AKU SEORANG PROMOTER

Assalamualaikum warahmatullah buat sekalian pembaca Nawwar.. Semoga kalian terus berada di bawah lindungan dan kasih sayang Allah SWT. Alhamdulillah. Nawwar hari ni nak share dengan anda semua sedikit catatan yang sempat Nawwar tulis ketika sedang bekerja sebagai promoter di Giant Sungai Petani.Hehe...Nawwar tulis ni sebagai hasil analisa dan juga untuk isi masa ketika tak ada pelanggan.

Sebelum itu, untuk sape yang tak tahu, Nawwar sekarang jadi promoter untuk marjerin Daisy(cey...tahpape je...perlu ke btau?hehehe)...Nawwar tulis catatan ni pun atas serviette(tisu) tau...harap sangat catatan ini memberi manfaat dan menatijahkan impak yang sepatutnya kepada kita semua terutama yang memakai ’tag’ sebagai seorang da’ie di jalan Allah. InshaAllah...

Inilah catatan seorang ’promoter’...

Berdakwah samalah seperti menjadi ’promoter’
Seorang promoter kenal benar dengan produk yang ingin dipromosikannya,
faham sekali kehebatan produknya,
yakin sekali dengan kekuatan produknya,
kerana itu dia mampu mempromosikannya dengan penuh kesungguhan,
bezanya cuma, kejayaan seorang promoter diukur pada jumlah ’sales’ yang berjaya dicapai, tetapi kejayaan seorang da’ie itu diukur pada usahanya memberi kefahaman kepada mad’u-nya serta kefahaman yang diterima mad’u-nya,
sekalipun orang yang didakwahinya tidak mahu menerima dakwahnya.

Seorang promoter tidak dibenarkan makan atau minum produk yang dipromosikannya kecuali sekali sahaja sebagai percubaan...
Untuk itu, seorang promoter perlu jujur dalam pekerjaannya(sama juga dalam apa jua pekerjaan lain)
Senang cerita, tak boleh curi tulang ketika bekerja. Kenapa?
Sebab ada CCTV dan ’insider’ majikan yang memerhatikan samaada promoter buat kerja atau tidak.
Kita da’ie, juga dididik dengan ’Ihsan’
yang diterangkan oleh baginda Rasulullah sebagai
”beribadatlah seolah2 kamu melihat Allah, sekalipun kamu tidak melihatNya, Dia melihat kamu”
Kita ’promoter’ kepada Islam perlu sentiasa berhati2 dalam tindakan,
bukan kerana kita sentiasa menjadi perhatian orang,
tetapi kerana sedar kita sentiasa menjadi perhatian Allah
maka atas sebab itu jugalah kita akan bekerja lebih gigih
seperti mana gigihnya seorang promoter apabila diperhatikan majikannya.

Menjadi seorang promoter, memerlukan seseorang itu mahir bertutur kata
kerana dia mungkin akan disoal pelbagai soalan daripada pengguna yang ingat si promoter ni tahu segala2nya,
dan kadangkala untuk mendapatkan ’sales’, perlu juga ’skills’ untuk meyakinkan pengguna agar membeli.
Menjadi da’ie pastinya lebih mencabar dan lebih kemahiran diperlukan,
kerana yang kita promosikan adalah ad-Deen yang sudah lama dilupakan dan semakin hari semakin ditinggalkan masyarakat.

Mempromosikan marjerin tidak susah
kerana marjerin sudah tidak asing lagi dalam dunia makanan
tetapi, untuk mempromosikan Islam, pastinya sukar,
kerana ia kini sudah menjadi asing dalam dunia ini
Itulah cabarannya.

Namun seperti seorang promoter yang diberikan buku panduan tentang produknya,
seorang da’ie juga dianugerahkan sebuah buku panduan yang maha lengkap,
buku panduan ni harus dihafal, diingat, dan didalami bersungguh2,
seandainya mahu promsi tersebut berjaya.

Seorang promoter juga tidak menarik perhatian orang ramai kepada dirinya, ataupun syarikat majikannya, kerana dia faham,
tanggungjawabnya yang utama adalah mempromosikan ’produk’nya sehingga semua orang jelas dengan kebenaran dan kehebatan produknya,
lantas memilih produk tersebut.
Begitu juga kita sebagai para da’ie,
yang jelas bagi kita adalah menarik umat kepada Islam,
bukan kepada kita ataupun kelompok kita.
Inilah hakikat yang sering terlepas pandang dalam kesungguhan kita berdakwah.

Kadangkala menjadi promoter memerlukan kesabaran dan ketabahan,
kerana akan berdepan dengan 1001 ragam manusia,
ada yang apabila ditawarkan sampel untuk dicuba,
mereka lari jauh2 macamlah kena bayar kalau cuba, padahal percuma aja,
Ada juga yang ketawa dari jauh dan bila sampai depan promoter,
buat tak nampak aja, promoter approach pon buat dono saja,
Aik?makan free pon tak mau ke?
Ada juga yang ambil dan cuba kemudian terus cakap “emm….sedapnya!Apa benda ni?”
Lalu dia ingin tahu dengan lebih mendalam, dan promoter pon bersemangatla bercerita,
Ada juga yang ambil banyak2, selepas mencuba, terus pergi macam tu je,
tarima kasih pun tak cakap…
Ada juga yang belum sempat promoter nak bagi try,
terus nak beli produk tersebut.
Ya, inilah jua hakikat yang mendepani seorang da’ie...

