It's typical for a student to get busy and have no time for her own self. Agree?
Yes, i agree.
It's typical to suddenly feel like you cannot do something and you just pissed off by the fact that everyone else is doing the thing that you can't do. And you just realise that it wasn't that you can't do it. It's just that your mind is worrying too much and you end up not doing anything.Agree?
Hmm... i would say... yes, i agree. huhh..what a life?
You see, the biggest battle is to battle against your own self. Your own emotion and feelings are the biggest challenge. The most crucial thing right now is to stay focus and to know what should and should not be done.
Heading towards the end of semester 3, alhamdulillah we are all still in the long run and hopefully no one will get injured and stop running.
Dont focus to the problem, focus to the solution.
Life demanded us to keep learning and not to be perfect. So mistakes should be seen as an entrance to learning.
Rather than being tired because of worrying too much, dont you think it's better to be tired because of working so hard?
InsyaAllah, people,
we'll get through this.
and we'll get through this IB programme.
And we'll get through this life
As long as we have the blessings from Allah,
we'll meet the final line. Everyone will, InsyaAllah.
we'll be there.=)
I need the second drift!!
Labels: Suntikan Roh
Alhamdulillah. 25 Oktober 2008 telah menyaksikan aku dan beberapa orang akhawat sekali lagi bersama-sama berkumpul di bilik berhawa dingin di sebuah bangunan di sebuah negeri di Negara Malaysia ini..(cey… confidential gile…macam di rumah Al Arqam Bin Abi Al Arqam) untuk mendengar ucapan Al Maududi yang sudahpun syahid pada tahun 1953 tetapi hasil dakwahnya masih hidup hingga sekarang, tahun 2008.
Macam dalam cerita Sang Murabbi, bagaimana digambarkan bahawa perjuangan dakwah Ustaz Rahmat tetap hidup subur sekali pun beliau sudah tiada.
Apa bukti Islam ni benar?
Banyak buktinya. Dari aspek apa yang kau mahu, maka akan kau jumpa jawapannya.
Biar aku berikan salah satu buktinya. MASA.
Walaupun berapa kali pun zaman berputar dan berubah, Allah yang disembah nabi Adam dahulu, hari ini masih disembah oleh kita semua.
Dan sekalipun zaman berubah dari kurun ke kurun, tetap akan ada seseorang yang akan membuka mata dan minda umat kepada Islam. Dari Adam, Idris, Nuh Hud, Soleh …………sampai lah ke Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakob and seterusnya sampailah ke Nabi Muhammad…tauhid kepada Allah it terus-terusan diseru.
Hanya sesuatu yang benar dan terpelihara sahaja yang dapat kekal hidup dalam fikiran dan kehidupan manusia untuk jangka masa yang sepanjang dan selama ini.
Walaupun kita hidup di akhir zaman dan tidak akan ada lagi rasul baru yang akan diutuskan bagi membetulkan keadaan sekarang, tetapi syahadah yang dilafazkan saban hari adalah bukti kita menerima tanggungjawab dakwah dan kita wajib menyampaikan Islam kepada semua orang supaya manusia tidak dapat berhujah lagi di hadapan Allah kelak di mahkamah akhirat.
InsyaAllah. sekiranya Allah inginkan kebaikan buat kita, pasti akan Dia berikan kepada kita kefahaman tentang Islam.
Siapa sangka, dalam jutaan manusia yang berpasiran dibumi yang gersang ini, kita adalah yang dipilih oleh Allah untuk menjadi butir-butir air yang akan membasahi pepasir yang kering dan gersang ini.
Wahai butir-butir air, bertebaranlah dan basahilah pepasir di seluruh bumi ini sehinggakan tidak ada satu butir pun yang tidak dibasahimu. Jangan biarkan walau sebutir pun yang terlepas dari percikan kita supaya kelak butir pasir itu tidak mendakwa kita di akhirat sana…
Labels: Suntikan Roh
Kalau aku sudah bekeluarga nanti... aku mohon Ya Allah agar hati-hati zuriatku sentiasa terisi dengan Al Quran.. amin...
