Masalah KITA


Kadang-kadang, terlalu banyak yang berlaku di sekeliling, sehingga kesalahan menjadi kebiasaan. Gara-gara kerana kemalasan merajai perasaan. Dan dirasakan tidak ada apa-apa perubahan yang bisa dilakukan.

Hari ini kita berputih mata, berkecil hati dan kelu lidah tidak mampu berkata apa, kerana kecilnya masalah kita tetapi besarnya dosa kita, lantas kita tidak lagi berkuasa menentukan peristiwa-peristiwa di dunia, sehingga si miskin kafir menjadi raja, dan kita khalifah menjadi hamba.

Kekeringan hati dan ketandusan ilmu yang melanda umat membuntukan keadaan. Seolah-olah sudah tidak ada bahtera penyelamat yang mampu menumpangkan sekalian umat. Lantas bergayutanlah mereka yang lemah pada tali-tali kangsi kapal besar tentera kafir yang tidak kokoh. Sekalipun tangan-tangan mereka luka berdarah, mereka tetap bergelayutan. Kerana melihat kehebatan sang kafir yang bermaharajalela.

Salah siapa? Kalau sudah bahtera tentera penyelamat tidak kelihatan mampu membawa mereka ke tempat selamat. Maka salah siapa apabila mereka memilih bahtera kotor dan dipenuhi aqidah najis?


Satu masalah dalam kalangan kita yang sedang bekerja sebagai kader-kader dakwah adalah keterlupaan akan hakikat bahawa yang sedang didakwahi adalah manusia-manusia yang mempunyai hati.

Memberi dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa, adalah pemberian yang sia-sia. Tidak ada maknanya.


Kita selalu bersungguh-sungguh. Selalu bersungguh-sungguh.

Kita bersungguh-sungguh dalam menyeru manusia,
kita bersungguh-sungguh dalam pelajaran kita,
kita bersungguh-sungguh dalam perancangan dan pengurusan masa,
kita bersungguh-sungguh dalam memikirkan masalah umat kita,

Malangnya,kita tidak begitu dalam mendoakan agar Allah melapangkan hati mereka di jalan ini.
Dan akhirnya mereka tewas.

Dakwah kita dakwah rabbaniyah. Kita tidak sedih akan hati2 yang berpaling setelah kita berusaha menyeru dan berdoa ke atasnya, kerana hak kita adalah usaha dan doa, tetapi hidayah dan kekuatan itu hak Allah semata. Tetapi kita sedih akan hati tentera-tentera Allah yang sepi dari doa2 ke atas orang-orang yang ingin diselamatkannya. Kerana hakikatnya itulah yang membezakan kita dari mereka, iaitu keinginan yang amat sangat untuk melihat semua manusia tunduk kepadaNya.


2 comments:

ferriangel December 22, 2009 at 6:35 PM  

salam..
pa'a..
tinta ini cukup merobek2 hati yg masih x sedar.. seringkali alpa ttg MASALAH kita..
yes, doa adalah senjata bg muslim..
jom kita mengamalkannya walaupun semata2 utk meminta sekecil perkara!! Dan Allah Maha Mendengar..
jazakillah pa'a..=)

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal December 22, 2009 at 11:39 PM  

wslm azrin

alhamdulillah

=)

allahumma ihdina wahdi bina wahdi asyiratana wahdi ummatal islam wahdi annasi jami'a wa ja'alna sababan liman ihtada.ameen

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)