Titisan air mata syukur

Alhamdulillah...

Aku diuji oleh Allah SWT di saat-saat genting mendekati hari peperiksaan IB yang bakal menjelang tiba.

Apa pun sekali yang berlaku, kita harus banyak bersabar. Kuatkan semangat. Ketahuilah, setiap kebaikan yang kita lakukan, kita tahu yang kita tak buat kerana sesiapa pun kecuali kerana Allah. Jadi sekiranya orang tidak memandang kebaikan itu, tak mengapa, kerana Allah kan ada...

Kita perlu yakin dengan apa yang kita lakukan. Teruskan bersemangat. Ingat kata-kata Along dan Kak Long:-

"Kita tanggung bersama!!!
Tak Kenal Henti!!!"


Air mata yang bercucuran adalah saksi bagiku nanti di hari pengadilan

"Maka bersabarlah engkau atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit, dan sebelum terbenam, dan bertasbihlah(pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang." (Taha:130)

Apa kabaq Sungai Petani?!!






Lamanya x balek ghumah...rasa rindu sangat nak jumpa mama, papa, bayong, kak peni, bang cik, bayeh and nana... Apa kabaq sungai petani?!!

oh familiku
kak wa rindu sangat nak balik ghumah...
rindu nak makan masakan mama
awat la ib ni lambat sangat?
awat la ghumah jaoh sangat?
payah nak balek

oh familiku
hangpa doa la banyak2 kat kakwa
dok struggle gila ni untuk ib ni inshaAllah
pa pa pon kita kena yakin Allah akan bagi hat tebaik kat kita
toksah dok pikiaq lebih2 la
wat penin kapla ja


kalau boleh haghi-haghi nak tepon ghumah ja
lama dah tak dengaq nana nyanyi lagu linkin park wlpn tatau dia dok sebut pa
lama dah tak dengaq mama maghah bang cik ngan bayeh dok bekeling tak habeh2
lama dah tak dengaq papa kata "hangpa dok diam sat boleh dak...aku nak tengok berita.." (haha...papa ku yang otai gel...hehe)
lama dah tak nyanyi lagu Natalie Imbruglia dengan kak peni dalam viva comel warna merah...
lama dah tak dengaq bayong ceghita pasai pelantaq minyak tempat reja dia tu
lama sangat dah

Rindu juga pada besfrens ku...huhu

Allah...
ak rindu sangat nak balek ghumah
bagi la aku kuat semangat nak hadapi IB ni
bagi la aku dapat tenang n hepi ja
bagi la aku ridho ja apa pun takdirMu

Huwaa!!

I AM HOMESICK!!!I WANNA GO HOME!!!

Rinduku...

Rindunya...

Syahdu senja berlabuh
Bayu barat pun sejuk menyapa
Dalam renyai-renyai gerimis manja
Bertali arus dari lembayung awan merah
mengiringi laungan kalimah gagah
menyeru mendayu-dayu memanggil ummah
Ramai berangkat, bersujud sembah
Ramai mengangkat takbir nan gah

Di kala perut-perut rumahMu
diisi jemaah bersaff-saff
keuzuranku memaksaku
sekadar memandang dari jauh
hati kecil merintih menangis letih
Kerinduan terasa pada sejuk wudhul
membasahi ubun-ubun
Kerinduan terasa pada lembut baldu tempat sujud

Ya Rabb
Aku rindu untuk solat
Aku rindu untuk menyertai mereka
Ya Rabb
Aku rindu pada Mu
Aku rindu saat waktu kita bertemu
Sekalipun aku tidak melihatMu tapi Kau melihatku
Aku rindu saat solat
Saat kita bisa berbicara
Saat aku mengadu resah duka
Saat aku sujud dan menagih cintaMu
Saat aku bisa berdoa dan berkata-kata denganMu
Wahai sembahan seluruh alam...

Aku rindu padaMu...

Nikmatnye jadi pelajar IB

Pelajar 1: Yeah yeah dah habis exam!yeah...boleh tidoq...zzzz

Pelajar 2: Owh leganya...terasa ringan sket kepala ni dah habis exam ni...akhirnye dapat juge aku sambung game aku ri tu berenti kat level final dah...

Pelajar 3: Owh alhamdulillah....dah habis exam mock ni...takleh lepak2 lagi...IB tak habes lagi...inshaAllah...mane yang tak dapat jawab ri tu pas ni kena cover nih...

....
Mana satu aku ye? Mana satu korang? sebenarnye ada banyak pelajar lagi tapi tak larat nak taip semua, tangan lenguh lagi wat malay tadi...fuh...

Tapi nak cakapnye adelah...tak kisah lah mana satu pun atau apa pun reaksi kite yang penting setiap apa yang Allah takdirkan berlaku pada kita adalah terbaik untuk kita pada waktu itu dan bersyukurlah diberi nikmat hidup sebagai seorang pelajar yang mana kita diberi peluang merasai satu nikmat yang mungkin orang kat luar sana tak rasa iaitu nikmat rasa bergantung kepada Allah, robbal 'alameen...sekurang-kurangnya kita rasa Allah sahajalah pembantu kita di dalam dewan exam itu...

Dekat2 IB final exam ni, kite ramai2 solat hajat, ramai2 baca Al Mulk ramai solat jemaah...ramai2 qiam...alhamdulillah...maha suci Allah yang berkuasa menyatupadukan kita semua hanya melalui exam Ib nie...hebat nye Allah...

"Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang selalu berdoa kepadaMu dengan setulusnya ketika dalam keadaan tenteram sebagaimana tulusnya doa orang2 yang terpaksa kerana berada dalam kesempitan...ameen"

Nikmatnye jadi pelajar Ib ni tau

Sabda Rasulullah SAW

"Sungguh menakjubkan akhlak orang mukmin, seandainya dia mendapat kebaikan maka dia bersyukur dan kebaikan itu baik baginya, seandainya dia mendapat ujian malapetaka maka dia bersabar dan ujian itu pun baik baginya, ciri-ciri ini hanya ada pada seorang mukmin"

InshaAllah seorang muslim tu bahagia, ridho dan tenang aja dia dalam hidupnya ep?

=)

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)