Setiap laut pasti ada gelora
Setiap gua pasti ada penghuninya
Setiap duka pasti ada saat tawanya
Setiap senyuman pasti ada waktu tangisnya
Wahai hati kepadamu ku berbicara
Moga kau bersih suci sentiasa
Apakan daya aku insan biasa
Sukar sekali dirimu ku pelihara
Andai aku tersilap sangka
Maaf ku pohon
sesal ku terasa
Andai aku tersalah bicara
Bimbinganmu ku mohon
sesal ku berganda
Ya Allah kukuhkanlah ikatan yang ada
Moga sinarMu menyerikan sentiasa
Andai diduga dengan gelora
Moga tidak porak peranda
Sebaliknya mengukuh dan menambah ceria
Ya Rabb jauhkan hati ini dari syaitan
yang mengganggu tanpa jemu
yang mengusik tanpa malu
pengkhianat sejak zaman adam dan hawa
hingga hari ini tercetus bencana
Terikat kita bukan sementara
Terikat kita terus ke syurga
Bukan seindah cindai
Bukan juga cinta biasa
Tak perlu diungkap hati terasa
Bersaksikan alam dan Yang Maha Mencipta
Kerana itulah hari ini aku tetap yakin
Kerana sesuatu yang datang dari hati
pasti sampai ke hati
Kerana sesuatu yang hadir kerana Ilahi
pasti pergi kepada Ilahi
Kerana sesuatu yang dipinjam
pasti perlu dipulangkan kembali
Tidak ada apa yang aku miliki
Alhamdulillah atas nikmat yang diberi
Astaghfirullah tiap kesalahan benar ku insafi
Bukan Cinta Biasa
Posted by
Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal
Sunday, July 26, 2009
Labels: Sentuhan Cinta Sajadah
0 comments:
Post a Comment