Allahu akbar!
Allahu akbar!
Allahu akbar!
Video ni memang benar-benar menyentuh hati aku, membuatkan aku berfikir semula apakah aku elah cukup bersyukur apabila dilahirkan sebagai seorang Islam. Adakah aku telah menjalankan tanggungjawabku sebagai muslim?
MasyaAllah...aku mendengar seorang muslim akhirnya melihat cahaya lalu dia melafazkan syahadah...mengalir air mataku mendengar getaran suaranya menyebut 2 kalimah yang menyucikan segala dosanya seperti dia dilahirkan semula...masyaAllah...betapa hati kita dipegang oleh Allah....
Alhamdulillah
i beg anyone of you who is reading this, please, do watch this video and if you have any chance of sharing it with anyone else, please do so....may we gain the benefit together and harvest the 'maghfiroh wa ajrun kabir' together in the akhiroh.
Klik sini
American Women Became A Muslim On A TV Show
Labels: Salaam Jannah
Dia Murobbi
Dia Murobbi
Terus berlari bersama panji-panji
Kakinya tegak berdiri
Tegar bertapak mati
Di bumi Sang Khaliq
Membawa risalah suci
Meniup seruan Rabbani
Kagumku pada bunga-bunga semangatnya
Dari tiada kepada ada
Di tangannya usaha bermula
Dengan tangannya usaha terus berganda
Lalu jalan yang dulu kelam kembali bercahaya
Tidak pernah terfikir aku
Akan wujud manusia sebegini
Yang berfikir untuk orang lain
melebihi keperluan diri
Ingin sekali ku jejaki
Kemana sebenarnya tujuan hamba ini?
Rupanya dia pencari syurgawi
Dahulu risalahnya tidak ku fahami
Jauh sekali cuba mengerti
Lebih jauh lagi untuk mendekati
Aku memilih untuk menjauhinya
Rupanya aku termasuk dalam doanya
Ya Tuhan, manusia apa ini
Yang berjihad tanpa henti
Menyesal tiada bertepi
Menyeru tanpa sepi
Dia Murobbi
Ku doakan buatMu
Keampunan dari Ilahi
Kesucian hati yang segar menyinari
Kekuatan dan ketabahan para sufi
Keikhlasan dan ihsan para nabi
Kebaikan akhirat jua duniawi
Pesanku buatmu sang murobbi
Jangan persia kesedaran yang diberi
Kuatkan tekad teruskan melangkah
Ditanganmu terletak amanah
Hadiah dari Yang Maha Megah
Maka dengan itu janganlah kau berhenti
mencari untuk memberi
Gagahkanlah tanganmu menjulang panji-panji
Andai kau berseorangan jangan sekali gentar di hati
Eratkan jari-jarimu Ya Murabbi
Biar putus bergelantungan jemarimu dicantas
Sambutlah dengan sisa tanganmu yang tinggal
Biar rabak jantungmu dipanah
Sambutlah dengan kalimah syahadah
Izinkanlah aku menghantarmu ke medan itu
Izinkan aku menyiapkan bekalan untukmu
Izinkan aku menyediakan anak panahmu
Izinkan aku mengesat peluhmu
Izinkanlah wahai murobbiku
Terima kasih kerana mendidikku
Labels: Kata-kata hati...
