Pak Cik Stesyen Bas

Aku menaiki bas cap Eagle dari hentian Kajang ke Stesen Butterworth. Bas ku bertolak sekitar jam 11.48pagi dan tiba di Butterworth seawal 4.30ptg. Tiba di Butterworth, mama telah pun siap menunggu di situ. Alhamdulillah. Hujan turun renyai-renyai. Langit redup. Burung gagak hitam bertenggek di tiang lampu isyarat. Memandangkan bas Transnasional yang dinaiki oleh adikku dari Teluk Intan akan tiba sekitar pukul 5.00-5.30ptg. Mama membuat keputusan untuk menunggu sahaja adikku dan pulang bersama-sama nanti. Mama meletakkan kereta di hentian bas lama dan kami menunggu sahaja di dalam kereta kerana hujan agak lebat di luar.

Pemain CD memutarkan lagu Ungu bertajuk SurgaMu.

Aku memandang ke luar tingkap. Hujan agak lebat. Langit biru dan kelabu bergabung. Dari dalam kereta, aku terlihat seorang pak cik berjalan dalam hujan. Dia memakai kain pelekat lusuh berwarna coklat bercorak petak2. Di belakangnya, tergalas sebuah beg pack berwarna hitam pekat.Di poket2 beg itu, kelihatan beberapa plastik beg berwarna merah jambu bergantungan dengan pelbagai perkakas diletakkan di dalamnya. Di kepalanya terletak songkok hitam yang dipakai senget sedikit ala-ala Tunku Abd Rahman. Cara dia berpakaian sedikit sebanyak kelihatan seperti terlalu daif dan sudah hilang kewarasan akalnya. Dia berjalan melewati kereta kami dan kemudiannya terus ke hujung kaki lima sehingga hilang dari pandanganku.

Aku memandang mama. “Kesiannya…”
Mama berkata, “Orang gila la tu…”

Kasihan sekali keadaannya. Entah apa santapannya hari ini. Perutku waktu itu telah kenyang diisi pisang goreng dicecah dengan kuah kicap pedas johor. Entah apa nasibnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Percayalah, betapa kita jarang sekali bersyukur. Pandanglah sekeliling dan lihatlah betapa Allah begitu menyayangi kita.

Semoga aku, mamaku, keluargaku, saudara-saudara dan sahabatku serta pak cik itu dikurniakan syurga. ameen.

1 comments:

Anonymous July 13, 2009 at 11:12 AM  

ameen!

kesian pakcik tu....=(

moga kefakirannya tidak mengarah kepada kekafiran

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)