat jap?Tolong ah…
Tak pernah kan? Mak ayah kita tak pernah pun cakap macam tu kan?
Teruknya aku sebagai anak. Tugas sebagai anak pun tidak terpikul. Runsing jadinya. Apatah lagi tugas sebagai khalifah . Astaghfirullah wa atubu ilaik. Mampukah pula aku nanti untuk membina baiti jannati sendiri seandainya tidak terlaksana tanggungjawab pada ummi dan abiku..(padahal panggil mama dan papa..hehe)
Menyedari hakikat ini, aku bingkas bangun. Owh tak boleh jadi! Aku mendapati aku kini akrab dengan buku dan pen serta helaian-helaian kertas putih berdakwat hitam, kadang-kadang memaksa untuk mendekati mereka namun tak apa, asalkan buat. Berusahalah dengan hati yang gembira menantikan nikmat yang bakal menjelang tiba. InshaAllah.
Aku Terima Nikahnya.
Bukan soal nikahku ya.....
Sekadar 'refresh' pembacaan yang barangkali dapat meng’instill’ keinginan dalam hati orang lain untuk turut membaca santapan rohani yang benar-benar mengenyangkan sanubariku ini. Wallahua’lam.
Aku Terima Nikahnya...
Posted by
Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal
Sunday, March 22, 2009
4 comments:
hehe pa'a asma' pon baru je beli 'kisah cinta dalam al-quran' mengenal cinta meraih Allah by Misbah Em Majidy. kisah-kisah cinta manusia ke atas manusia, kisah cinta manusia pada harta, kuasa n byk lg..hee..best buku ni
nak pinjam? =P
all d best pa'a..doakan sy jg.. =D
"true love is like ghosts, which everybody talks about but few have seen" - Francois Due de La Rochefoucauld (^_^)
ea betol tu asma'...true love mmg x ramai org nampak..dan mmg kite xnak tunjuk kat org pon...biar Allah je tau...
wallahua'lam
eh.eh.
pa'a pun march babies jugak ke?
hehe. hepi belated dear :)
kullu 'am wa antum bikheir!
oppss pa'a gune asma' nyer account utk komen..hee..
Post a Comment