Tidak ada yang mudah di jalan ini.
Kerana itulah kisah seorang yang ingin menggenggam Islam pada zaman ini
serta ingin menegakkan kembali panji Khalifah
perlu sentiasa bertemankan keazaman yang besar dan iradah yang kuat...
Inilah catatanku,
Aku ’promoter’ Islam...

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhoan)Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al Ankabut: 69)

”Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama...” (Al Hajj :78)

Ya Rabbal ‘alameen, Imla’ qalbi bil yaqin, thabbitni ‘ala hadhad deen, waghfir li wal muslimin.Ameen…

Assalamualaikum…=)

Just 1 Sentence...

Kata-kata ni dipetik dari Maximus dalam cerita Gladiator...suke sangat n sangat bermakna...

"What You Do In Life Echos In Eternity..."

Think about it.

Enter A New Beginning

Alhamdulillah… Nawwar hari ni dah start kerja...Nawwar kerja sebagai Training Specialist(TS) atau nama yang popular adalah promoter..(totot…hek elek…promoter je pon…kecoh…huhu)..Eh, mesti la Nawwar nak kecoh..Bukan senang tau nak memujuk hati supaya kerja jugak2 walopun rase berat jek…(bukan malas ok…rase berat jek…berbeza tau..)

Tau tak pe kerja Nawwar?

Nawwar kena promote untuk Nescafe!!!Aiyaa!Produk Nestle pulak tuh…Nawwar tak tau pulak Nawwar kena promote benda tu…huwaaa…cemane ni…minta maaf sangat dekat sedara kat Palestin…takpe, Nawwar kerja ni pun untuk umat juga…betul….=(

Nawwar belajar bancuh Nescafe dengan Coffeemate and pastu kena serve la kat orang. Kasi orang rase…Pasni memang lingkup la warung2 mamak berdekatan sebab kopi n teh tarik Nawwar mesti kaw kaw punye…Nawwar ingat nanti tak mau cakap banyak2 la…Nawwar kasi orang minum je lah…tak mau cerita2 or convince orang suh beli pon…huwaa…tak sanggup!!Lagipun dia kata kerja Nawwar is bagi orang minum…haa…(layan je lah…janji aku dapat duit nak pi program…)

Selain itu, Nawwar juga kena promote Margerine Daisy…Nawwar kena sapu kat roti Gardenia pastu potong empat then bagi orang makan…(haih…nape la kerja Nawwar semua melibatkan minuman dan makanan?Majikan Nawwar ni tak nampak ke Nawwar ni kurus?huahua…)Fuh…Nawwar akan kerja promote Margerine ni setiap weekend sepanjang bulan Oktober nih…haa…pandai tak Nawwar cari kerja yang kerja time weekend je n cuti mase weekdays…huahua…hari lain boleh la focus untuk improve diri, preparation nak fly, hafazan, bacaan untuk tambah thaqafah etc…Doakan Nawwar berjaya yep.(Ya Allah bagilah bulan Oktober nih cepat berlalu…..huwaaa….)

Ok. Tu je serba serbi muqadimah post kali ni…Huh?Muqadimah?Yeah…baru introduction keh…inshaAllah hari ni nak continue dengan baab Enter A New Beginning.Dalam bab terakhir CSE ini, temanya adalah sedar akan hakikat penciptaan diri kita semula.

Why are we here?
Ibadah dan khalifah…

Dan kita juga perlu yakin bahawa Allah tak cipta kita sia-sia atau untuk main2…Tak mungkin taraf kita sebagai manusia sama macam askar2 Red Alert, Age of Empires atau clan-clan L4D yang memang dicipta untuk main2…betul tak?Betul tak?

Kita ni made in syurga tau.Kita manusia ada aqal tau. Pandai kot...sampai orang tiru2 otak kita and create Artificial Intelligence(AI) macam dalam cerita iRobot tu...Of Course we are created on purposes. And the main purposes, as mentioned in the Quran, are to worship Allah and to protect this world. Kan?

Cube cek: (23:115)(30:30)(47:36)

(51:56)(2:30)

Kenapa Aku Di Sini?
Pernah tengok cerita perang2 tak?Tak pon sape pernah tengok cerita Judge Dredd yang sylvester stallone berlakon tuh?

Kan selalunya bila dalam perang, comander yang ditugaskan untuk sesuatu mission tu akan contact ketua dia and tanya status and mission dia kat situ kan?Macam dalam cerita Judge Dredd tu ade satu robot perang nama dia ABC, bila dia di’activate’kan je, first thing dia tanya boss dia adalah: Status? Pastu orang jahat tu cakap: Bodyguard. Pastu dia tanya: Mission? Then orang jahat tu jawab: We are going to a war!

Haa….same lah macam kita. Kita serve Allah. So status kita servant tau. Mission: Ibadah dan khalifah. That’s it. Kita pon going to war jugak…against syaitan…haa..