Seronok betul kan seandainya dapat membaca Al Quran dan memahaminya tanpa perlu lihat terjemahan, pasti lebih seronok seandainya berupaya bertutur bahasa al Quran... paling seronok sekiranya dapat merasai nikmat hidup di bawah bayangan Al Quran...
"Try not to be emotional sangat and dont get frustrated easily...smile can cure the pain inside"
Aku selalu cakap benda ni kepada diri aku.
Sebab aku kadang-kadang cepat sangat bengang dengan orang-orang disekeliling- terbawa-bawa perangai jahiliyah dulu-dulu.
Tapi aku rasa sangat tak puas hati lah sekarang.
Orang cakap aku cakap banyak tapi tak buat kerja tapi aku buat kerja dan orang itu tak buat kerja. Memang la. Aku faham. That's life. Manusia memang camtu. So, what? Kalau dia boleh macam itu kenapa aku tak boleh macam ini?
Lagi satu, sejak akhir2 ni, dikisahkan, banyak sekali teguran membina yang diterima. Alhamdulillah. Allah nak tunjuk jalan. Tapi aku rasa ada yang perlu difikirkan. Kita pelajar IB sem 3 adalah ibarat telur yang bukan dihujung tanduk lagi sebaliknya adalah telur yang dah jatuh dari hujung tanduk dan sedang tergolek-golek di atas tanah berbatu-batan yang seandainya kita tidak berhati-hati ketika tergolek itu, pastinya kita akan pecah terlanggar batu. Itulah keadaan kita, InsyaAllah, we'll get through this. But, it seems like no one understand us better than ourselves.
Semua orang minta difahami tetapi tidak mahu memahami orang lain.
Semua orang nak dipenuhi haknya tetapi tak memenuhi hak orang lain ke atasnya.
Semua orang nak masa 24 jam yang Allah bagi kat each of us itu tetapi tak nak spend masa diorang untuk kita. That 24 hours belong to us, people. Pernah fikir tak?
Semua orang nak fly by next year. InsyaAllah we will. But boleh je, esok nak fly hari ini mati, or esok nak fly, hari ini inflation dasat gile, kerajaan tak jadi nak lontar kita batu-batu yang bergolek-golek ini ke luar negara. Boleh je. Possible je.
Dahsyatnya SEM 3 ini telah aku rasai meskipun EE ku dah siap pon. Tapi Allah nak uji juga melalui banyak benda-benda(maksudku orang-orang tertentu) lain yang Subhanallah, nak menyibuk juge dalam hidup aku ni.
Betullah cakap Yaqin, Allah uji kita dengan setiap nikmat yang dia beri. Kaya, miskin, cantik, hodoh, pandai, bodoh, tinggi, pendek, gemok, kurus, putih hitam...
Semuanya ujian untuk menguji 1 perkataan yang kita claim kita memilikinya which is IMAN..
Say; "Thank you Allah. Each kesedihan or musibah that you gave to me is a sign that i am still in your view, and u are still looking at me, and it is a clear sign that You love me...' InsyaAllah
Joy to have merited the Pain
Joy to have merited the Pain—
To merit the Release—
Joy to have perished every step—
To Compass Paradise—
Pardon—to look upon thy face—
With these old fashioned Eyes—
Better than new—
could be
—for that
—Though bought in Paradise—
Because they looked on thee before—
And thou hast looked on them—
Prove Me—
My Hazel Witnesses
The features are the same—
So fleet thou wert, when present—
So infinite—when gone—
An Orient's Apparition—
Remanded of the Morn—
The Height I recollect—
'Twas even with the Hills—
The Depth upon my Soul was notched—
As Floods—
on Whites of Wheels—
To Haunt—
till Time have dropped
His last Decade away,And Haunting actualize—
to last
At least—
Eternity—
By Emily Dickinson
"My favorite poet. See how islamic the poem is, yet written by a Christian. The only big mistake in this masterpiece, owh Emily, none of us can ever last till eternity...
