Setiap manusia punyai pengalaman atau kenangan atau kesilapan lalu yang tidak ingin dikisahkan kepada sesiapa pun. Terasa begitu pahit untuk menelan kesilapan tersebut dan hidup bersama-samanya kerana masa silam itu sejarah dan sejarah itu tidak mungkin terpadam. Namun, haruskah masa depan kita menjadi mangsa kesilapan masa lalu? Kenapa perlu menyeksa dirimu esok, kerana kesilapan mu hari ini? Bukankah hari esok itu adalah peluang untuk memperbaiki diri? Yang telah berlaku memang tidak mungkin diubah lagi tetapi yang belum berlaku itu masih mampu diubah.
Semua orang pernah melakukan kesilapan. Semua orang ada kecacatan dan kelemahan sendiri. Ramai yang menyedari kelemahan diri, namun tidak ramai yang mensyukuri kelemahan tersebut. Ramai yang menyedari kelemahan diri namun tidak ramai yang berusaha memperbaikinya. Tidak kurang juga bilangan mereka yang seringkali menyedari kelemahan orang lain, tetapi terlupa hakikat kelemahan diri sendiri.
Percayalah, sesungguhnya setiap manusia ada waktu sukar masing-masing. Setiap manusia ada ujian masing-masing yang telah Allah tetapkan untuknya. Bersyukurlah dengan ujian dari Nya buatmu dan hadapilah dengan penuh ketabahan. Kekuatan untuk menghadapi ujian itu datangnya dari Allah maka pohonlah bimbingan dariNya. Jangan malu mengakui kesilapanmu di hadapanNya.
Maafkanlah dirimu dan orang-orang di sekelilingmu. Look forward! Move forward!
Maafkan Dirimu
Posted by
Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal
Monday, July 13, 2009
2 comments:
InshaAllah, masa depan lebih cerah untuk kita semua
nice video! ayat yang best! keep it up! teruskan tarbiyah zatiyah
ttg inisiatif, teringat ustaz atief pesan waktu mula2 masuk di kmb as sgt buntu dan kurang pengalaman
"enta kena fikir macam hasan al-banna fikir..hasan al-banna takde murobbi (baca:naqib) pun...dakwah tetap kena jalan..kalau ade murobbi (baca:naqib), tu bonus la.."
alhamdulillah
thank you=)
Post a Comment