Kita perlu jelas tujuan hidup kita. Tak mungkin kita hidup untuk kerja kerja kerja then kahwin then kerja then bercuti then kerja then pergi haji then kerja lagi pastu mati. Plain nye hidup. Tak mungkin syurga tu boleh masuk senang2 dengan hanya melalui sebuah kehidupan tipikal.. Apalah yang teruk2 sangat hidup nabi dan para sahabat tu sampai miskin la, cedera la, kena dera la...ape ni?ape ni?Asal diorang tak kerja kerja kerja then kahwin then kerja then bercuti then kerja then pergi haji then kerja lagi pastu mati macam kite?

Sebab mereka tau tujuan hidup mereka.

Dan inshaAllah kita pun sedar tujuan hidup kita. Kita pun nak jadi muslim sebelum semua benda. InshaAllah...(6:162)

Kita muslim bukan hanya pada nama. Muslim kita muslim kata nama, kata kerja, kata penghubung, penjodoh bilangan, peribahasa dan kata adjektif...(maksudnya nak cakap kita muslim dalam semua perkara laa....huhu)

Kita Muslim yang belajar, Muslim yang makan, Muslim yang mandi, Muslim yang main carom(aik..kenape msti maen carom?haha), Muslim yang main futsal, Muslim yang pergi consultation dengan lecturer, Muslim yang pergi winter gathering, muslim yang pergi shopping...Muslim yang...Muslim yang sume sume la...haa...bile first skali bagi kita adalah menjadi seorang Muslim, inshaAllah kita akan menjalani sebuah kehidupan yang benar2 mengambil Islam sebagai ad Deen atau cara hidup.

InshaAllah...Nawwar rase Nawwar stop sini dulu kot. Kasi semua orang masa untuk digest2.Moga2 explenesyen Nawwar yang mungkin bersimpang siur ni tak menjejaskan pemahaman anda. Maaf lah kalau Nawwar tulis panjang sangat...Boleh je if nak baca satu hari satu perenggan..(Huahuahua...)
Erm...moga dapat manfaat yang besar dari post ni. Maafkan Nawwar yang macam tak serius. Nawwar serius sebenarnye. Just nak santai2 otak sekejap. Extract point ep.

Assalamualaikum.

Fuh...

Assalamualaikum readers...

Nawwar tak dapat la nak sambung cerita pasal Enter A New Beginning hari ni...nawwar penat sket...tak tak...Nawwar penat banyak...Nawwar sangat penat...(-.-) minta maaf ye...

Ya Allah...berikanlah kekuatan...

Nawwar memang penat tapi Nawwar tak putus asa tau..takkan putus asa....fuh...

Penatnya...if only u know...

Wahai Nawwar

Bukan mudah menjadi cahaya
Seringkali apabila diri menyinari sepasang mata yang menyapa
Kerap kali mata itu dipejamkan
Kerana tidak tahan
Nawwar yang menyilaukan

Bukan mudah untuk menyinari
seketul hati yang ingin menjadi suci
kerana tiap kali cahaya menembusi
Pasti ada kegelapan yang menanti

Bukan mudah memancarkan sinar
seperti mentari yang panas membakar
namun siapa yang peduli sang mentari membakar diri
untuk si bumi yang tidak kenal erti menghargai
setiap nikmat yang diberi

Bukan mudah menjadi sinaran
Kerana apabila kau berkilauan
Sinaran mu menjadi pandangan
Cahayamu menjadi tontonan
Surammu menjadi tohmahan

Bukan mudah menjadi Nawwar
kerana perlu sentiasa bersinar
agar tiada hati yang menjadi tawar
agar Islam terus diperdengar

Wahai Nawwar
menyala lah!
membakar lah!
bercahaya lah!
Agar suatu masa nanti
kau bangun di dalam seri
dengan senyuman yang penuh erti
menuju gerbang syurga Firdausi

Ya Allah, thabatkanlah hati kami
di atas deen Mu yang amat dicintai

UBAH PARADIGMA ANDA

Assalamualaikum warahmatullah. Hai pembaca-pembaca Nawwar, maaf sebab Nawwar hari tu terpakse postpone nak letak post untuk sambungan sharing buku CSE tu..Nawwar takde la sibuk sangat sebenarnya(tak sibuk langsung kot....)tapi sebab tempat yang menjadi pusat Nawwar melepakkan dan membasuh otak ni takde internet pula. So macam terkandas buat seketika.

Alhamdulillah. So inshaAllah kite boleh la proceed dengan Shift Your Paradigm(Ubah paradigma anda) ni...

Previously, kita dah cover cerita Control Your Whims...yang mana, kita telah melihat betapa kita ini seolah-olah ditarik oleh 2 perkara- satu iman, satu lagi syaitan. Andai iman menjadi pillihan qalbu, maka kita memilih bersama-sama Allah dan Rasul dan pastinya tiap2 pilihan kita itu akan kemudian memilih syurga atau neraka pula untuk kita di akhirat sne...

Apa ertinya mengubah paradigma diri ini?
Ia seolah-olah kita memperbaiki atau memulihkan kembali cara kita memandang dan menjalani kehidupan. Senang cerite, kita nak berubah ke arah yang lebih baik la...