Bukan Cinta Biasa
Setiap laut pasti ada gelora
Setiap gua pasti ada penghuninya
Setiap duka pasti ada saat tawanya
Setiap senyuman pasti ada waktu tangisnya
Wahai hati kepadamu ku berbicara
Moga kau bersih suci sentiasa
Apakan daya aku insan biasa
Sukar sekali dirimu ku pelihara
Andai aku tersilap sangka
Maaf ku pohon
sesal ku terasa
Andai aku tersalah bicara
Bimbinganmu ku mohon
sesal ku berganda
Ya Allah kukuhkanlah ikatan yang ada
Moga sinarMu menyerikan sentiasa
Andai diduga dengan gelora
Moga tidak porak peranda
Sebaliknya mengukuh dan menambah ceria
Ya Rabb jauhkan hati ini dari syaitan
yang mengganggu tanpa jemu
yang mengusik tanpa malu
pengkhianat sejak zaman adam dan hawa
hingga hari ini tercetus bencana
Terikat kita bukan sementara
Terikat kita terus ke syurga
Bukan seindah cindai
Bukan juga cinta biasa
Tak perlu diungkap hati terasa
Bersaksikan alam dan Yang Maha Mencipta
Kerana itulah hari ini aku tetap yakin
Kerana sesuatu yang datang dari hati
pasti sampai ke hati
Kerana sesuatu yang hadir kerana Ilahi
pasti pergi kepada Ilahi
Kerana sesuatu yang dipinjam
pasti perlu dipulangkan kembali
Tidak ada apa yang aku miliki
Alhamdulillah atas nikmat yang diberi
Astaghfirullah tiap kesalahan benar ku insafi
Labels: Sentuhan Cinta Sajadah
Selection
Semalam alhamdulillah saya akhirnya berjaya menghadapi interview untuk University of Newcastle, Australia. Interview tu sangat lama. Tak pernah saya ditemuduga sebegitu lama rasanya.(Interview MARA dan IUMC pendek dan sangat comfortable suasananya). Interviewer aku adalah Dr Ben Walker dan Dr Andra(x ingat family name dia). Kedua-duanya sangat mesra tetapi semakin lama di interview, Dr Ben Walker bertukar menjadi semakin psiko. Tapi itu norma situasi sebuah interview. Mereka menyaring dan memilih hanya yang terbaik untuk menngisi tempat di institusi mereka. Itu fitrah. Di dunia ini selection sentiasa berlaku. Sejak di bangku sekolah, class streaming membuktikan proses selection itu berlaku. Pelajar yang bijak dikumpulkan bersama mereka untuk dibijakkan lagi, pelajar yang lemah dikumpulkan sesama mereka untuk dibantu dan dipulihkan.
Selection berlaku dalam alam ini. Kita gelarkan proses ini natural selection. Natural selection mewujudkan varieti dalam komuniti. Tapi ada bahayanya, kadangakala ia melahirkan level-level dalam komuniti. Yang kuat semakin kuat, yang lemah semakin lemah dan akhirnya hilang ditelan zaman.
Demikian juga selection berlaku dalam usaha kita mengisi syurga di akhiroh nanti. Allah SWT menjelaskan dalam Surah As Syams bagaimana manusia itu diilhamkan dengan kedua-dua jalan- jalan takwa dan jalan fujur(kejahatan), kitalah yang memilihnya. Memilih-Select. Ya, kita select dari 2 options yang Allah sediakan.
Selection melibatkan decision making. Saya turut ditanya dengan meluas berkaitan decision making ini ketika di dalam sesi interview 45 minit tersebut.
Maka hakikatnya manusia itu tidak boleh lari dari memilih dan membuat keputusan. Itulah sebabnya kita dibantu oleh Allah dengan memberi kita sebuah gadget bertenaga tinggi dan bersifat intelligent iaitu aqal. Alhamdulillah. Allah sangat faham kita.
Terima kasih buat semua yang telah membantu saya menghadapi interview ini khususnya mama,papa,tomato dan kawan2. =)
Newcastle Oh Newcastle....
I am now facing a very hectic moment.There's a lot to be settled- certs, academic transcripts, conflicts about translation for the certs, ticket to Kajang, mama's courses..application form...(dont want to sigh)
I wonder what keeps me going?
Alhamdulillah
Everyone, plz pray for us applying for Newcastle eh?
