KITA SAMA SAHAJA


Terlalu banyak kesilapan-kesilapan lalu
Terlalu sedikit pembaikan yang berlaku
Terlalu mudah mengulangi
Terlalu sukar memperbaiki

Kita manusia
Kita hidup dengan kesilapan-kesilapan kita
Kita hidup bersama pembetulan-pembetulan kita
Ini hakikat seorang manusia
Kau dan aku sama sahaja

...

Saat waktu-waktu yang sukar mendatangi
tidak ramai menyedari
kesenangan yang menyelangi
lantas syukur menjadi debu
pantas tersungkur menjadi layu

Enaknya kita
bila saat-saat indah pula menyulam dada
tidak kita menyedari hadirnya
dugaan yang lebih dewasa
lantas kita terpedaya
lalu sekali lagi kecewa

Kerana itu kita tidak bangun-bangun
kita sangka sudah terjaga
rupanya sekadar mimpi semata
mata hati masih terkunci
mata kepala tertutup mati
lalu kita kembali
dalam penyesalan yang tiada henti
pada saat yang sudah tiada jalan kembali
untuk apa lagi?

sekali kaki ini melangkah
dengan langkah yang gagah
di atas jalan ini
maka jangan pernah berfikir kembali
tidak harus ada sebuah keraguan
apabila ganjaran sudah menjadi jaminan

hinalah!,
andai seorang itu melangkah
kerana janji Ilahi yang gagah
tetapi tiba-tiba menyerah kalah
hanya kerana sebuah dugaan yang lemah

4 comments:

~shida~ January 6, 2010 at 7:42 AM  

huhu...paa memang pro bab2 puitis nih..=p
hmm..sangatlah setuju terutamanya perenggan yang last tu..
jzkk paa for the sharing~(^-^)

Ammar Roslizar January 6, 2010 at 1:34 PM  

allahumma thabbit qulubuna 'ala dinik!

=)

ferriangel January 7, 2010 at 5:12 AM  

pa'a..
=)

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal January 9, 2010 at 7:55 AM  

jazakumullah to all...moga2 bermanfaatlah poem ni untuk semua...

=)

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)