You died Emily. Others did. Others will."
Labels: Poetry
CORRECTION!!
Harap maaf kepada sesiapa yang telah membaca post 'Macam Beruk'. Terdapat sedikit ralat dalam sebuah kisah yang diselitkan dalam post tersebut.
Berkaitan Hindun adalah Ummu Salamah. Dengan bantuan daripada sahabatku, didapati bahawa Hindun yang makan hati Saidina Hamzah itu bukanlah Hindun yang digelar Ummu Salamah. Ummu Salamah adalah Hindun Bt Abu Umaiyah Al-Mughirah, merupakan isteri Nabi, pernah menyertai 2 hijrah- ke habsyah dan madinah. Sebaliknya Hindun yang makan hati Saidina Hamzah memeluk Islam selepas Fathul Makkah. Jadi Hindun ini dan Hindun Ummu Salamah bukanlah orang yang sama.
Tapi hakikatnya, kedua-duanya adalah wanita Islam yang banyak sumbangannya. Wallahua'lam.
Di saat Waktu Berhenti
Di saat waktu berhenti
kosong…
dimensi membutakan mata memekakkan telinga
lalu diri menjadi hamba
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
sedarku akan hadirmu mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri…
Ramadhan yang lalu, sebelum pulang berhari raya, abangku membawaku ke KLCC untuk berbuka puasa. Dalam perjalanan, memandangkan kami menggunakan keretapi elektrik, maka kami perlu melalui kawasan Masjid Jamek untuk menukar tren.
Aku mengenal dunia pada ketika aku melintasi kawasan Masjid Jamek itu. Aku kenal seluruhnya.
Ada seorang pak cik tua yang berkerusi roda, cacat. Rutinnya menjual kerepek. Mungkin ramai yang biasa terserempak dengannya. Tapi berapa ramai yang membeli kerepeknya? Dan berapa ramai yang berhenti untuk mendoakannya? Dan berapa ramai yang belajar tentang dunia apabila melihat dia?
Pak Cik cacat yang miskin dan tua dan sedih itu adalah bukti hari ini masyarakat aku terlalu sakit. Sakit yang terlalu parah. Mentalitinya berdarah.
Di KLCC,
Perbualan aku dengan abangku yang hensem(Insya Allah) :-
Abang: “Kakwa, kat KLCC ni hang boleh jumpa macam-macam style rambut” ( Abang gelak-gelak sambil tunjuk pada seorang lelaki yang rambut ala-ala Reshmonu je aku tengok)
Aku: “Woo… betui ah… lawak gila. Hek eleh…Rambut hang pun kalau simpan panjang sket mesti jadi camtu..haha”
Abang: “Aii… kuang ajaq betoi…haha”
(*Pardon our ‘Utara’ slang and our quite harsh way of speaking…that’s considered normal for us)
Abang kata kat KLCC boleh jumpa macam-macam style rambut. Bagi aku itu satu bukti bahawa betapa berbezanya hati-hati kita. Dan betapa ramainya manusia di atas bumi ini yang punya masa untuk meluruskan, mengerintingkan, mewarnakan dan macam-macam lagi la rambut mereka itu tetapi pak cik tua cacat yang sedih masih lagi menjual kerepek di kaki lima di kawasan Masjid Jamek.Pak Cik hanya berkopiah putih kuning yang lusuh.
Perjalanan untuk pergi berbuka puasa di KLCC itu jadi semacam kelas pendidikan moral pula bagi aku. Hmm.. bukan pendidikan moral. Pendidikan hati.
