Buat Saudara-saudara Seperjuanganku

Aku rasa sangat terkejut apabila mendapat berita penangkapan sahabat-sahabat seperjuangan yang ternyata tidak bersalah tetapi entah mengapa diheret ke sangkar besi dan disoal siasat hanya kerana berkumpul dan menyuarakan pendapat mereka. Aku tidak faham. Kata negara demokrasi, suara didengari, pemimpin dipilih dengan cabutan undi..nah, sekarang siapa berdiri melaungkan hasrat hati, tegar-tegar dibelenggu kisi-kisi besi. Aku tidak punya banyak pengetahuan, tidak juga pengalaman, maka aku tidak mahu cakap banyak. Aku sekadar menulis apa yang layak bagiku sebagai khalayak. Aku menghormati pendapat orang lain dan aku anggap pendapatku dan sahabat-sahabat seperjuanganku juga harus dihormati.

Aku menulis post ini untuk saudar-saudaraku yang entah apa nasib mereka di dalam tahanan. Ini ujian buat kalian, dan ujian itu berat bagi mereka yang beriman kerana ujian itulah yang mendekatkan kita kepada Allah Ar Rahman. Kepada sahabat-sahabat dan keluarga kepada individu2 yang telah ditahan pada perhimpunan 1 ogos yang lalu, aku mohon kalian kuatkan semangat. Kesedihan dan pengorbanan kita masih terlalu kecil berbanding saudara kita di Palestina. Apa yang pasti hati-hati kita telah lama mengikat janji setia untuk mendaulatkan agama Allah maka hati-hati seperti ini tidak mungkin mudah mengalah, tidak mungkin mudah saja berserah dan pasti tidak akan mengaku kalah.Hati-hati yang terikat atas dasar takwa pasti bersambung perjuangannya, tidak akan berputus asa.

Dalam apa pun yang kita lakukan, semua terangkum sebagai perjuangan, maka apabila namanya perjuangan maka ia pasti menuntut pengorbanan dan apabila ada pengorbanan, pasti ada yang berkorban dan terkorban.

Ingatlah kisah tentera-tentera Talut yang ditapis di sepanjang jalan ke medan juang menentang Jalut sebagaimana yang diceritakan oleh Allah Subahanahu wa taala dalam surotul baqarah, ayat249-251.

Dan Allah menyebut
"...Mereka yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata, "Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok yang besar dengan izin Allah", Dan Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar"

Maka benamkanlah telapak kaki mu di medan ini,
Jangan lepas kalimat Ilahi
Gigit kuat sunnah nabi,
Tegarkan semangatmu untuk bertemu di syurgawi,
Perjuangan kita bukan setakat di sini,
Perjuangan kita tak akan berhenti,
Biar mereka buta asalkan Allah memandang kita,
Biar sampai cedera asalkan dapat bertemu di syurga
Beranikanlah hati mu melangkah
ke hadapan bersatu arah
Jangan biar hati kita dijajah
Bebaskan hatimu menuju Allah
Moga ruh kita berterbangan di sana..

"Sungguh, Allah telah meridhoi orang2 mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu(Muhammad) di bawah pohon, Dia mengetahui apa yang ada dalam hati mereka, lalu Dia memberikan ketenangan atas mereka dan memberi balasan dengan kemenangan yang dekat," (Al Fath:18)

3 comments:

Anonymous August 3, 2009 at 7:05 AM  

hurm.. ana terfikir setelah ana membaca bingkisan2 yang dititipkan melalui e-mail.. pengalaman mereka, subhanallah.. dahsyat.. Kalau ditakdirkan ana berada di sana, andai ana tertangkap atau sahabat ana tertangkap, apa ana akan buat??

bila ana fikir2kan.. Terasa diri ini sangat lemah.. Ya! Malam demo tu, banyak e-mail yang ana terima.. 20++ sahabat2 ana ditangkap.. Disebalik rasa ketidak puas hatian(jangan guna word ni.. x betul..), terasa sangat kagum dengan mereka2 ini. Dalam hati, ana berdoa banyak2 moga kehidupan mereka dipermudahkan..

PeRaNTau August 3, 2009 at 11:25 AM  

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) APABILA MENETAPKAN HUKUM DI ANTARA MANUSIA SUPAYA KAMU MENETAPKAN DENGAN ADIL. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.”
[Quran 4:58]

“Wahai orang-orang yang beriman, JADILAH KAMU ORANG YANG BENAR-BENAR PENEGAK KEADILAN, MENJADI SAKSI KARENA ALLAH BIARPUN TERHADAP DIRIMU SENDIRI ATAU IBU BAPA DAN KAUM KERABATMU. jika ia[361] Kaya ataupun miskin, Maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu Karena ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, Maka Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.”
[Quran 4:135]

semoga keadilan tertegak di bumi malaysia ini...tidak kira siapa yang memerintah... =)

~ mari mengubah malaysia di masa hadapan! ~

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal August 4, 2009 at 12:41 AM  

to lil biruni:-

teruskan berdoa. doa senjata org mukmin...inshaAllah Allah itu Maha Mendengar dan Dia pasti juga sedang mendengar. Dan Allah itu Maha Melihat dan pasti, Dia juga sedang melihat.

to Perantau:-

sodaqAllahul 'azim...

tetaplah al haq pasti menang!

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)