NILAI SEORANG WANITA

Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita.
Astaghfirullah atas segala kesilapan dan kecuaian kita dalam menguruskannya.

Maha Suci Allah dari segala apa yang disekutukan keatasNya. Dialah Allah, tempat tumpuan perhatian, minat dan hajat seluruh alam, langit dan bumi.

Tidak sangka. Rupanya sukar juga berjalan di bumi Allah sebagai seorang makhluk bergelar wanita. Pastinya lebih sukar lagi untuk berjalan di bumi Allah ini sebagai makhluk bernama lelaki. Hakikatnya, penciptaan Allah itu, sebagaimana dijelaskan oleh Allah di dalam Al Quran, betapa tiada cacat celanya, sempurna dan lengkap sentiasa.

Ibu bapa, adik abang, tua muda, lelaki perempuan, suami isteri, hitam putih, siang malam, pagi petang...

Cantik sekali pasangan-pasangan ini, yang tidak diwujudkan oleh Allah secara main-main atau suka-suka, tetapi ada makna dan tarbiyah dariNya bagi mereka yang berfikir dan berzikir.

Menjadi seorang wanita adalah nikmat kedua terbesar dalam hidupku yang amat ku syukuri selepas mendapat nikmat bergelar seorang Muslim. Dan menjadi seorang wanita juga adalah medium terhebat dan terhangat untuk aku menggerakkan dakwah di dunia ini. Betapa kita sering terlepas pandang bahawa jantina kita sendiri adalah asset dakwah yang tiada ternilai. Kerana apa? Kerana kita yakin Allah tidak memberi dan tidak mencipta sesuatu itu secara sia-sia.

Suatu malam di stesen ktm Serdang, aku terlihat sepasang kekasih bukan Muslim yang begitu mesra berpegangan tangan. Si jejaka meletakkan tangan di pinggang gadis. Wah wah…romantis sekali di khalayak ramai. Entah mengana aku terasa sedikit pelik pada pasangan tersebut. Secara diam-diam, aku meneliti kedua-dua makhluk Allah itu. Ya Allah!Rupa-rupanya kedua2nya adalah wanita. Tidak ada jejaka. Kedua2nya gadis cuma salah seorang itu berpakaian seperti lelaki sampai sukar untuk mengecam kewanitaannya namun mana mungkin fitrah kewanitaannya itu disembunyikan. Sebagai seorang kaum hawa, aku yakin mereka berdua sebenarnya sejantina berdasarkan susuk tubuh dan wajah sang ‘jejaka’ itu.

Mereka bukanlah satu-satunya pasangan sejantina yang wujud di muka bumi ini. Mereka cuma satu dari jutaan manusia yang tidak mengenal dan tidak tahu hakikat diri. Pasangan seperti ini juga wujud dalam kalangan umat Islam hari ini. Yang wanita ingin menjadi lelaki, dan yang lelaki mengimpikan susuk tubuh seperti wanita. Di mana silapnya ?
Kasihan sekali kepada golongan ini.

Aku tidak mampu mengubah keadaan pasangan di stesen ktm Serdang itu. Aku sekadar mampu bermuhasabah diri dan mensyukuri nilai diriku sebagai seorang wanita Muslim.
Astaghfirullah wa atubuilaik

1 comments:

Anonymous July 13, 2009 at 11:15 AM  

..sebab itu saya suke wanita =) kerana ada nilai yang tinggi..juga mana2 pihak yang mahu menang, perhatian pada sayap wanita dan pemuda perlu diutamakan. Ini kajian semasa.

opps! rasulullah saw suka wanita dan wangian eh..huk3

rasanya, pernah terbaca..bagi mereka yang sudah punyai perasaan homoseksual dan lesbian, tidak berdosa selagi tiada tindakan lanjut yang dibuat..tapi, kena ada usaha dan doa supaya kembali normal..wallahualam..

isu best yang nak baca ttg homo/les = I am Muslim oleh dina zaman..tapi die ni sisters in islam..cuma buku tu terang ttg realiti malaysia (dari sudut pandang die la)..byk yang bleh dipertikai..tapi its a good book =)

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)