Segala yg ada dlm hidupku
ku sedari semua milik Mu
ku hanya hambamu yg berlumur dosa
tunjukkan aku jalan lurusMu
untuk menggapai surgaMu
terangiku dalam setiap langkah hidupku
kerana ku tahu
hanya Kau
Tuhanku
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
ku memujaMu di setiap waktu
hanyalah padaMu tempat ku berteduh
memohon ridho dan ampunanmu
Ungu-SurgaMu....
Ketika itu, aku sedang melipat kain baju di atas katil. mp3 di tgnku mula memainkan lagu ungu bertajuk SurgaMu...
Pertama kali mendengar lagu ini, aku gementar. Hati bergetar.
Ya. Akulah. Akulah hamba yang diselamatkan oleh Nya tetapi sedikit sekali aku bersyukur.
Sampai ke part
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Hanyalah padaMu
tempatku berteduh
memohon ridho dan ampunanMu...
Aku berhenti lipat baju.
Aku bangun.
Aku pandang ke jam di atas study carol roommateku. Jam 1.40a.m.
Aku buka pintu.
Melangkah perlahan ke tempat wudhuk.
Sunyi sangat waktu itu.
(Ramai dah tido sebab esok exam maths paper 3 higher level..haha)
Semenjak beberapa hari lepas hatiku runsing memikirkan ujian Allah yang masih belumku lepasi.
tak pernah lulus cemerlang dalam ujian ni.
Aku tak pergi ke musolla tapi terus ke bilik semula.
Sejadah hijau dibentangkan luas-luas.
Allahu Akbar...
Tatkala dahi mencecah bumi, dan pada saat itu kepala ini direndah serendah-rendahnya, serendah kaki, bahkan lebih rendah dari pinggul. Pada waktu diri direndahkan itulah, kita berada begitu tinggi di sisi Allah.
Terfikirkah?
Tatkala kepala disujudkan itu berjujuranlah air jernih membasahi dagu. Dan bergetarlah jari jemari yang disusun kaku diribaku. Dan menangis seorang hamba di hadapan Tuannya kerana menyedari tiada sedikit daya pun untuk melangkah di bumi ini tanpa belas dan kasihNya.
Terfikirkah?
Tatkala bibir melafazkan ayat-ayat ad-Dhuha...
Tubuh bergetar dengan sedu-sedan yang tidak tertahan-tahan lagi. Dan menangislah seorang hamba di hadapanNya kerana hakikat perjanjian yang belum terlaksana.
Terfikirkah?
Wahai Tuhanku yang dalam tanganMu terletaknya nyawa dan hatiku,
AmpunanMu milikku kah?
SurgaMu tergapaikah?
RidhoMu tercapaikah?
Atas kegagalan demi kegagalan yang tertempa, sujudku pun takkan memuaskan inginku untuk hanturkan sembah segala mengkala pada Dia, Yang Maha Esa...
Kisah Cintaku...
Posted by
Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal
Friday, December 5, 2008
2 comments:
asal ko x jd g surau wkt tuh kuikuikui... mesti sbb ade org yg tertdo kat surau tu huhuhu..
barakAllahufik dear.. haritu balik x sempat nk jumpa.. take care.. moga istiqamah insyaAllah =)
huh?org tido?xde pon.x perasan pulak ade org ke tak. x nak gy surau sebab lagi selesa di bilik...=)
Post a Comment