Aku belajar bahawa masyarakat aku sakit (termasuk juga aku) kerana yang terlalu banyak dalam otak kita ini adalah perihal-perihal hidup sendiri. Kenapa kita tidak terasa apa-apa apabila melihat pak cik tua cacat yang menjual kerepek untuk hidup yang kita tidak tahu berapa banyak mulut yang mungkin perlu diisinya? Kita tidak terasa apa-apa. Kita memang bermasalah.
Aku belajar bahawa hari ini terlalu banyak dalam kalangan kita yang apabila membandingkan diri dengan orang lain kita jarang mencari persamaan untuk dikongsi bersama tapi kita sering mencari perbezaan antara kita dan mengorek sedalam mungkin kelemahan orang lain untuk kepuasan hati sendiri atau sekurang-kurangnya untuk dijadikan bahan ejekan atau sindiran di blog sendiri(seperti yang sedang aku lakukan)
Inilah puncanya pak cik tua cacat yang miskin dan berkerusi roda usang masih menjerit-jerit menjual kerepek di kaki lima pada ketika kita dan kawan-kawan bergembira di Mamma Mia, pada ketika hati kita sibuk memikirkan soal cinta dan persahabatan yang tidak ketahuan punca, pada ketika kita gembira dan bersorakan dengan ceria di carnival sukan dalam keadaan yang terlalu terlupa dan terleka.
Aku belajar bahawa masyarakat kita tidak mampu dan tidak akan berubah selagi mana otak kita di’block’ oleh pemikiran bahawa perubahan yang tidak disertai keinginan sendiri atau dengan kata lain berubah sebab orang tegur atau orang suruh itu adalah hipokrit. Itu bukan hipokrit. Tidak ada istilah hipokrit dalam hidup seorang manusia yang saban harinya melafazkan syahadah dan bersaksi bahawa tubuh badan dan kehidupan dan keluarga dan segala yang dimiliki adalah BUKAN milik sendiri. Maka, apa hak kita untuk memilih jalan hidup sendiri padahal sudah diberi SATU jalan hidup dan hanya SATU jalan hidup inilah yang akan diterima oleh DIA yang mencipta?
Dan pak cik tua cacat yang miskin dan berdukacita itu masih di situ, dengan kerepeknya, dan kerusi rodanya.
Kepada Pak Cik yang aku tidak kenali, aku dedikasikan post ini untukmu, sekurang-kurangnya inilah usahaku dan inilah hujahku kelak di akhirat sana.
Percayalah, setiap butir peluhnya menjual kerepek yang saban harinya jarang sekali terjual habis, setiap kali hatinya tercalar kerana jasad-jasad yang melintasinya tidak berhenti pun untuk menghulurkan wang seringgit dua untuk membeli kerepek padahal berkereta, berumah dan bertelefon mewah, siap flip-flip depan dia lagi, setiap kali dia berasa terguris dengan hidup yang tidak dibela ‘saudara’ sendiri, setiap kali itulah kita semua mengundang derita di hadapan Allah nanti. Setiap saat pak cik tua cacat yang bersedih menangis di kaki lima itu adalah saat-saat kita akan menangis penuh sesal di hadapan Allah nanti.
Macam Beruk??
“Kegagalan kita untuk menerima hakikat bahawa kita teruk, akan membuktikan bahawa kita bukan orang tapi beruk”~ anonymous
Pada ketika kata-kata itu melintasi ruang fikiranku, aku berasa sakit hati sangat. Please lah, mana boleh samakan orang dengan beruk. Tak baik ah…
Tapi kata-kata itu logiknya ada.
Seorang manusia yang telah jelas akan keburukan yang telah dilakukannya tetapi tidak mahu menerima hakikat bahawa dia bersalah atau dia tidak benar adalah hampir sama sahaja dengan haiwan seperti beruk bahkan lebih teruk lagi kerana sekurang-kurangnya beruk tidak faham Al Quran dan tidak membaca Al Quran dan Al Quran itu bukan untuk beruk tetapi untuk kita.