Kita sedar kita perlu memilih Islam dan kita tahu kita perlu ubah gaya hidup kite yang mungkin menuruti al hawa yang tidak bernama Islam,maka untuk itu,

1)Kita perlu yakin bahawa masa depan Islam itu sangat gilang gemilang...mesti la...Islam kan nizom...Islam ini sebuah sistem...ia sebuah cara hidup yang cemerlang. Melihatkan hakikat inilah, kita yakin bahawa masa depan adalah milik Islam kerana masyarakat akan terus mencari sistem hidup yg terbaik, dan pada waktu itulah mereka akan bertemu Islam.(ni ayat Nawwar sendiri keh...bukan ayat buku...huhu...saje nak btau...)

2)Kita mestilah hidup untuk Islam...(aiyaa...takutnye Nawwar bile cakap ni....Teringat ayat 2 surah As Saff...nauzubillah...moga2 Allah bantu lah kita semua capai hakikat ni)

Rujuk ali Imran 3:83

Kita berusaha la baiki cara hidup kita agar sentiasa berlegar di atak paksi yang diridhoi Allah.

Dalam usaha untuk meng'shift'kan paradigm kite, kita perlu tahu who we are...sbb dgn mengenali tahap diri kita, kita tahu apa lagi yang belum cukup and apa yg perlu dibaiki.

Ada 3 Jenis hidup manusia:
1)Golongan yg hidup utk dunia sahaja- rujuk (Al An'am:29)(Al Jaatsiyah:24)
2)Golongan yg sesat antara dunia dan akhirat(47:12)
3)Golongan yg anggap dunia ladang akhirat(6:32)(51:56)

Tadi kita kata kita kena hidup untuk Islam kan?

Macam mana nak hidup untuk Islam?

Pertama, kita kenali tujuan hidup.(51:56)(11:7)....kenal asal diri kita ni diciptakan dan cari objektif hidup kite yg Allah dan jelaskan dalam al Quran.

Kedua, kita harus insafi bahawa dunia ini kecil nilainya berbanding akhirat. Bila kita rasa kesenangan hidup dunia ini terlalu sedikit berbanding akhirat, iAllah kita akan melihat kemudahan dalam menjalani cara hidup sebagai Muslim.Sebabnye, kite tau tak pe lah susah pon nak pakai tudung, susahnye nak jaga solat, susahnye nak cerita pasal Islam or nak tegur2 orang,takpe la susah pon, inshaAllah ade ganjaran yg besar menunggu di akhirat sana. (Al Mulk:12)

Ketiga, perlu sedar bahawa maut tu pasti tiba. (55:26-27)(3:185)

Keempat, kite kena faham Islam betul2....cemane nak faham?cemane?cemane?owh...jawapannya rujuk (20:114)...Nak cakapnye adalah Allah je pembantu kite...He knows what we do need to know and what we don't..

Mafhum hadith,

"Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dgn belajar dan kefahaman pula hanya didapati dgn mendalaminya. Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuk dirinya, diberikan kefahaman yang mendalam di dalam urusan agama." (Riwayat Tabrani)

Kelima, kite kena kenal juga hakikat jahiliyah. Kena tau ape yang tak betul, baru la boleh betulkan dan boleh menghindari benda yang x betul tu en...haa...

Sabda Rasulullah,

"Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum ia terselamat dari rancangan jahat mereka."

Haaa....tu la die ceritanya tentang shifting your paradigm in order to control your whims...

InshaAllah, selepas ni kite akan continue dgn chapter akhir yang menerangkan tentang ENTER A NEW BEGINNING...inshaAllah...harapnya kite dapat banyak manfaat and dapat terus baiki kelemahan diri sedikit demi sedikit dalam usaha kita menjadi Muslim Da'i yang E. hehe...(Ape E tu?haa...sape tau angkat tangan...hehe)

Paling penting, kita perlu bertindak cepat bila kita rasa nak buat baik, bila kita rasa ada something wrong pada diri kita, bila kita rasa ingin mengubah diri kita ke arah yang disukai Allah. The choice is yours!

Assalamualaikum.

Alamak Sorry Sangat!

Assalamualaikum pembaca2 Nawwar...Nawwar nak minta maaf ni sebab mungkin akan lambat sket sambung post ttg buku CSE yang prebiously kite dah cover baab Control Your Whims tu. Akan terbantut sket rasanya sharing tentang buku tu sebab Nawwar agak sibuk laa especially weekend..so inshaAllah, will try to continue with Shift Your Paradigm tu as soon as possible...

Tolongla doa Nawwar dapat sambung sharing ni eh...

K, got to go...

Oh ye, nak share satu kata2 sebelum Nawwar end this post,Kata2 ini dipetik dari Ibnu Rawahah r.a kepada Abu Ad dardaa' sambil memegang tangan sahabatnya,

"Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yg sedang menggelegak."

Ya Rabbal Alamin, imla' qalbi bil yaqin, thabbitni ala hadhad deen, waghfirli wal muslimin...

Control Your Whims 2

Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, syukur Nawwar kepada Allah, hari ini Nawwar diberi peluang sekali lagi untuk share something dengan anda semua. Very well, hopefully post Nawwar kali ini dapat beri seribu satu manfaat kepada Nawwar dan anda.


