Alhamdulillah. Hari ini aku melihat banyak wajah-wajah yang tersenyum gembira penuh kepuasan. Aku melihat raut-raut manis kejayaan di kelopak mata teman-teman di meja makan yang terhias indah. Aku melihat kesucian kasih dan pengorbanan para ibu dan bapa yang tidak kenal erti kalah dalam menyayangi anak-anak. Alhamdulillah. Siapakah yang lebih pengasih dari Allah yang telah memberi nikmat ini kepada kita?
Aku melangkah masuk ke dewan de' Sri Endon tersebut dengan hati yang kosong tetapi berat. Yang menarik hati aku cuma lukisan-lukisan potret yang sangat mengkagumkan bagiku lalu ku teliti pencahayaan dan teknik2 penggunaan tona-tona warna yang digunakan pelukis memandangkan aku berkongsi minat yang hampir sama.Warna oren dan peach dari baju sendiri dan baju teman-teman buat mataku berpinar-pinar. Macam dalam pengimbas infrared aje.
Aku sengaja ambil sebanyak mungkin gambar sebab nak hiburkan hati. Seronok jugak lambai2 tangan kat kumpulan Wayfarers yang nyanyi sedap sgt lagu Standing In The Eyes tu. Rase terhibur sikit sebab dah lama juga aku tak terkinja-kinja.Hehe.Aku gembira dapat beri sekuntum bunga berwarna merah kpd mama. Aku rasa satu2nya part yang paling bermakna dalam majlis itu adalah ketika aku menangis di bahu mama. Ni yang paling best. Lagu 'You Raise Me Up' tu memang islamik sangat. Lagu-lagu yang mencurahkan air mata keinsafan jarang-jarang kita dapat dengar dari band2 muda mudi Malaysia yang banyaknye Islam belaka agamanya.
Selepas tamat majlis dan jalan2 sket, tibalah masa nak hantar mama balik kedah dari KL Sentral naik train. Di KL Sentral, ketika sedang makan, tiba2 ada seorang lelaki berbangsa Cina yang bisu dan pekak datang ke setiap meja makan di kedai itu dan minta derma. Aku memandang lelaki itu. Kemudian memandang makananku. Apakah mungkin sejak pagi tadi pemuda yang bisu itu tidak makan? Mungkinkah ketika dia sedang kutip derma tu, perut dia berbunyi2 kelaparan sebab pergi ke setiap meja makan orang dan tgk je orang makan macam2.
Aku jadi bertambah sedih.
Inilah hakikat kehidupan. Kita berjaya hari ini. Pasti, ada yang sedang menangis kegagalan.
Kita gembira hari ini. Pasti, ada yang menangis kesedihan.
Kita kenyang hari ini. Pasti,sedang ada yang kelaparan.
Maka,ketika kita berjaya, gembira dan kenyang, apakah kita ingat kepada mereka yang kegagalan, bersedih dan yang sedang berlapar.
Inilah hakikat kehidupan. Kenapa Allah jadikan kita ada sebahagian yang kurang, dan sebahagian lagi diberi kelebihan?
Sebab kita ada syurga dan neraka. Syurga itu dihuni oleh mereka-mereka yang tidak lupa Tuhannya ketika gembira. Neraka itu tempat abadi bagi kita andai kita melupakan Tuhan ketika gembira dan hanya mula mencariNya di saat hiba. Nauzubillah.
Aku berasa seolah-olah sgt tidak bersyukur hari ini. Seharusnya kita sembahkan sujud kepada Allah. Betapa hidup kita sangat mudah, sangat gembira, sangat bertuah berbanding ramai orang diluar sana yang hidupnya berendam tangisan dan kesedihan.
Hakikat kehidupan, ada yang baik ada yang buruk. Setiap kelebihan pasti terselit kelemahan. Setiap kesusahan pasti terikat bersamanya kesenangan. Siapakah yang lebih benar janjinya selain Allah SWT?
Tahniah sahabat2 Kolej MARA Banting ku...
Perjuangan kita baru sahaja bermula...Mulakanlah dengan Kalimah Yang Agung
"Kita bersaksi Allah satu2nya tempat pergantungan dan pengharapan, dan kita bersaksi Muhammad itu utusan Allah"
Fastabikul Khairaat =)
HAKIKAT KEHIDUPAN
Posted by
Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal
Monday, August 17, 2009
Labels: Muhasabah
4 comments:
salam paa..
betul2, sbb tu x digalakkan berdamping dgn org yg sama taraf dgn kita..
Allah jadikan dunia ini penuh hikmah, yg senang adakah dia bersyukur dan mbntu org lain?yg susah adakah dia juga bsyukur dan sentiasa berusaha?
post menarik utk semua kmbali muhasabah.
ps:paa dgr cite dpt call from numed, btul ke??tahniah=)hehe
salam huda
alhamdulillah
moga terus dapat manfaat dari blog ni.=)
ttg numed, bukan numed yg call.mabecs call cakap nak interview paa skali lagi.tak tau kenapa.tapi paa pegi je la kot 21hb ni...
doakan ye huda.dah xtau ape nak buat sgt skrg ni..kite teruskan doa utk kite and kawan2kite yg senasib ni ye...
owh, mcm tu. iAllah, doa huda sentiasa ada utk kalian. skrg ni Allah pjgkan sikit jalan kita, brbanding rakan2 lain. ketentuan Allah tu perlu diselongkar hikmahnya, kerana kasih sayang Allah sentiasa mendahului kemurkaanNya..
(lagu rahmat ujian terngiang2, hehe)
kerana kasih sayang Allah sentiasa mendahului kemurkaanNya...
wah..sedapnye kata2 ni..
alhamdulillah..tq huda=)
Post a Comment