Selalu Menangis...
Labels: Kata-kata hati... , Muhasabah , Salaam Jannah , Semangat Baru=) , Suntikan Roh
Jangan Pernah Berhenti
Labels: Kata-kata hati... , Muhasabah , Poetry , Salaam Jannah , Suntikan Roh
PEREMPUAN
Assalamualaikum warahmatullah buat pembaca-pembaca Nawwar. Nawwar mohon maaf kerana agak lama tidak meng’update’ blog ni. Hakikatnya Nawwar berdepan sedikit kesulitan untuk online apabila berada di Sungai Petani. Tapi sebenarnya, kalau Nawwar berusaha dengan gigih pasti Nawwar masih dapat mengusahakan blog ni walau di mana pun berada. Nawwar nampaknya perlu banyak mmperbaiki pengurusan masa, hati dan amal agar tidak mengabaikan apa-apa pun tanggugjawab kepada umat.
InshaAllah, Nawwar sekarang dalam usaha membangunkan laman blog baru yang inshaAllah akan membawa kalian ke medan yang lebih serius dan lebih bermanfaat. Nawwar masih dalam proses mengkaji dan menyelidik akan kaedah-kaedah terbaik untuk menyampaikan mesej Islam yang dalam masa yang sama tidak mengabaikan fitrah manusia yang berhati lembut, suka santai2 dan inginkan kemudahan dan ketenangan fikiran.
InshaAllah, blog yang baru tersebut mungkin akan diwujudkan hanya selepas Nawwar menjejakkan kaki di bumi Australia which is agak lambat lagi. Tujuannya,pertama, adalah untuk memberi peluang kepada Nawwar sendiri untuk melengkapkan analisa dan penelitian kepada bahan-bahan yang sepatutnya dan yang tidak sepatutnya mengisi sebuah blog dakwah. Kedua, untuk membantu pembaca-pembaca Nawwar menyesuaikan diri dengan perubahan konsep blog Nawwar ni. InshaAllah, kita sama-sama berdoa moga2 Allah memberkati setiap usaha untuk menyampaikan risalah rahmah ini dan juga semoga hati-hati yang berjuang di jalan amal ini akan terus bersih, suci dan tajarrud dari segala yang lain selain dari Allah sehingga menjadilah agama Islam ini untuk Allah semata-mata. InshaAllah.
Dalam post kali ini, Nawwar ingin menyentuh sedikit berkaitan isu Women In Leadership yang baru-baru ini telah dibincangkan dalam sebuah rancangan untuk kaum wanita di TV3. Keaktifan Datin Seri Rosmah Mansor menyuarakan kepentingan untuk kaum wanita bangun dan mengambil langkah memajukan diri yang kemudiannya direalisasikan dengan Persidangan Wanita-wanita Pertama yang bakal dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan dilihat oleh Nawwar sebagai satu cetusan semangat yang tidak salah tetapi perlu ada ruh Islam di situ. Kita semua perlu ingat, apa-apa perjuangan yang tidak dilandasi Islam, tidak mungkin dan tidak akan berkekalan.
Kata-kata ini bukanlah ditujukan kepada NGO-NGO yang terlibat dalam memperjuangkan hak-hak wanita sahaja sebenarnya tetapi juga kepada apa-apa badan pun yang sedang memperjuangkan sesuatu course.
Bahkan kepada kelompok pelajar MPP yang mengetuai pelajar di KMB pun perlu jelas akan matlamat perjuangan anda. Sekiranya kita memahami matlamat kewujudan MPP itu adalah sebagai aset untuk mengislahkan budak-budak KMB itu secara berjemaah, maka seseorang MPP itu tidak akan merasakan urusan-urusan membaikpulih internet dan memperjuangkan isu lalat di dewan selera yang tidak ada hujung pangkal itu sebagai urusan utamanya. Sebaliknya, akan melihat isu akhlak para pelajar yang harus dipertamakan.(Tapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan perkara2 serupa ini...persoalan di sini adalah prioriti.) Kalau satu kelompok pelajar yang gemar kepada Islam, dan bersyukur dengan apa saja berjaya diwujudkan, tidak akan timbul masalah internet atau lalat lagi kerana semua orang okay saja dengan apa jua keadaan asalkan dapat beribadah, dapat belajar dengan baik dan cukup makan pakai. Betul tak? (Tapi kalau cakap macam ni mesti orang kata idealistik sangat. Kalau macam tu selama ni Nabi dengan sahabat2 tu idealistik la jugak. Bukan ke diorang berjuang nak sampaikan Islam ke seluruh dunia, nak semua orang dengar and faham Islam. Pada zaman nabi, perjuangan macam tu memang nampak tak realistik and ideal sangat tapi apa yang diperjuangkan itu benar2 tercapai pada zaman abbasiyah!Betul tak?haa...so peduli hape...memang kita idealistik, futuristik, optimistik...sebab kita nak contohi Nabi dan para sahabat!)
