Dari Malaysia Ke Palestin

Hari ini di Malaysia, buka sahaja mata, nikmat begitu banyak tersedia di hadapan mata. Dengan subsidi kerajaan serta kemurahan hati Petronas, dengan RM10 kita boleh mendapat 5.556 litre minyak petrol dan menggerakkan enjin kenderaan kita berbatu-batu jauhnya(kalau pakai perodua dengan enjin DVVT la). RM200 juta diperuntukkan oleh kerajaan kepada sekolah-sekolah kebangsaan serta sekolah jenis kebangsaan di seluruh negara. Dalam herot-berot dan hiruk-pikuk politik Malaysia, kita masih mampu membuka pagi kita dengan Nescafe Body Partner Breakfast dan makanan bijirin berkhasiat.

Dan kerana itulah kita masih gembira membanjiri carnival-karnival yang menjanjikan kita akan sure happy and sure enjoy punye kalau kita mengunjunginya sambil menyaksikan persembahan lagu-lagu pelbagai genre yang dinyanyikan dengan penuh gaya di atas stage dengan langkah dan kata-kata ala-ala Jay Z dengan laungan ‘make some noise!’

Hari ini di Palestin…

Setiap hari,lebih 300 orang Islam mati dalam letupan dan bedilan rejim zionis yang menggila. Kalau 2 hari, dah dekat 700 orang Islam yang mati di sana. Jumlah pelajar persediaan luar Negara di kolej mara banting adalah sekitar 650-700 orang kalau campur kedua-dua batch. Cuba bayangkan. Setiap 2 hari, semua pelajar kolej mara banting tu sume mati. Sume mati Israel tembak ngan mortar dan bazooka. Kalau main game tactical cops, sniper zionis tembak bayi-bayi umur lebih kurang 8 9 bulan dengan M90 die yang boleh zoom tu supaya makhluk-makhluk laknatullah zionis ni boleh aim tepat ke otak dan dada bayi-bayi ini. For what? For a confirmation- bayi-bayi ni confirm mati terus and dapatlah bunuh terus hingga ke akar umbi saudara-saudara kita di Palestin.

Dan kerana itulah rahim-rahim wanita Palestin terus mengandung dan melahirkan bayi-bayi walaupun tahu jangka hayat bayi mereka besar kemungkinan lebih pendek dari warranty laptop kita.

Hari ini di seluruh dunia…

Di Venezuela, orang bukan Islam menunjuk perasaan di Ambassador Israel di Venezuela dan mengutuk perbuatan Israel yang terus membedil bumi Palestin tanpa mengenal kanak-kanak, wanita atau orang tua.
Di Malaysia? Ada makhluk yang buat blog untuk menghina Prophet Muhammad dengan menyamakan Nabi Allah, Muhammad dengan anjing dan babi. Astaghfirullah. He’s our prophet, people. Bukan orang lain. Our prophet yang sampai hujung nyawa mengingati kita. Apa salah nabi pada kita sehingga kita tidak bertindak dengan tegas atau sekurang-kurangnya terasa hati apabila orang menghina nabi?
Kerana bodoh yang melampau inilah hari ini kita sekali lagi tidak terasa apa-apa pun apabila adik-beradik kita di Palestine dibunuh.

Bukan nak cakap tapi itulah hakikatnya. Negara-negara arab bersekutu bukannya bersekutu pun dan setiap kali Israel membedil Palestin, tauke-tauke minyak ini pun menimbunkan janji untuk menghantar bekalan ubat dan makanan melalui pintu sempadan. Bila Hamas membalas serangan, Israel tutup pintu sempadan dan segala janji tok-tok arab ini pun terkubur bersama-sama.

Dan kita di sini riuh rendah di parlimen, riuh rendah di ISA, riuh rendah lompat melompat parti, riuh rendah hubungan sesama lelaki, riuh rendah Wanita, riuh rendah Gerakan, riuh rendah Jerit, riuh rendah keputusan PMR, riuh rendah perkahwinan artis-artis yang tak kenal kita dan tak pernah pula mendoakan syurga buat kita, riuh rendah Legoland, riuh rendah sana, riuh rendah sini.

Aku tak kata kita tak boleh develop diri kita, tak boleh memodenkan hidup kita. No. Those things are not forbidden. Islam tak suruh kita hidup ketinggalan. Tetapi masalahnya adalah kita menjadi keliru dan mengabaikan priority sebenar kita dan focus pada sesuatu tidak kena pada masanya.

Kita terlupa. Hidup kita ini seperti menjunjung Al Quran di atas kepala. Adat dikepit di armpit kiri dan bangsa dikepit di armpit kanan. Katakanlah Al Quran itu terjatuh, mahu tidak mahu, adat dan bangsa itu harus dilepas juga dan Al Quran itu harus disambut terlebih dahulu. Al Quran itu symbol agama kita. So,hari ini, apa priority kita? lu pikir la sendiri!

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)