=)thank you Allah...thank you mama n papa
Maafkan Dirimu
Setiap manusia punyai pengalaman atau kenangan atau kesilapan lalu yang tidak ingin dikisahkan kepada sesiapa pun. Terasa begitu pahit untuk menelan kesilapan tersebut dan hidup bersama-samanya kerana masa silam itu sejarah dan sejarah itu tidak mungkin terpadam. Namun, haruskah masa depan kita menjadi mangsa kesilapan masa lalu? Kenapa perlu menyeksa dirimu esok, kerana kesilapan mu hari ini? Bukankah hari esok itu adalah peluang untuk memperbaiki diri? Yang telah berlaku memang tidak mungkin diubah lagi tetapi yang belum berlaku itu masih mampu diubah.
Semua orang pernah melakukan kesilapan. Semua orang ada kecacatan dan kelemahan sendiri. Ramai yang menyedari kelemahan diri, namun tidak ramai yang mensyukuri kelemahan tersebut. Ramai yang menyedari kelemahan diri namun tidak ramai yang berusaha memperbaikinya. Tidak kurang juga bilangan mereka yang seringkali menyedari kelemahan orang lain, tetapi terlupa hakikat kelemahan diri sendiri.
Percayalah, sesungguhnya setiap manusia ada waktu sukar masing-masing. Setiap manusia ada ujian masing-masing yang telah Allah tetapkan untuknya. Bersyukurlah dengan ujian dari Nya buatmu dan hadapilah dengan penuh ketabahan. Kekuatan untuk menghadapi ujian itu datangnya dari Allah maka pohonlah bimbingan dariNya. Jangan malu mengakui kesilapanmu di hadapanNya.
Maafkanlah dirimu dan orang-orang di sekelilingmu. Look forward! Move forward!
Pak Cik Stesyen Bas
Aku menaiki bas cap Eagle dari hentian Kajang ke Stesen Butterworth. Bas ku bertolak sekitar jam 11.48pagi dan tiba di Butterworth seawal 4.30ptg. Tiba di Butterworth, mama telah pun siap menunggu di situ. Alhamdulillah. Hujan turun renyai-renyai. Langit redup. Burung gagak hitam bertenggek di tiang lampu isyarat. Memandangkan bas Transnasional yang dinaiki oleh adikku dari Teluk Intan akan tiba sekitar pukul 5.00-5.30ptg. Mama membuat keputusan untuk menunggu sahaja adikku dan pulang bersama-sama nanti. Mama meletakkan kereta di hentian bas lama dan kami menunggu sahaja di dalam kereta kerana hujan agak lebat di luar.
Pemain CD memutarkan lagu Ungu bertajuk SurgaMu.
Aku memandang ke luar tingkap. Hujan agak lebat. Langit biru dan kelabu bergabung. Dari dalam kereta, aku terlihat seorang pak cik berjalan dalam hujan. Dia memakai kain pelekat lusuh berwarna coklat bercorak petak2. Di belakangnya, tergalas sebuah beg pack berwarna hitam pekat.Di poket2 beg itu, kelihatan beberapa plastik beg berwarna merah jambu bergantungan dengan pelbagai perkakas diletakkan di dalamnya. Di kepalanya terletak songkok hitam yang dipakai senget sedikit ala-ala Tunku Abd Rahman. Cara dia berpakaian sedikit sebanyak kelihatan seperti terlalu daif dan sudah hilang kewarasan akalnya. Dia berjalan melewati kereta kami dan kemudiannya terus ke hujung kaki lima sehingga hilang dari pandanganku.
Aku memandang mama. “Kesiannya…”
Mama berkata, “Orang gila la tu…”
Kasihan sekali keadaannya. Entah apa santapannya hari ini. Perutku waktu itu telah kenyang diisi pisang goreng dicecah dengan kuah kicap pedas johor. Entah apa nasibnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Percayalah, betapa kita jarang sekali bersyukur. Pandanglah sekeliling dan lihatlah betapa Allah begitu menyayangi kita.
Semoga aku, mamaku, keluargaku, saudara-saudara dan sahabatku serta pak cik itu dikurniakan syurga. ameen.
NILAI SEORANG WANITA
Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita.
Astaghfirullah atas segala kesilapan dan kecuaian kita dalam menguruskannya.
