Serius. Kalau tak percaya boleh tengok Malaysia hari ini.
Hari ini, orang suka buat rumah besar-besar atas bukit. Tak percaya pergi la tengok rumah-rumah kat jalan on the way ke Bukit Gasing. Dahsyat betul. Nilainya boleh mencecah jutaan ringgit. Padahal sama juga, ada bilik tidur, dapur, bilik air, ruang tamu je. Bukannya ada McDonald ke Dome ke kat dalam tu. Rumah kampong kat Kampung Buah Pala kat Penang tu pun ada bilik tidur, dapur, bilik air dan ruang tamu juga. Buat apalah buat rumah mahal-mahal sangat, baik bagi duit kat orang miskin. Nanti dapat rumah di syurga. Lagi best.
Hari ini, dah jadi satu kemestian untuk buat bangunan tinggi-tinggi, cantik-canti, mahal-mahal dekat bandar-bandar. Kalau tak ada bangunan tinggi, macam tak membangun. Fitrah manusia kena nampak hasil kerjanya depan mata. Betul tak? Contohnya bangunan Burj Dubai yang merupakan antara bangunan termahal di dunia. Hebat betul architecturenya. Tapi berapa ramai orang asing yang masuk Islam bila tengok bangunan tu? Tak ada perjuangan Islam di situ. Kosong.
Bukanlah nak suruh jadi mundur ke ape tapi cetek betullah fikiran kalau meletakkan pembangunan fizikal sebagai indikator kemajuan sesuatu bangsa. Buat apa bangunan hebat-hebat tapi akhlak dahsyat-dahsyat...
Hari ini,menjadi trend pula sekarang, ramai orang Malaysia suka buat dan tengok cerita hantu. Jangan Pandang Belakang lah, Jangan Tegur Lagi lah, Congkak lah, Santau la...entah stigma apa yang sedang melanda, sampaikan di hari pertama tahun 2010, stesen TV paling popular di Malaysia tayangkan cerita hantu raya. Awal-awal lagi masyarakat telah di’hantu’i. Semua jadi ketakutan aje. Habis tu macam mana nak maju?
Mungkin ada orang berkata, bagus apa cerita-cerita hantu ni, mereka menunjukkan bahawa orang-orang yang syirik, pakai ilmu hitam, pasti akan dihukum Allah, dan juga mengajar nilai moral kepada masyarakat supaya tidak mendekati ilmu-ilmu hitam ni. Alahai! Siapa-siapa pun boleh cakap nilai-nilai moral ini, tapi adakah itu yang benar-benar tertanam dalam hati-hati penonton? Secara jujurnya, adakah ini yang terdidik dalam jiwa mereka? Mungkin seminit dua lepas keluar panggung, adalah sikit-sikit kesedaran, tapi adakah ia membawa jiwa-jiwa ini dekat kepada Allah? Tidak juga.
Adakah membawa masyarakat kemballi kepada Islam? Tidak.
Adakah terdapat perubahan positif kepada masyarakat? Tidak.
Perjuangan apa ini yang tidak ada hasil pun pada jiwa masyarakat kecuali perasaan takut hantu, takut pergi toilet malam-malam sorang-sorang, takut tidur gelap-gelap, takut perempuan rambut panjang pakai baju putih, takut orang yang pakai telekung malam-malam, takut orang yang pendek dan kepala botak.
MashaAllah, apakah yang sedang dididik kepada masyarakat hari ini??
Hari ini juga, banyak sekali hiburan yang pelik-pelik. Nampaknya jabatan yang bertanggungjawab menapis filem-filem pun seolah-olah telah dibubarkan. Atau mungkin, penapis yang digunakan untuk menapis filem-filem ni telah bocor-bocor belaka. Entah apa-apa yang ditayangkan kepada khalayak. Rancangan-rancangan hedonism yang hodoh dipandang sebagai ’Ceria’ lantas dibiar berleluasa. Filem-filem yanng kononnya ’bermoral’ seperti Rempit, KL Menjerit, dan Jalang telah menguasai pasaran yang rata-ratanya penonton Islam melayu. Apa lagi, berbanggalah puak-puak rempit dan jalang ini sebab ada orang berbesar hati buat filem pasal mereka. Tak ada siapa nak buat filem pasal Tok Janggut, Dol Said, dan bekas-bekas PM Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara. Apalah jasa geng rempit dan jalang itu sehinggakan kita gembira dengan penerbitan filem-filem begini?Berapa ramai insaf tengok filem ini? Di mana perjuangan Islam dalam filem-filem begini?
