Hari ni dunia menjadi gempar dengan masalah pornogarfi yang melampaui batas sehinggakan negara-negara yang menghalalkan industri pesundalan seperti Amerika Syarikat sendiri menjadi gundah gulana memikirkan masalah yang melanda anak-anak muda mereka. Mereka sedar yang muda-muda inilah yang akan menggantikan barisan pemimpin veteran mereka yang mentadbir negara mereka hari ini.
Kalau baca dalam Reader's Digest, para ibu di Barat terkejut kerana anak-anak mereka yang baru pandai bercakap sudah pandai mengeja perkataan 'boobs'. Nampaknya jarum-jarum imperialisme yang dilepaskan enau-enau yahudi turut mengena anak-anak mereka sendiri.
Itu satu hakikat yang sedang melanda musuh-musuh Allah ini. Bagaimana Allah sedang menjatuhkan mereka dengan apa yang mereka sendiri mulakan. Hal ini sebenarnya telah pun Allah sebut dalam Al Quran:
"Bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi penyebab keraguan dalam hati mereka. sampai hati mereka hancur. Dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." (at taubah: 110)
Mereka sebenarnya dalam kejatuhan. Tamadun gah mereka sebenarnya cuma selapisan kaca yang berkilat di permukaan semata-mata tetapi retak seribu di dalamnya. Tapi hairannya kita tidak henti-henti mengkiblatkan mereka dalam pembangunan kita. Sayang seribu kali sayang, kereta yang sudah lapuk berkarat enjinnya, cuma cat luar sahaja yang berkilat, masih juga mahu ditumpang oleh setengah2 dari kita yang merasa bangga dengan 'kereta' mereka itu.
Dalam pengurusan perniagaan, kita perlu bijak mencari peluang untuk membuka perniagaan. Kelemahan dalam membuat business planning yang proaktif dan market research yang tidak menyeluruh akan membantutkan usaha-usaha meluaskan perniagaan.
Demikian juga konsepnya dalam usaha kita menyeru umat. Kegagalan kita untuk merebut peluang-peluang emas untuk menyampaikan Islam kepada umat akan menyebabkan kebantutan dalam proses mencapai ustaziyatul alam yang kita idam-idamkan. Takut-takut, peluang kita itu disambar pula oleh musuh-musuh Allah yang sememangnya hebat 'market research' mereka.
Kelalaian kita sesaat, adalah kerugian buat seluruh umat.
Jangan sampai kerana kemalasan dan keraguan kita, umat menderita penantian yang dahsyat.
Hari ini, bumi menyaksikan pelbagai jenis perlumbaan. Ada yang berlumba nak jadi kaya, ada yang berlumba nak jadi jelita, ada yang berlumba nak dapat nama, ada yang berlumba nak capai cita-cita. Tapi cuma satu perlumbaan yang akan membawa ke syurga, yakni perlumbaan melakukan kebaikan sebagaimana yang Allah sebut dalam Al Baqarah ayat 148- fastabiqul khairaat... Maka sebagai golongan manusia yang sedang berlumba-lumba mencari ridhonya dan berlumba-lumba menyampaikan risalah rasulNya, seharusnya kita muhasabah kesungguhan kita dalam perlumbaan ini.Takut-takut, ketidakmatangan kita dalam perlumbaan ini akan mengundang kekalahan besar bagi pihak umat yang menantikan kemenangan Islam yang masih jauh sekali kelihatannya.
Kita perlu matang demi umat. Itu hakikat. Walaupun kita anak manja ibu kita seperti Mus'ab, kita seharusnya cukup tegar bila mendepani hakikat umat yang kesakitan.
Ketidakmatangan kita para du'at adalah kebantutan kepada proses menyelamatkan umat. Maka, mahu atau tidak, kita perlu DEWASA.
Ingatlah, hakikatnya kita kini dalam perlumbaan yang sengit menentang pasukan musuh-musuh Allah yang tidak pernah berhenti, dan mereka terus gagah dalam setiap langkah mereka meskipun imperialisme mereka merenggut bangsa mereka sendiri. Maka kelewatan dan ketidakmatangan kita dalam perlumbaan ini akan menyaksikan kejatuhan demi kejatuhan yang hanya melewatkan kemenangan Islam.
Berbanggalah dengan perjuangan kita kerana dakwah kita menjanjikan keluasan di dunia dan syurga di akhirat sana. InshaAllah.
4 comments:
teringat kisah muaz dan muawwidz yang berumur lebih kurang 15 tahun ketika perang badar yang berjihad melawan abu jahal!
jom matang awal dengan tarbiyyah
simple but brilliant post!
thank u
jom matang jom =)
terigt prog kita kt tmn shah alam..bila hak dan batil nmpak dgn jelasnya..
p/s: matang lagi berisi! =D
haha...tak tahan mase tu...ishmah laser gile...hehe
p/s: bagi pa'a agak susah la nak matang berisi, sbb pa'a kurus!!huahua
Post a Comment