Di Manakah Kita?

Alhamdulillah. Dalam kesukaran dan ujian yang sering mendatangi tatkala diri berada di kampung halaman ini, syukur Allah masih beri peluang untuk menabur sedikit saham buat timbangan di akhirat melalui blog ini. Semoga apa yang kalian peroleh dari laman ini membawa manfaat dan semakin mendekatkan kita kepada Allah, Rabb Al Alameen. Sedikit sedutan kata-kata Ustadz Rahmat Abdullah,

“Seonggok kemanusiaan terkapar,
siapa yang mengaku bertanggungjawab?,
bila semua pihak menghindar,
biarlah saya yg menanggungnya,
semua atau sebahagiannya”


(Ust. Rahmat Abdullah )

Dua tiga hari ini asyik-asyik isu ISA sahaja, mungkin kita harus muhasabah balik dan kembali kepada priority dakwah kita.

Tergetus di hati saya pada ketika saya mengamati kata-kata Ustaz Rahmat di atas, betapa kita kadangkala kurang serius dan kurang terasa hambatan-hambatan untuk berdakwah. Kadangkala berasa seolah-olah cukuplah apa yang sedang dibuat ini, cukuplah setakat itu, cukuplah sekadar menasihati, cukuplah sekadar meletakkan diri di dalam system usrah dan tarbiyah, cukuplah sebagai naqib atau naqibah di institusi pengajian masing-masing, cukuplah itu dan ini.

Apakah hijab yang mengaburi fikiran kita sehinggakan tidak terasa the force and the need to da’wah?

Apakah yang membuatkan kita masih belum proaktif dan belum cukup pantas dalam da’wah?

Kita mengaku dan menyedari betapa kita sedang di tahap ‘incline’ setelah kejatuhan selepas zaman Uthmaniyah yang menyebabkan tamadun kita jatuh menyembah bumi dengan signifikan bermula 1924, kemudian 1948, Zionis Yahudi merampas Palestin dari kita dan tahun-tahun berikutnya menyaksikan bumi Islam dipisah-pisahkan. Arab Saudi, Iran, Iraq, India, Pakistan dan sebagainya. Garisan-garisan sempadan antara Negara-negara Islam ini bukan sekadar memisahkan kita secara geografi tetapi juga menghancurkan perasaan ‘sense of belonging to the ummah’. Inilah agenda mereka. Berapa ramai antara kita yang menyedari hal ini? Dan kalau pun kita sedari, berapa ramai antara kita berasa panas punggung dan rasa tak boleh nak duduk diam lagi sebab Islam belum tertegak. Subhanallah. Mari sama-sama kita bermuhasabah.

Berada di tahap ‘incline’ bukanlah sesuatu yang perlu disambut dengan hati yang lega dan rehat yang berselang seli tetapi patut disambut dengan kerja keras kerana proses membina sebuah tamadun bukanlah satu tempoh yang singkat.

Persoalannya, apa yang telah kita lakukan untuk mempercepatkan proses ini? Ataukah mungkin kita adalah antara punca-punca usaha menegakkan agama Allah di bumi ini menjadi semakin sempit dan lambat? Astaghfirullah. Semoga Allah jauhkan.

Cebisan kata-kata seorang ustaz kepada Ustaz Rahmat dalam film Sang Murobbi

“Ladang dakwah terhampar luas,
Kewajiban kita untuk menyirami tanah2 tandus,
menyemai benih2 unggul,
Agar tumbuh pohon2 kejayaan Islam,
Dakwah ini akan terus mengalir menuju ridho Allah,
Jgn bersedih. Di mana kita berada di situlah dakwah kita sebarkan.”


Kata-kata ini berlari tepat ke hati saya pada saat yang melihat kata-kata ini. Di mana pun kita bertapak, di situlah ladang dakwah kita, di situlah tugasan dakwah dari Allah perlu kita selesaikan, di situlah harus ditanam benih-benih Islam, di situlah harus disirami pohon-pohon yang tumbuh agar apabila pulang nanti, bukan sekadar membawa segulung kertas pulpa ijazah tetapi juga benih-benih baru, buah-buahan hasil tanaman serta pohon-pohon rindang buat semaian di bumi lain pula. MashaAllah. Indah bukan kehidupan ini?

Maka sahabat-sahabat, marilah kita sama-sama berfikir.

Lihatlah kehidupan kita. Kita bangun pagi, solat subuh, bersarapan dengan roti canai dan air milo, tengok tv, baca buku sikit-sikit, baca mathurat sughra, tgk tv lagi, main game sikit-sikit, baca lagi buku sikit-sikit, tolong mak sikit-sikit, pergi jalan-jalan, solat pada waktunya kemudian Sambung jalan-jalan, baca doa dan makan-makan kemudian balik tidur dan esok bangun serta memulakan kembali rutin itu, apakah sudah cukup apa yang kita lakukan ini untuk meletakkan diri dalam ‘list ke syurga’ yang dipenuhi para nabi, rasul dan sahabat-sahabat serta orang-orang beriman yang dicintai Allah kerana hebatnya usaha mereka memahami dan menyampaikan Islam? Apakah sudah cukup? (Hati sangat takut dan sedih ketika menulis ini ). Ya Allah, di manakah hamba Mu ini di akhir nanti?

Saya akhiri post ini dengan syair lagu Izzatul Islam(OST Sang Murobbi). Hayatilah. Siapa nak dengar lagu ini, boleh la download dari you tube=)

Selayaknya bagi jiwa-jiwa yang mengajamkan dirinya di jalan ini,
menjadikan da’wah sebagai laku utama,
Dialah visi
Dialah misi
Dialah obsesi
Dialah yang menggelayuti di setiap desak nafas
Dialah yang akan mengantarkan jiwa2 ini kpd ridho dan maghfiroh Tuhannya kelak.

Ribur langkah kau tapaki
Pelosok negeri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai tak runtuhkan azammu
Raga kan terluka tak jerihkan nyalimu
Fatamorgana dunia tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak beerti
Syurga kekal nan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami kau semai nilai yg suci
Tegak panji Ilahi bangkit generasi rabbani

1 comments:

Anonymous August 9, 2009 at 5:26 AM  

hehe..camne la bleh ingat quotation ustaz rahmat tu..terer btol =)

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)