Berbalik kepada isu wanita, sebenarnya Islam telah lama pun mengangkat martabat wanita. Nabi sendiri tidak pernah walau sekali mengabaikan kaum hawa. Nabi ada halaqah-halaqah khas untuk mendidik kaum wanita. Bahkan, selepas solat sunat aidilfitri, Nabi akan berjalan dari hadapan iaitu dari bahagian lelaki, terus ke bahagian kaum wanita di saff belakang bersama-sama Bilal. Dan kemudian Nabi akan menyeru kaum wanita supaya sama-sama bersedekah ke jalan Allah dan pada ketika itu, Bilal akan menghulurkan cebisan kain kepada kaum wanita lalu mereka akan beramai-ramai mencampakkan cincin, gelang, wang atau apa-apa sahaja yang mampu mereka serahkan untuk membantu da’wah dan perjuangan Islam. Lihat, nabi mengangkat tinggi perjuangan kaum wanita dan memberi peluang untuk kaum wanita memberi saham pada perjuangan Islam.
Tapi kenapa hari ini, apabila isu hak-hak wanita diperjuangkan, ia seolah-olah kering dan bisu dari nilai-nilai Islam? Isu-isu sama taraf, peluang bekerja, menuntut ilmu dan sebagainya diperjuangkan dengan dalil-dalil dari Barat dan bukannya dari Al Quran atau sirah-sirah Nabi yang telah banyak memartabatkan wanita.
Yang buat Nawwar rasa ada something missing dalam perjuangan-perjuangan semacam ini adalah kerana bila Nawwar tengok rakaman-rakaman persidangan dan majlis-majlis NGO ni, kaum wanita itu sendiri tidak mengangkat dan tidak menyedari martabat dirinya yang sebenar sebagai seorang muslimah. Ada segelintir yang tidak sempurna penjagaan auratnya padahal Allah memerintahkan kaum wanita menutup tubuhnya dengan sempurna kerana dia seorang yang sangat berharga, indah dan hebat. Kerana lupa dan tidak sedar akan kehebatan inilah, segelintir daripada kita hilang identiti dan merasa cantik dengan sesuatu selain Islam. Apa sebenarnya yang diperjuangkan kalau yang mana satu betul dan yang mana satu salah pun masih belum jelas di mata mereka?
Dalam dunia hari ni, banyak sangat masalah yang timbul kerana masalah iman dan aqidah tetapi tidak diselesaikan dengan Islam. Masalah sosial, masalah malas belajar, kaum rempit, kemalangan masa musim raya dan sebagainya, semuanya adalah masalah hilang nur Islam dalam hati mereka. Ubat kepada penyakit-penyakit ini adalah kembali kepada Allah dan Rasul tetapi kalau kita buat ceramah tentang Islam sikit nanti kena tangkap pulak en sebab tak bertauliah....Nah... Akhirnya isu-isu ni tak pernah pun selesai bahkan bertambah.
Dalam satu hadith sahih, daripada Abu Muhammad Abdullah Ibn Amru Ibn Al-’Aas,
Rasulullah SAW bersabda,
”Seseorang kamu tidak benar-benar beriman hinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa”
Wallahu’alam. Assalamualaikum.
Labels: Kata-kata hati... , Muhasabah , Suntikan Roh
FITYAH
Labels: Kata-kata hati... , Muhasabah , My hands for Palestine... , Salaam Jannah , Semangat Baru=) , Suntikan Roh
CATATAN ANAK MAMI KEMBALI...
Labels: Salaam Jannah , Semangat Baru=) , Suntikan Roh
Titisan Permata Syahdu
Labels: Kata-kata hati... , Poetry , Sentuhan Cinta Sajadah