Siapa pun kamu dan siapa pun aku, kita semua tidak pernah dan tidak mungkin dapat melepaskan diri dari melakukan kesilapan. Tetapi kita juga sentiasa diberi peluang untuk membetulkannya. Kesilapanlah yang sebenarnya menghebatkan kita.
Bukti:
Nabi Adam a.s. melakukan kesalahan terlebih dahulu ketika di syurga dan kemudiannya Allah buang Adam dan Hawa ke bumi. Setelah bertaubat, Nabi Adam bahkan diangkat menjadi rasul Allah.
Hindun pada ketika kafirnya telah meratah hati Saidina Hamzah dengan kejam sekali tetapi setelah taubatnya Allah tetap mengangkat darjatnya dan dia dikenali sebagai Ummu Salamah yang banyak berjasa untuk Islam.
Saidina Umar Al Khattab ketika sebelum Islamnya pernah berniat untuk membunuh Nabi Muhammad dan niatnya itu akhirnya membawa beliau kepada Islam dan akhirnya menjadi salah seorang sahabat yang terlalu menyayangi Rasulullah.
Dalam suatu hadith,
‘Jika engkau mengampuni, ya Allah, berilah ampunan yang melimpah, hamba Mu mana yang tak pernah berbuat salah.’
Bukalah hati kepada perubahan. Semua orang pernah buat silap dan semua orang boleh berubah jika mahu. Dan hakikatnya perubahan ke arah yang lebih baik itu adalah keperluan. Mahu tidak mahu, kita mesti lebih baik dari diri kita yang semalam kerana Allah dan Nabi melaknat orang yang tidak ada progress, dari dulu sampai sekarang begitulah hidup dan sikapnya, tidak berubah menjadi semakin baik.
Manusia mana yang tidak pernah berbuat salah…
Hari ini dalam sejarah hidupku...
Pada ketika aku menulis ini, aku berada dalam keadaan tenang, tenteram, waras dan sedar akan setiap butir patah perkataan yang aku keluarkan...
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh dan terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung"
Sekarang aku faham ayat ini...setelah seberapa lama...fahamlah sudah
kenapa apabila org mukmin men'jual' diri dan harta mereka di jln Allah, Allah byr dgn 'bayaran yang sgt mahal', yang paling mahal, dan yang paling berharga sekali... x tercari di dunia ini....
Kerana untuk memperdagangkan diri(beerti mengorbankan diri dan kehendak hati) dan harta itu adalah sesuatu yang terlalu sukar dan terlalu sarat dengan dugaan yang terlalu mencabar. Tak semua orang mampu.
Dan setiap kalinya kita gagal dalam ujian itu, boleh jadi kita semakin dekat dengan kejayaan(berjaya jual diri kita kepada Islam) atau boleh jadi kita terjual diri kita secara murahan di pasar kehidupan dunia. Betapakah ruginya jika kita terjual diri dan harta kita bukan ke jalan Allah tetapi ke jalan lain yang Dia tidak redhai kerana kita sudah tidak ada stok lagi untuk jual kepada Allah dan akan rugi(low profit margin...check buku business Dave Hall=)) di akhirat nanti.
.....................................................................................................
Dah byk kali juga aku menangis kerana perkara ini dan hari ini aku menangis sekali lagi.
Kadangkala rasa bersalah kerana hati ini bersedih atas sesuatu perkara yang menimpa diri padahal Dia telah kurniakan beribu-ribu nikmat sehari-hari.
Teringat pula pada kata-kata Umar Abd Aziz (di'sms'kan oleh sahabat yang tersangat 'jauh' dariku sekarang kepadaku) yang maksudnya lebih kurang begini-
tidak ada seorang pun yang Allah ambil nikmat daripadanya dan dia tetap sabar dan tabah melainkan Allah akan menggantikannya dengan nikmat lebih baik lagi...
Astaghfirullah... kenapa masih bersedih?
