'HOSPITAL' KITA


Ada banyak masalah dalam masyarakat hari ini.

Baru-baru ini, ada kes dera bayi umur 7 bulan. Bayi ini didera oleh ibu dan bapanya sendiri sampai terpaksa dimasukkan ke ICU. Ada kes budak perempuan berumur sekitar 10-12 tahun yang dijumpai separuh bogel, disyaki dirogol, kemudian dijerut sehingga mati dan dicampak ke tali air. Mayatnya dijumpai tersangkut di perangkap sampah. Sedih dan tragis. Kemudian ada kes mayat bayi yang sempurna dan masih bertali pusat, ditemui dalam tali air juga, paling menyedihkan kepalanya sudah hancur dipercayai digigit burung gagak. Kasihan bukan? Ingatkan dekat area-area Afrika sahaja yang menyaksikan mayat-mayat manusia yang mati dimakan burung. Di Malaysia pun dah banyak sekarang ni. Malang sekali.

Dalam masalah-masalah yang melanda umat ini, masih ada lagi yang tidak sedarkan diri. Yang profesional pun sudah menjadi tidak berguna kepada masyarakat. 3 orang rakyat Malaysia ditangkap di Arab Saudi kerana berkhalwat. Hampir-hampir sahaja mereka dikenakan hukuman sebat tetapi diampunkan dan dilepaskan. Pasangan itu merupakan seorang jururawat dan seorang jurutera- orang-orang terpelajar juga.

Di Kota Bharu sahaja, semalam, 30 pasangan telah didenda, sebab ditangkap khalwat. Statistik penangkapan kes-kes begini meningkat saban tahun. Paling tidak enak didengar bila timbalan pengerusi jabatan agama Islam di suatu negeri ada berkata kepada akhbar,
"peningkatan penangkapan kes-kes khalwat ini sebenarnya membuktikan kita buat kerja."

Oh, maksudnya kita dikira buat kerja bila kita dapat tangkap banyak-banyak puak-puak yang berkhalwat ini. Begitukah? Adakah kerja kita adalah main "police entry" atau main kejar-kejar dengan orang-orang berkhalwat? Mana datang dulu, seruan kepada Islam atau pelaksanaan hukum-hukum?

Bukan mempertikaikan tugas atau peranan sesiapa tetapi kadangkala kita terlalu malas untuk duduk dan berfikir sejenak lantas kita hilang prioriti dalam menjalankan tugas kita sebagai khalifah di bumi Allah.

Ini baru perihal kes khalwat. Tak cakap lagi perihal kes rasuah yang sudah naik muak bila didengar. Tak cukup-cukup apa yang ada. Kalau dulu, zaman Khalifah Umar, Gabenor pon layak terima zakat sebab terlalu miskin. Bukanlah nak suruh pemimpin-pemimpin jadi miskin-miskin belaka tapi nak cakapnya, masalah kita adalah kegagalan mengambil teladan dan gagal mencontohi golongan pemimpin-pemimpin hebat terdahulu. Bila yang di atas pun kelam-kabut, yang dibawah habis serabut.

Gajah sama gajah berlawan,pelanduk mati di tengah-tengah.

Kes rogol meningkat, kes khalwat meningkat, semua kes-kes yang menghodohkan umat ini meningkat. Beerti kaedah-kaedah menanganinya selama ini gagal. Kenapa gagal? Sebab ada orang buat kerja untuk nama, ada buat kerja untuk duit, ada yang buat kerja untuk seronok. Susah nak jumpa yang buat kerja betul-betul untuk umat kerana Allah.

Malaysia sekarang seperti sebuah hospital yang dipenuhi pesakit-pesakit yang terkena padah racun dari imperialsm. Semakin hari penyakit bertambah buruk. Tidak pernah semakin baik. Ubat-ubat yang disangka penawar ternyata palsu belaka. Tidak pernah dikesan. Apa tidaknya, 'doktor-doktor' yang dipertanggungjawabkan untuk merawat kebanyakannya main politik dalam membeli ubat untuk pesakit-pesakit. Walaupun ada yang sakit jantung, hati dan otak, 'doktor' tetap bagi ubat panadol saja sebab murah dan duit lebih masuk poket kot putih doktor.Pesakit yang terdesak rupanya diperdaya kerana menjangka itu ubat jantung, hati dan otak.

Dalam masa yang sama, pesakit-pesakit disuntik pula dengan dadah-dadah lain seperti dadah hiburan, dadah gila duit, dadah kosmetik dan sebagainya kononnya untuk menenangkan hidup pesakit yang gundah gulana. Akhirnya, penyakit menjadi semakin kritikal. Doktor-doktor pula banyak yang terlibat dalam 'politik hospital' dan pentadbiran hospital menjadi kelam kabut. Bila-bila masa sahaja, mungkin, pentadbiran hospital lain sedang memerhati dari jauh dan tunggu masa sahaja untuk menggulingkan 'hospital' kita.

Ada ahli keluarga pesakit yang sedar keadaan 'hospital' yanng sudah gawat ini lalu bangkit menyuarakan pendapat kepada pihak penguasa hospital namun mereka ditangkap dan dikurung dalam bilik kurungan.

Hospital, doktor-doktor, dan para pesakit semua tidak menyedari bahawa mereka sedang dibonekakan dan sedang diperkotak-katikkan oleh tauke-tauke ubat, tauke-tauke dadah dan racun di luar negara yang sebenarnya suka melihat kejatuhan hospital kita.

Inilah hakikat yang melanda negara kita. Mahu atau tidak, realiti perlu ditelan, dan perlu juga difikirkan.

Setiap yang naik, pasti akan jatuh. Setiap masalah ada penyelesaian. Setiap penyakit, ada penawar. Inilah ketetapan Allah ke atas alam. Maka kita yakin kejatuhan kita sekarang pasti akan disusuli kebangkitan, kesulitan masalah kita pasti akan selesai, kesakitan umat pula pasti akan sembuh jua, kerana kita yakin Allah itu ada.

"Yang benar pasti menang"

2 comments:

sahabiat December 30, 2009 at 8:12 AM  

salam alaik
thumbs up!
i like this post so much..
but then,
suddenly a feeling of fear came..

"dah buat kerjakah daku?!"

paa...
keep moving forward!!!

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal December 30, 2009 at 3:18 PM  

wslm ijah

nak ckpnye, aku lagi takut la sbb aku yg tulis post ni en..

yezza! keep moving forward!

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)