InshaAllah, this time, Nawwar will continue dengan sharing buku CSE yang Nawwar dah share briefly baab pertamanya iaitu Control Your Whims. Tapi, actually tak habis lagi tu. Baru muqadimah jek.Haa…so lek lek..today kite will finish the first baab.Paling penting is not nak habiskan buku cepat2 kan…yang penting is nak gather and nak amal as many ‘ilm as we can after we finished our reading en…insha Allah…


Previously kita dah discuss about al hawa(whims) and Islam, the choices you have in your life, being a Muslim and choosing Islam in every decision we made in life etc.

Nawwar nak bawa satu kata2 hikmat dari Maimun Bin Mahran Rahimahullah


“Jauhkanlah dirimu dari sebarang Al Hawa yang tidak bernama Islam”


Kalau diteliti pon dalil sirah, you will see how careful Rasulullah and the companions were when they were dealing with their whims…sebab nafsu ni musuh paling dahsyat kerana letaknya dalam diri kita sendiri and sometimes, make it usually, we can’t recognize it.


Sebab itu Allah berfirman dalam surah Shaad 38: 26, yang bermaksud,

”...dan janganlah engkau turuti Al Hawa, nanti ia menyesatkan engkau dari jalan(agama) Allah.”



Al Hawa biasanya memberikan pleasure and happiness yang sementara cuma. Seorang yang benar faham Islam, akan melepaskan pleasure yang seketika ini untuk sebuah nikmat yang tiada terhingga di alam akhirat. Tapi ye la, sebab tu la syurga tu mahal sangat, susah nak masuk, sebab ia untuk orang-orang yang beriman pada benda2 yang tak dapat dilihat, yang tak nampak…


Beriman dengan Allah…nampak ke Allah? Tak..

Beriman dengan malaikat...nampak ke malaikat?Eh, kat sebelah kau je...tak nampak ke?Tak....

Beriman kepada qada’ dan qadar...hmm...lagi la...tak tau pun macam mane la Lauh mahfuz tu kan...haa


Tapi itulah Allah yang Maha Adil...syurga yang tak tergambar hebatnya itu adalah untuk orang-orang yang mengakui dan benar-benar percaya kepada benda-benda yang tak nampak ni..sebab fitrah kita manusia susah nak percaya kalau tak nampak(eleh...tapi kalo gosip tu tak nampak pon tapi pantang dengar terus percaya en..hmm)...hebat tak jadi Muslim? Kita tak perlu nampak Tuhan kita, kita lah satu-satu agama yang aqidahnya di hati, bukan di mata..yang penting adalah perasaan bertuhan, bukan nampak Tuhan...



Dan sebab itu, Allah beri ganjaran syurga untuk kita kalau kita mampu lawan nafsu dan syaitan yakni 2 musuh yang pun kita tak nampak juga...maksudnya, kita fight dengan musuh yang invisible...pernah tengok cerita Hollow Man? Kalau tak pernah tak payah tengok...tak bagus...tapi nak ceritenye, betapa bahaya nya kalau musuh tu kita tak nampak...tapi yang bestnya, kalau kita bersama Islam, tak perlu rasa takut, kerana kita ada Allah bersama kita...He will guide us along the way...inshaAllah...



Kita pilih la...nak jd golongan yang tewas kepada nafsu dan syaitan dalam diri ni, atau nak jadi golongan yang bermujahadah...yang tak kenal kata henti dalam perjuangan mencari ridho Allah...susah...sape kata senang, tapi sebab itulah namanya perjuangan...macam dalam lagu kumpulan The Zikr yang tajuk Wahai Mujahid tu..


Memang berjuang itu terkorban...

Kerana kita berjuang untuk berkorban...

Itulah asam garam perjuangan...

syarat mendapat cinta Allah...


Islam: Ketundukan kepada Allah.

Rujuk Al Quran (2:131)(2:112)...(rujuk ep…jangan malas)

Golongan yang bermujahadah sedar akan hakikat ni and sedar bahawa untuk selamat, bahagia, sejahtera, the only way untuk achieve semua ni adalah tunduk dan serah diri kepada Allah...balik kepada Islam...worship Allah wholeheartedly...


Sayonara Jahiliyah!Aku telah Memilih Islam!!

Once kita nampak kebergantungan kepada Allah and rasa dah tak ada cara hidup lain yang lebih baik dari Islam...kita seharusnya tinggal semua Al Hawa yang tidak bernama Islam atau dengan kata lain semua perkara yang tidak dibenarkan Allah atau yang samar2 dan kembali kepada Allah dan Islam secara total.


Memilih Islam beerti memilih Allah dan menolak hawa nafsu dan syaitan, memilih Islam beerti meninggalkan jahiliyah. Berjayalah orang-orang yang memilih Allah, Rasul dan orang-orang beriman. Rujuk Al Maidah 5:56



Yezza!Itulah dia cerita baab Control Your Whims tadi. Verily, memang susah sangat untuk mengawal keinginan hati, mengorbankan hasrat hati untuk Allah yang tidak terlihat oleh mata kita dan untuk syurga yang tak nampak oleh kita. Namun percayalah, yakinlah, kekuatan dan semangat itu dari Allah. Mintalah bantuanNya.



