Itsar Di Anti-ISA Rally



Dalam banyak-banyak rakaman demonstrasi anti Internal Security Act(ISA)yang aku tonton, aku benar-benar tersentuh dengan video ni. Ada satu babak dari rakaman ni yang membuatkan aku kagum kepada kelompok ini.Aku memang tidak banyak tahu tentang isu ISA ini tetapi aku tahu bahawa tidak pernah ada alternatif serupa ISA ini yang pernah diambil oleh Rasulullah sepanjang baginda memimpin umat. Dan aku jelas bahawa apa-apa sahaja yang dipilih oleh Rasul Allah maka itu pasti yang terbaik untuk kita, dan apa-apa sahaja yang dilarang dan tidak dilakukan oleh baginda, maka itu tidak baik untuk kita. Aku menghormati pendapat orang lain dan harus juga pendapatku dihormati.Aku rasa sudah jelas pendirianku melalui statement tadi.

Dalam demonstrasi di masjid negara, Dr Hatta menjadi ketua. Apabila mereka bergerak menuju ke hadapan masjid, huru hara mula tercetus. Baju Dr Hatta ditarik sampai terkoyak separuh daripadanya. Subhanallah. Pasti bajunya drentap dengan kuat sampai terkoyak sedeikian rupa. Pasti tarikan yang kuat itu menyakiti beliau dan orang-orang lain yang cuba mempertahankannya.

Meskipun bajunya koyak rabak, Dr Hatta tetap terus memimpin gerakan dan mereka beramai-ramai meneruskan demonstrasi tersebut. Mereka berpegangan tangan dan berjalan bersaff-saff bagai bangunan yang tersusun kukuh. Aku terkesima dengan satu babak ketika itu. Melihatkan baju Dr Hatta yang koyak rabak itu, seorang sahabat di sebelahnya terus membuka baju dan disarung kepada pemimpinnya itu. MashaAllah. Ikatan apa ini yang telah mengikat hati-hati itu sehinggakan baju pun dia sanggup buka untuk beri pada sahabatnya yang dirasakannya lebih memerlukan. Inilah itsar(melebihkan orang lain dari keperluan diri sendiri). Hebat betul ukhuwah mereka. Rasanya sudah tercapai taraf takaful di situ. Alhamdulillah. Masih wujud hati-hati yang berkasih sayang kerana Allah. Ramai yang melihat demonstrasi dengan pandangan marah dan benci, siapa sangka, kita dapat melihat kasih sayang dan itsar di anti-ISA Rally.Alhamdulillah.

Hidup, hidup rakyat!
Tumbang, tumbang kezaliman!

"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan)yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Al Anfal:63)



Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh kamu skaliannanti pada hari kiamat diperintahkan untuk mengembalikan semua hak kepada yang berhak, sehingga kambing yang tidak bertanduk(dan sewaktu di dunia pernah ditanduk) diberi hak untuk membalas kambing yang bertanduk". (Riwayat Muslim)



Dari An Nu'man Bin Basyir ra berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang-orang beriman di dalam saling mencintai, saling menyayangi dan saling mengasihani adalah seperti satu anggota tubuh yang mengaduh kesakitan maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakannya yaitu dengan tidak bisa tidur dan merasa demam". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hebatnya Islam!MashaAllah!
Allahu Akbar!

2 comments:

aku & DIA August 7, 2009 at 10:16 PM  

salam dik, anda hebat sudah dapat menialai yang mana hak & batil
andalah pelapis yang dunia islam mahukan

http://mois2009.blogspot.com/
aku

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal August 8, 2009 at 9:18 PM  

ameen...

Islam lah yang hebat

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)