Hari ini(11/10/2008) Allah mengambil dariku suatu nikmat yang aku selama ini memandangnya terlalu jauh dariku, kemudian ia datang dekat kepadaku dan kemudiannya Allah tambatkan hatiku kepadanya dan kemudian Allah tarik nikmat itu semula dan aku berasa bersedih. Sedih kerana suatu nikmat kecil yang ditarik dari beribu-ribu nikmat yang belum ditarik dan terus diberikan.
Akulah orang yang Allah selamatkan tetapi jarang sekali bersyukur. Jangan begitu ye?
Ini doa aku...aku hari ini mengecewakan agamaku...
Astaghfirullah wa atubu ilaik
When The Past Speaks...
What would you do if you can review all that you have done in the past today? It would be a pleasure if you can recall back your sweet memories with your loved ones who have passed away already. And of course, watching back your past days might have evoked back lots of memories and bring lots of faces to your mind. But, that is if you have done good things in the past. You will experience different feelings if you did bad things in your past days. You might not want others to see the skeleton in your cupboard.
Whatever it is, let by gone be by gone, right? My teacher always said, ‘the past does not exist. The only thing that you have is today.’ People, in the Holy Quran, in Surah Al Insyirah, Allah SWT has stressed out how important it is to keep going on and to keep holding on in whatever we do, no matter how hard and how tough the obstacle is.
I know, talking is always much easier. But life’s like that. That is why we are given one mouth but 2 hands because to say something with the mouth is easier than to do something with a hand, so God gives us two hands, to make the job easier, right?
So, friends, let’s not ignore the future just because you have an unwanted past.
No winter last forever, No spring skips its turn…
Behind The Scene
Hi! Welcome again to DONTLOSEGRIP… How are you doing? Hopefully, everyone is doing fine. Don’t ever lose your grip and your faith to Allah swt no matter how hard your life would be. For this time, let’s talk about movies. Long, long time ago, when I was still very young, I was taught to watch a movie with heart and not only with eyes. Growing in a family that went to cinema almost every week, I always take watching movies as one of the way to get to know about life, make it, lives out there, in the real up-to-the-minute world. What do you see when you watch ‘Flight plan’ or ‘Red Hand’? What did you get? I see a lot. You see, it would be very hard if you are trapped in a flight and somebody has planned very particularly and meticulously just to make sure that you won’t have the chance to land safely at your destination. ‘Flight plan’ taught me to stay awake along my journey so that no one can take my belongings, at least. And yes, ‘Red Hand’ gave me the idea to not to trust anyone just like that~ you see, trust is a fragile thing. It’s never okay to show that you are vulnerable in front of everyone because you don’t know who your real enemy is.
Hey, how about the Bourne? (Sshh… keep your voice lower, you’re gonna be heard by the Russians...Haha) I tell you, I like a movie went it’s free from sexual scenes. Bourne is one of them~ it’s quite clean; make it cleaner, in comparison with movie like Species (hey Species director- don’t make Science become grubby just because your creative ‘masterpiece’)
What? 300? Whoa… that film is awesome (Who’s with me? Yeah… give me five! =P) And Gladiator, have you watched it? That is what we call spectacular, man! You don’t see Spaniard and his horses and his sword every day at the street. Haha. When I first watched Gladiator, I found myself sketching gladiators everywhere in my sketch book! Same goes when I watched The Mummy, I kept on drawing Egyptian and women like Cleopatra. Hey, I did draw Puteri Gunung Ledang after I watched the movie. ( For those who don’t know~ I love drawing and of course, I can draw)
People, motion pictures are visuals that copied what we have in our bona fide world. Sometimes, through those stories, you’ll find things that you don’t find easily in your life. Movies can be very attractive. They influenced people faster than influenza infected your lungs, because they influenced the mind and mind is very easily to be infected. Muslims, movies can be a very stable way, I mean; it could be one of the best way to do da’wa. Yes it’s not easy but it’s gonna be very effective. Maybe, one day, through movies, we shall bring back our empire. The chance is there.