Maha Suci Allah dari segala apa yang disekutukan keatasNya. Dialah Allah, tempat tumpuan perhatian, minat dan hajat seluruh alam, langit dan bumi.
Tidak sangka. Rupanya sukar juga berjalan di bumi Allah sebagai seorang makhluk bergelar wanita. Pastinya lebih sukar lagi untuk berjalan di bumi Allah ini sebagai makhluk bernama lelaki. Hakikatnya, penciptaan Allah itu, sebagaimana dijelaskan oleh Allah di dalam Al Quran, betapa tiada cacat celanya, sempurna dan lengkap sentiasa.
Ibu bapa, adik abang, tua muda, lelaki perempuan, suami isteri, hitam putih, siang malam, pagi petang...
Cantik sekali pasangan-pasangan ini, yang tidak diwujudkan oleh Allah secara main-main atau suka-suka, tetapi ada makna dan tarbiyah dariNya bagi mereka yang berfikir dan berzikir.
Menjadi seorang wanita adalah nikmat kedua terbesar dalam hidupku yang amat ku syukuri selepas mendapat nikmat bergelar seorang Muslim. Dan menjadi seorang wanita juga adalah medium terhebat dan terhangat untuk aku menggerakkan dakwah di dunia ini. Betapa kita sering terlepas pandang bahawa jantina kita sendiri adalah asset dakwah yang tiada ternilai. Kerana apa? Kerana kita yakin Allah tidak memberi dan tidak mencipta sesuatu itu secara sia-sia.
Suatu malam di stesen ktm Serdang, aku terlihat sepasang kekasih bukan Muslim yang begitu mesra berpegangan tangan. Si jejaka meletakkan tangan di pinggang gadis. Wah wah…romantis sekali di khalayak ramai. Entah mengana aku terasa sedikit pelik pada pasangan tersebut. Secara diam-diam, aku meneliti kedua-dua makhluk Allah itu. Ya Allah!Rupa-rupanya kedua2nya adalah wanita. Tidak ada jejaka. Kedua2nya gadis cuma salah seorang itu berpakaian seperti lelaki sampai sukar untuk mengecam kewanitaannya namun mana mungkin fitrah kewanitaannya itu disembunyikan. Sebagai seorang kaum hawa, aku yakin mereka berdua sebenarnya sejantina berdasarkan susuk tubuh dan wajah sang ‘jejaka’ itu.
Mereka bukanlah satu-satunya pasangan sejantina yang wujud di muka bumi ini. Mereka cuma satu dari jutaan manusia yang tidak mengenal dan tidak tahu hakikat diri. Pasangan seperti ini juga wujud dalam kalangan umat Islam hari ini. Yang wanita ingin menjadi lelaki, dan yang lelaki mengimpikan susuk tubuh seperti wanita. Di mana silapnya ?
Kasihan sekali kepada golongan ini.
Aku tidak mampu mengubah keadaan pasangan di stesen ktm Serdang itu. Aku sekadar mampu bermuhasabah diri dan mensyukuri nilai diriku sebagai seorang wanita Muslim.
Astaghfirullah wa atubuilaik
Think Tank
Tahu tak...
Kita ni sangat malas berfikir. Kita suka ambil lewa benda2 di sekeliling sampai tak nampak banyak hikmah sebalik ayat-ayat Allah baik di dalam Quran mahupun di sekitar kita. Kegagalan kita berfikir secara optimum dalam mendalami tanda-tanda kebesaran Allah di sekeliling kita adalah punca kita tidak mampu benar2 merasai kewujudan Allah dan faktor utama kegagalan kita menyulam cinta agung buat Allah dan RosulNya.
Agak menyedihkan kerana kita tidak mampu memaksimakan penggunaan CNS kita untuk mengenal makrifatullah sebagaimana kita memusatkan otak dan sistem saraf kita dalam aktiviti pembelajaran lain sehinggakan ramai yang rabun dan migrain kerana banyak sangat menelaah buku2.
Hmm...
fikir2kan..