InshaAllah lepas ni kita sambung baab Shift Your Paradigm dalam next post…Lepas ni kita akan tgk apa mekanisme atau alternatif apabila kita memilih Islam.InshaAllah.

Nawwar would love to share with every one of you a very beautiful hadith, the Prophet SAW said,


“Shall I not tell you who shall be forbidden from the Fire. or from whom the fire will be forbidden? It will be forbidden for every gentle, soft-hearted and kind person”

(Tirmidhi, 4/654, Kitaab Sifah al qiyaamah, 45: he said it is a hasan hadith)



Ya Rabbal ‘alameen, Imla’ qalbi bil yaqin, thabbitni ‘ala hadhad deen, waghfir li wal muslimin.Ameen…


Selamat berjuang! Assalamualaikum.

CONTROL YOUR WHIMS

Assalamualaikum warahmatullah. Ape khabar pembaca-pembaca Nawwar semua?Moga2 terus berada dalam ridho dan maghfiroh Allah yang Maha Penyayang. Sebelum Nawwar teruskan penulisan ini, jomlah sama-sama kita doakan saudara-saudara seaqidah kita di mana jua mereka berada baik yang dekat mahupun jauh dari kita, baik yang kita kenali ataupun tidak, kita doakan dengan hati yang suci dan tulus agar sentiasa berada dalam perlindungan dan bantuan Allah swt.

Mafhum hadith, the Prophet SAW said,

By the One in Whose hand is my soul, no slave truly believes until he likes for his neighbour or, he said, his brother what he likes for himself.”

(Muslim, 2/17 Kitaab al-Eemaan, baab min khisaal al-eemaan an tuhibb li akheeka ma tuhibbu li nafsika)

InshaAllah, today Nawwar nak share with everyone tentang sebuah buku nipis yang Nawwar tengah baca tajuk dia C.S.E…haa…macam CSI gitu tapi ni bukan cerita pasal forensic atau mayat busuk2 tapi cerita tentang Control your whims, Shift your paradigm, Enter a new beginning…haaa…so CSE tu stands for bende ni la…buku yang amat nipis ni adalah extraction dari beberapa buku hebat lain macam Muntalaq, Apa Erti Saya Menganut Islam, Tazkiyatun Nafs and Pemuda Muslim dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini etc…die macam extract point2 penting la…dah lame sgt ade buku ni…dapat 2 tahun lepas masa kat KMB…dah kuar KMB baru dapat hidayah nak baca.hehe.Tapi takpe Alhamdulillah.=)

CONTROL YOUR WHIMS

Kite ni human, diberi 2 options sebenarnya dalam hidup kite…and memang Allah dah cerita pun banyak kali in Holy Quran betapa semua benda tu dicipta berpasangan. Samalah juga dalam hidup ni, we have only 2 options- good and evil, Islam or kafir and each option yang kita pilih will later results in tempat kita kat akhiroh which is either heaven or hell.

Di atas dunya ni, kite diberi pilihan sama ada memilih Islam atau Al Hawa yakni nafsu kita. Memilih Islam beerti kita tunduk kpd Allah wholeheartedly, solely…(2:131)(2:112)(2:208)(3:83)hanya kpd Dia. Memilih Islam beerti berserah diri seluruhnya kpd Allah, mengakui dan bersama menegak risalah Rasulullah bersama kaum muslimin yang lain. Memilih Islam menjadikan kita ber’title’ muslim yang sebenar, ori muslim bukan fotokopi(5:56)…Menjadi muslim memerlukan kita untuk banyak sekali bermujahadah kerana apabila kita serah diri pd Allah(3:135)(5:48)…dunia kita milik Allah, cita-cita kita milik Allah, keluarga kita milik Allah…tak ada apa pun yang kita punya…maka pasti bukan mudah untuk melepaskan semua yang sebelum ini kita rasa milik kita…di situlah mujahadahnya…memilih Islam, menjadi muslim dan kemudiannya bermujahadah InshaAllah meletakkan kita dalam kalangan yang berjaya di akhirat sana.

Itu kalau kita memilih untuk bersama Islam serta berusaha dan menjadi Muslim sejati…Bagaimana kalau kita memilih untuk mengikut hawa nafsu?

Memilih al Hawa(38:26)(23:71) beerti kita telah menjatuhkan maruah diri sendiri sebagai bani Adam dengan menyertai kaum yang ingkar kepada Allah which is syaitan. Memilih untuk tunduk kepada hawa nafsu yg mana selalunya kita tak perasan pun dah tertunduk kepadanya menjadikan kita golongan yang mengotorkan diri yang sebenarnya bersih(91:7-10)…hal ini meletakkan kita dalam golongan yang tewas kerana gagal melawan musuh dalam diri sendiri yakni nafsu dan musuh seluruh bani Adam yakni syaitan(45:23)(14:22)…menjadi tewas(58:19) beerti kita rugi, teramat-amat rugi di akhirat sana…

Dalam tiap-tiap decision yang kita buat, sebenarnya ada pilihan untuk bersama Islam atau tidak. Bila nak makan, kalau bersama Islam, kita memilih untuk mengikut sunnah, makan yang halal dan baik, tidak membazir dan sebagainya tapi kalau kita memilih mengikut hati, maka kita kena ingatkan diri bahawa tiap-tiap kali kita memilih selain Islam, kita tewas, kita lemah, kita kalah dan kita kelak pasti rugi di hadapan Allah. wallahualam.

