Di saat waktu berhenti
kosong…
dimensi membutakan mata memekakkan telinga
lalu diri menjadi hamba
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
sedarku akan hadirmu mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri…
Ramadhan yang lalu, sebelum pulang berhari raya, abangku membawaku ke KLCC untuk berbuka puasa. Dalam perjalanan, memandangkan kami menggunakan keretapi elektrik, maka kami perlu melalui kawasan Masjid Jamek untuk menukar tren.
Aku mengenal dunia pada ketika aku melintasi kawasan Masjid Jamek itu. Aku kenal seluruhnya.
Ada seorang pak cik tua yang berkerusi roda, cacat. Rutinnya menjual kerepek. Mungkin ramai yang biasa terserempak dengannya. Tapi berapa ramai yang membeli kerepeknya? Dan berapa ramai yang berhenti untuk mendoakannya? Dan berapa ramai yang belajar tentang dunia apabila melihat dia?
Pak Cik cacat yang miskin dan tua dan sedih itu adalah bukti hari ini masyarakat aku terlalu sakit. Sakit yang terlalu parah. Mentalitinya berdarah.
Di KLCC,
Perbualan aku dengan abangku yang hensem(Insya Allah) :-
Abang: “Kakwa, kat KLCC ni hang boleh jumpa macam-macam style rambut” ( Abang gelak-gelak sambil tunjuk pada seorang lelaki yang rambut ala-ala Reshmonu je aku tengok)
Aku: “Woo… betui ah… lawak gila. Hek eleh…Rambut hang pun kalau simpan panjang sket mesti jadi camtu..haha”
Abang: “Aii… kuang ajaq betoi…haha”
(*Pardon our ‘Utara’ slang and our quite harsh way of speaking…that’s considered normal for us)
Abang kata kat KLCC boleh jumpa macam-macam style rambut. Bagi aku itu satu bukti bahawa betapa berbezanya hati-hati kita. Dan betapa ramainya manusia di atas bumi ini yang punya masa untuk meluruskan, mengerintingkan, mewarnakan dan macam-macam lagi la rambut mereka itu tetapi pak cik tua cacat yang sedih masih lagi menjual kerepek di kaki lima di kawasan Masjid Jamek.Pak Cik hanya berkopiah putih kuning yang lusuh.
Perjalanan untuk pergi berbuka puasa di KLCC itu jadi semacam kelas pendidikan moral pula bagi aku. Hmm.. bukan pendidikan moral. Pendidikan hati.
Aku belajar bahawa masyarakat aku sakit (termasuk juga aku) kerana yang terlalu banyak dalam otak kita ini adalah perihal-perihal hidup sendiri. Kenapa kita tidak terasa apa-apa apabila melihat pak cik tua cacat yang menjual kerepek untuk hidup yang kita tidak tahu berapa banyak mulut yang mungkin perlu diisinya? Kita tidak terasa apa-apa. Kita memang bermasalah.
Aku belajar bahawa hari ini terlalu banyak dalam kalangan kita yang apabila membandingkan diri dengan orang lain kita jarang mencari persamaan untuk dikongsi bersama tapi kita sering mencari perbezaan antara kita dan mengorek sedalam mungkin kelemahan orang lain untuk kepuasan hati sendiri atau sekurang-kurangnya untuk dijadikan bahan ejekan atau sindiran di blog sendiri(seperti yang sedang aku lakukan)
Inilah puncanya pak cik tua cacat yang miskin dan berkerusi roda usang masih menjerit-jerit menjual kerepek di kaki lima pada ketika kita dan kawan-kawan bergembira di Mamma Mia, pada ketika hati kita sibuk memikirkan soal cinta dan persahabatan yang tidak ketahuan punca, pada ketika kita gembira dan bersorakan dengan ceria di carnival sukan dalam keadaan yang terlalu terlupa dan terleka.
Aku belajar bahawa masyarakat kita tidak mampu dan tidak akan berubah selagi mana otak kita di’block’ oleh pemikiran bahawa perubahan yang tidak disertai keinginan sendiri atau dengan kata lain berubah sebab orang tegur atau orang suruh itu adalah hipokrit. Itu bukan hipokrit. Tidak ada istilah hipokrit dalam hidup seorang manusia yang saban harinya melafazkan syahadah dan bersaksi bahawa tubuh badan dan kehidupan dan keluarga dan segala yang dimiliki adalah BUKAN milik sendiri. Maka, apa hak kita untuk memilih jalan hidup sendiri padahal sudah diberi SATU jalan hidup dan hanya SATU jalan hidup inilah yang akan diterima oleh DIA yang mencipta?
Dan pak cik tua cacat yang miskin dan berdukacita itu masih di situ, dengan kerepeknya, dan kerusi rodanya.
Kepada Pak Cik yang aku tidak kenali, aku dedikasikan post ini untukmu, sekurang-kurangnya inilah usahaku dan inilah hujahku kelak di akhirat sana.
Percayalah, setiap butir peluhnya menjual kerepek yang saban harinya jarang sekali terjual habis, setiap kali hatinya tercalar kerana jasad-jasad yang melintasinya tidak berhenti pun untuk menghulurkan wang seringgit dua untuk membeli kerepek padahal berkereta, berumah dan bertelefon mewah, siap flip-flip depan dia lagi, setiap kali dia berasa terguris dengan hidup yang tidak dibela ‘saudara’ sendiri, setiap kali itulah kita semua mengundang derita di hadapan Allah nanti. Setiap saat pak cik tua cacat yang bersedih menangis di kaki lima itu adalah saat-saat kita akan menangis penuh sesal di hadapan Allah nanti.
Di saat Waktu Berhenti
Posted by
Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal
Wednesday, October 15, 2008
2 comments:
kami orang-orang tua memang tadak orang mau dah paah oi
ok pak teh!cek budak baru blajaq!hehe
Post a Comment