Adakah kes-kes rempit berkurang?Tidak.
Adakah kes-kes khalwat dan rogol berkurang? Tidak.
Adakah remaja-remaja jadi semakin baik? Tidak.
Kasihannya orang-orang yang buat filem-filem ini. Sia-sia belaka perjuangan mereka. Boleh kata, tak ada apa yang masyarakat dapat dari hasil kerja mereka kecuali hiburan sementara yang juga sia-sia...
Dalam setiap perkara yang kita buat, sebenarnya kita sedang memilih untuk bersama Islam atau tidak. Dalam karier kita, pelajaran kita, perbelanjaan kita dan perancangan hidup kita, hakikatnya kita sedang membuat pilihan untuk bersama-sama Islam atau tidak.Seandainya apa yang kita buat, tidak ada sedikit pun saham kepada Islam, tidak ada nilai di akhirat, maka menjadilah ia satu urusan yang sia-sia.
Hari ini, inilah yang berlaku. Terlalu banyak urusan sia-sia yang menjadi biasa kepada kita sehingga Allah mencabut iman dari hati kita lalu diganti dengan kecintaan yang amat kepada dunia dan ketakutan yang sangat kepada maut.
Sabda Rasulullah yang bermaksud,
”Bila kalian mula bertransaksi dengan sistem ’inah(ransaksi menjurus/mengandungi unsur riba), kalian memegang ekor sapi, puas dengan bersibuk di ladang dan kalian tinggalkan jihad, maka Allah akan timpakan kepada kalian kehinaan yang tidak akan dicabutNya sampai(kecuali jika) kalian kembali kepada agama kalian”
”Kita takkan berhenti menyeru kecuali setelah bumi dan segala isinya kembali kepada Allah”
Ini modus operandi kita!
2 comments:
"...takut orang yang pendek dan kepala botak." T_T
^_^" errkk...
btw, baca post ni en teringat majalah the economist yg latest..ahli2 ekonomi yg mempercayai capitalism sendiri sudah meragui makna hakikat "progress" (@pembangunan@kemajuan) yang mereka canang2kan..yang menariknya, mereka mengakui yang civilisation diorang ni terlalu material dan jugak depends sgt on science..ini umpama buku "the tragedy of man" yang ditulis oleh imre madach, seorang hungarian..mengisahkan pengembaraan Adam bersama lucifer dan eve..when the civilisation progress, the spiritual decline.
hari tu baru terjumpa buku islam dan the world oleh abu hasan ali an-nadwi, tapi tak beli lagi..buku tu dalam bahasa melayu is kerugian dunia akibat kemunduran islam..believe you already know it rite..aaaaa, tak sempat nak baca lagi..bagus untuk isk tuh..hehehe
nway, buku untukmu kader dakwah tu best tak?
p/s : bile nak tulis post2 yang cam warna-warni santai2 tu lagi?
to mamak:
alahai org pendek dan botak tu toyol la...hehe
best la ayat civilisation progress, spiritual decline, tapi hakikat tu x best...
buku abu hassan ali tu siyes xtau...nnt pinjam eh..hehehe
buku untukmu kader dakwah best.in terms of isi n penerangan sgt mendalam, just ade hadith2 yg x disertakan perawi dan sanadnye so mungkin certain org mungkin x prefer sgt...tapi iAllah dr segi penerangan, mmg best, mungkin sbb impak bhs indonesia tu menambah mutu penerangan..
p/s: dakwat hbs la..tgk r nnt...hehe
Post a Comment