Dia Murobbi

Dia Murobbi
Terus berlari bersama panji-panji
Kakinya tegak berdiri
Tegar bertapak mati
Di bumi Sang Khaliq
Membawa risalah suci
Meniup seruan Rabbani

Kagumku pada bunga-bunga semangatnya
Dari tiada kepada ada
Di tangannya usaha bermula
Dengan tangannya usaha terus berganda
Lalu jalan yang dulu kelam kembali bercahaya

Tidak pernah terfikir aku
Akan wujud manusia sebegini
Yang berfikir untuk orang lain
melebihi keperluan diri
Ingin sekali ku jejaki
Kemana sebenarnya tujuan hamba ini?
Rupanya dia pencari syurgawi

Dahulu risalahnya tidak ku fahami
Jauh sekali cuba mengerti
Lebih jauh lagi untuk mendekati
Aku memilih untuk menjauhinya
Rupanya aku termasuk dalam doanya

Ya Tuhan, manusia apa ini
Yang berjihad tanpa henti
Menyesal tiada bertepi
Menyeru tanpa sepi

Dia Murobbi
Ku doakan buatMu
Keampunan dari Ilahi
Kesucian hati yang segar menyinari
Kekuatan dan ketabahan para sufi
Keikhlasan dan ihsan para nabi
Kebaikan akhirat jua duniawi

Pesanku buatmu sang murobbi
Jangan persia kesedaran yang diberi
Kuatkan tekad teruskan melangkah
Ditanganmu terletak amanah
Hadiah dari Yang Maha Megah

Maka dengan itu janganlah kau berhenti
mencari untuk memberi
Gagahkanlah tanganmu menjulang panji-panji
Andai kau berseorangan jangan sekali gentar di hati
Eratkan jari-jarimu Ya Murabbi
Biar putus bergelantungan jemarimu dicantas
Sambutlah dengan sisa tanganmu yang tinggal
Biar rabak jantungmu dipanah
Sambutlah dengan kalimah syahadah

Izinkanlah aku menghantarmu ke medan itu
Izinkan aku menyiapkan bekalan untukmu
Izinkan aku menyediakan anak panahmu
Izinkan aku mengesat peluhmu
Izinkanlah wahai murobbiku

Terima kasih kerana mendidikku

3 comments:

aisyah ismail ♥ July 27, 2009 at 10:43 AM  

wah rindu bangat pada murabbiku (tp slalu je chatting hehe neway rindu utk ketemu seperti dulu..)

hihi saje je melawat blog yg cantik ni.. n tahniah kpd sifu yg mengajar!~

take care dear paa =)

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal July 27, 2009 at 5:32 PM  

haha...murobbimu murobbiku jua...hehe..iAllah kite bisa ketemu di program special 31hb nih..huuuu sedih nye usroh widaq...

blog ni cantik?aaa...aku rase ko kene tambah power spek la aisyah..hehehe..

take care juge ye...
=0

ZAAZ July 27, 2009 at 9:35 PM  

Perjuangan itu belum selesai dan tak pernah usai sehingga hari kiamat sampai. Ia dimulai Muhammad pesuruh Ilahi, diteruskan generasi bersilih ganti. menggapai impian bertemu semua di syurga Firdausi. salaam sayang Najwa... -ZAAZ-

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)