Hari ini dalam sejarah hidupku...

Pada ketika aku menulis ini, aku berada dalam keadaan tenang, tenteram, waras dan sedar akan setiap butir patah perkataan yang aku keluarkan...


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh dan terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung"

Sekarang aku faham ayat ini...setelah seberapa lama...fahamlah sudah

kenapa apabila org mukmin men'jual' diri dan harta mereka di jln Allah, Allah byr dgn 'bayaran yang sgt mahal', yang paling mahal, dan yang paling berharga sekali... x tercari di dunia ini....

Kerana untuk memperdagangkan diri(beerti mengorbankan diri dan kehendak hati) dan harta itu adalah sesuatu yang terlalu sukar dan terlalu sarat dengan dugaan yang terlalu mencabar. Tak semua orang mampu.

Dan setiap kalinya kita gagal dalam ujian itu, boleh jadi kita semakin dekat dengan kejayaan(berjaya jual diri kita kepada Islam) atau boleh jadi kita terjual diri kita secara murahan di pasar kehidupan dunia. Betapakah ruginya jika kita terjual diri dan harta kita bukan ke jalan Allah tetapi ke jalan lain yang Dia tidak redhai kerana kita sudah tidak ada stok lagi untuk jual kepada Allah dan akan rugi(low profit margin...check buku business Dave Hall=)) di akhirat nanti.

.....................................................................................................

Dah byk kali juga aku menangis kerana perkara ini dan hari ini aku menangis sekali lagi.

Kadangkala rasa bersalah kerana hati ini bersedih atas sesuatu perkara yang menimpa diri padahal Dia telah kurniakan beribu-ribu nikmat sehari-hari.

Teringat pula pada kata-kata Umar Abd Aziz (di'sms'kan oleh sahabat yang tersangat 'jauh' dariku sekarang kepadaku) yang maksudnya lebih kurang begini-

tidak ada seorang pun yang Allah ambil nikmat daripadanya dan dia tetap sabar dan tabah melainkan Allah akan menggantikannya dengan nikmat lebih baik lagi...

Astaghfirullah... kenapa masih bersedih?



Hari ini(11/10/2008) Allah mengambil dariku suatu nikmat yang aku selama ini memandangnya terlalu jauh dariku, kemudian ia datang dekat kepadaku dan kemudiannya Allah tambatkan hatiku kepadanya dan kemudian Allah tarik nikmat itu semula dan aku berasa bersedih. Sedih kerana suatu nikmat kecil yang ditarik dari beribu-ribu nikmat yang belum ditarik dan terus diberikan.

Akulah orang yang Allah selamatkan tetapi jarang sekali bersyukur. Jangan begitu ye?



Ini doa aku...aku hari ini mengecewakan agamaku...

Astaghfirullah wa atubu ilaik

5 comments:

sahabiat October 13, 2008 at 8:42 PM  

yup...kadang2 kte xperasan nikmat yang Allah kurniakan kpd kte..sebab ujian iman adalah yang paling besar dlm hidup kte...

tapi kte nak jadi org yang beriman dan plg tggi darjat di sisi Allah...maka jgnlah kter bersedih dgn apa yg menimpa kte..sabar itu lebih baik..

Anonymous October 13, 2008 at 9:36 PM  

hmmm...

=)

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal October 13, 2008 at 9:45 PM  

najthanks ija...
by the way, u r a very nice along to me..ngeh..=)

JHaZ KiTaRo October 14, 2008 at 9:47 AM  

salam syawal dari bumi Dublin, Ireland. Kalau rajin, singgah2lah ke blog hamba.. :)

sahabiat October 16, 2008 at 9:25 AM  

angah yang ku cayang..huhuhu

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)