Insha Allah, Nawwar rase cukup kot tu dulu sebagai bingkisan bahagian pertama untuk baab Control Your Whims…jauh lagi perjalanan kita…inshaAllah Nawwar akan cuba yang terbaik untuk bedah buku nipis ni ngan anda semua ep…kita study sama-sama…

Nawwar nak akhiri post ni dengan satu kata-kata dari sekeping bookmark yang Nawwar sayang sgt... ”Follow your heart wherever it takes you and be happy!”

Your heart belongs to Allah. Trust me, it will take you to Him.

Assalamualaikum.

Apache Vs Mujahideen

Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah hari ini Nawwar berpeluang menulis sekali lagi untuk blog ni. Nawwar hari ini sangat gembira sebab semalam Nawwar dah habis bace buku The Ideal Muslimah yang tebalnye lebih dari 500 muka surat tuh!Yezza!So Nawwar happy la coz hari ini Nawwar can start reading another book yang Nawwar baru beli hari tu tajuk die Apache, hasil penulisan seorang bekas pilot pesawat tentera Apache Britain, Ed Macy. Kenapa Nawwar nak baca buku ni?Sebab dia cerita tentang perang di Afghanistan antara Amerika dan allies dia and kumpulan mujahideen.

And paling penting, buku ni cerita very detail about every part of pesawat Apache ni termasuk plan dan map yang telah digunakan oleh tentera AS and Britain ketika menyerang Taliban dan Mujahideen…Nawwar nak tau sangat tentang pesawat yang telah membunuh Al Rantisi di Palestine. Haa…walaupun konon2 dalam buku ni cerita betapa teruknya tentera AS and Britain di ‘dera’ oleh Taliban, yang penting Ed Macy cerita pasal Apache. So sape2 minat boleh la join Nawwar eh.

Paling tak tahan, Nawwar dapat nampak betapa takutnya tentera AS dan allies nya kepada mujahideen sehingga diorang nak bunuh beberapa belas mujahideen pun punya susah and takut sampai guna Apache yang kos untuk pesawat ni terbang di udara selama sejam adalah 20000 US dolar…hebat betul mujahideen. Alhamdulillah. And guess what, bila baca buku nie…memang nampak sangat tentera kafir memang takut mati sangat2 sebab Ed Macy ni ada cakap dalam buku ni, bagi dia yang paling penting adalah dia dapat selamatkan diri dan pulang ke pangkuan keluarganya.Hahaa…memang la diorang takut and akan kalah dengan Mujahideen sebab pejuang-pejuang Islam takkan pandang ke belakang lagi once dah bertapak di medan juang. Sama ada hidup mulia atau mati sebagai syuhada je bagi kita.InshaAllah. Moga2 kita tergolong dalam kalangan yang berjuang dengan amwalakum wa anfusakum yakni harta dan jiwa untuk sebuah syurga di alam sana. Ameen.

Mengenangkan peristiwa pejuang2 Islam ini, Nawwar nak hidangkan sebuah syair lagu yang sangat menyentuh hati Nawwar. Mesti ramai yang tahu lagu ni-‘Di manakah Abi’ tajuknya. Nawwar suka sangat lagu ni and Nawwar satu hari nanti bila dah ada anak, Nawwar nak nyanyi lagu ni kat anak2 haa….biar semua semangat2 nak jadi pejuang agama Allah.

Dalam damai teratak sepi
Menjelma pertanyaan menyentak hati
Bermainlah pilu sang isteri
Membelai pipi permata suci

Ummi, di manakah abi?
Bergetaran bibir mencari
Perlukah ku kisahkan apa yang terjadi
Pada si kecil yang ingin mengerti
Sayang abi
Kekasih ummi
pergi mencari cinta Ilahi

Tidurlah sayang
ummi dodoikan bersama dzikir mendamaikan
bangun mu esok menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman


”Allahumma harrir qudsana wa ja alna min junidit tahrir”

Selamat berjuang! Salam sayang dari Nawwar. Assalamualaikum.

Potret Hidup Insan Beriman

Assalamualaikum warahmatullah buat pembaca Nawwar yang dikasihi. Nawwar minta maaf kerana lama sangat tak update blog and mungkin akibat kegagalan Nawwar ini, masa yang kalian invest untuk buka blog Nawwar ni menjadi tidak berbaloi dan tidak mendapat manfaat seperti yang diharapkan. Nawwar akan berusaha sedaya upaya untuk update sekerap yang boleh, InshaAllah.


Pertamanya, Nawwar rasa belum terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri salam kemenangan buat kalian rijal-rijal ramadhan sekalian. Alhamdulillah, semoga bulan Ramadhan, bulan tarbiyyah yang telah berlalu menatijahkan ciri-ciri kemenangan dalam diri kita semua. Semoga segala amalan yang dilaksanakan diterima dan diridhoi Allah SWT. Moga-moga kita semua menjadi orang-orang yang puas dan gembira apabila tiba waktu berbuka dan apabila tiba waktu bertemu Allah SWT di hari pembalasan nanti.


