DEMI DIA

Demi Allah yang dalam tanganNya takdirku, hidupku, matiku, jodohku, duniaku, akhiratku, hatiku, jasadku, aqalku, maruahku dan segala yang dimiliki olehku.


Demi Dia yang sepanjang masa mengatur dan menguruskan hidupku dengan atau tanpa sedarku.


Demi Dia yang seandainya Dia mahu menguji aku, maka pasti akan Dia uji dengan apa yang ku mampu hadapi sahaja.


Demi Dia
yang telah menciptakan aku
dari campuran hina yang menjijikkan
dan dari campuran hina itulah
hari ini, aku adalah aku.


Demi Dia
yang selalu ku lupa
padahal ingatanNya pada hambaNya kekal sentiasa
yang menguasai kerajaan langit dan bumi
yang seandainya Dia mentaqdirkan keselamatan bagiku,
sekalipun datang musuh berduyun-duyun,
pasti tetap tidak berjaya menyakitiku,
dan Dialah juga
yang seandainya Dia mentaqdirkan kemudharatan bagiku,
sekalipun datang bantuan bersaff-saff,
pasti tidak akan berdaya menyelamatkanku,

Maha Suci Dia
Allah The Most Gracious, The Most Compassionate.

0 comments:

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)