Alhamdulillah wa syukurillah, Nawwar merasakan sangat gembira dan bersyukur kerana ramai sahabat2 Nawwar telah selamat tiba ke destinasi2 masing-masing terutama yang ke UK and Ireland untuk meneruskan risalah Muhammad di samping mencari seteguk ilmu Allah yang tak pernah kan luak biar setitis pun apabila kita mempelajarinya.


Nawwar sangat berharap kepada semua yang belum fly(termasuk diri sendiri….huahua) agar kita benar-benar memanfaatkan waktu-waktu yang masih tersisa ini untuk membaktikan diri kepada ibu bapa dan keluarga serta carilah hikmahNya di sebalik setiap peristiwa yang berlaku. Moga-moga kita tergolong dari kalangan yang sentiasa bersyukur dan tenang menghadapi hari-hari hadapan.


Mafhum hadith

“Sungguh menakjubkan perilaku orang mukmin. Semua keadaan adalah baik baginya. Jika memperoleh kesenangan dia bersyukur, dan yang demikian itu adalah baik baginya; dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, dan yang demikian itu adalah baik baginya. Perilaku seperti itu hanya ada pada diri seorang mukmin.”

(Hadith riwayat Muslim, 18/25 Kitaab az-Zuhd, baab fi ahaadeeth mutafarriqah)


Melalui pembacaan Nawwar baru-baru ini(Nawwar sedang dalam chapter terakhir The Ideal Muslimah karya Muhammad Ali Al Hashimi….doakan Nawwar cepat habis dan amal ilmu…hehe…sape ade jumpa buku ni bacalah…bagus bangat deh), Nawwar terpanggil untuk menceritakan hakikat betapa sama tarafnya kita umat manusia ni, tidak ada yang lebih tinggi status atau yang paling berhak dihormati…semua kita sama sahaja. Hanya iman dan amal kita yang membezakan kedudukan kita pada pandangan Allah.

Nawwar menonton sebuah drama Melayu bertajuk sebuah ijtihad di TV3 dan drama ini bagi Nawwar sangat berkesan dan sangat bagus sebab Nawwar nampak mesej yang jarang-jarang dapat ditonjolkan dalam drama2 melayu lain sebelum ini. Drama ini mengisahkan kehidupan seorang wanita yang dipenjara dan hampir dihukum gantung kerana diperangkap oleh suaminya yang meletakkan dadah dalam begnya menyebabkan wanita ini didakwa di bawah akta dadah berbahaya dan telah disabitkan bersalah kerana jenayah yang direncanakan suaminya itu langsung tidak dapat dikesan. Apa yang paling menyentuh perasaan Nawwar adalah kehidupan wanita ini di penjara dan bagaimana dia ditempatkan bersama 2 orang wanita lain yang masing2 dihukum kerana pelbagai kesalahan lain.


Betapa Allah mengasihi hambanya, wanita tadi iaitu Ida akhirnya menjadi sahabat baik dengan 2 orang wanita lain iaitu Cat dan Zack. Mereka saling memberi semangat dan sangat menyayngi satu sama lain. Apabila rayuan Ida ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Cat menjadi sangat sedih. Paling Nawwar tak boleh tahan adalah apabila Cat yang sebelum ni tak tahu dan tak pernah baca Quran akhirnya bertindak belajar dan membaca Quran untuk Ida kerana risau dengan nasib rakannya yang hampir ke tali gantung. Zack pula telah dibebaskan dari tuduhan apabila disabitkan tidak bersalah dan apabila Ida dibawa ke bilik akhir menunggu ke tali gantung, Cat kini berseorangan. Nawwar begitu tersentuh apabila Cat yang sebelum ni tak pernah menyentuh Quran telah berpesan kepada Ida supaya jangan takut dan berpeganglah kepada kalimah Lailahaillallah.


Masha Allah. Nawwar rasa terlalu kecil dan kerdil. Pasti ada kes seumpama ini yang benar2 berlaku. Betapa hamba Allah itu lebih tinggi darjatNya di sisi Allah sekalipun di mata manusia biasa, mereka hina kerana kesalahan yang dilakukan dan mereka adalah penghuni penjara. Nawwar merasakan mungkin kita sendiri tak mampu merasakan kebergantungan kepada Allah yang amat sangat sepertimana yang mungkin saudara2 kita ini rasakan. Betapa taubat mereka barangkali lebih mulia berbanding kita kerana penyesalan yang tidak terhingga.


Benarlah manusia ini sama saja semuanya, tidak ada yang hina atau yang mulia, hanya iman kita dan amal kita saja yang berbeza dan yangpasti hanya Allah tahu apa yang tersembunyi di lubuk hati kita.

Moga kalian mendapat seribu manfaat daripada kisah ini.Wallahua’alam


Allahumma ihdina wahdi bina wahdi asyiratana wahdi ummatal islam wahdi annasi jami’a wa ja alna sababan liman ihtada. ameen

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)