Macam Beruk??

“Kegagalan kita untuk menerima hakikat bahawa kita teruk, akan membuktikan bahawa kita bukan orang tapi beruk”~ anonymous

Pada ketika kata-kata itu melintasi ruang fikiranku, aku berasa sakit hati sangat. Please lah, mana boleh samakan orang dengan beruk. Tak baik ah…


Tapi kata-kata itu logiknya ada.


Seorang manusia yang telah jelas akan keburukan yang telah dilakukannya tetapi tidak mahu menerima hakikat bahawa dia bersalah atau dia tidak benar adalah hampir sama sahaja dengan haiwan seperti beruk bahkan lebih teruk lagi kerana sekurang-kurangnya beruk tidak faham Al Quran dan tidak membaca Al Quran dan Al Quran itu bukan untuk beruk tetapi untuk kita.



Siapa pun kamu dan siapa pun aku, kita semua tidak pernah dan tidak mungkin dapat melepaskan diri dari melakukan kesilapan. Tetapi kita juga sentiasa diberi peluang untuk membetulkannya. Kesilapanlah yang sebenarnya menghebatkan kita.

Bukti:

Nabi Adam a.s. melakukan kesalahan terlebih dahulu ketika di syurga dan kemudiannya Allah buang Adam dan Hawa ke bumi. Setelah bertaubat, Nabi Adam bahkan diangkat menjadi rasul Allah.

Hindun pada ketika kafirnya telah meratah hati Saidina Hamzah dengan kejam sekali tetapi setelah taubatnya Allah tetap mengangkat darjatnya dan dia dikenali sebagai Ummu Salamah yang banyak berjasa untuk Islam.

Saidina Umar Al Khattab ketika sebelum Islamnya pernah berniat untuk membunuh Nabi Muhammad dan niatnya itu akhirnya membawa beliau kepada Islam dan akhirnya menjadi salah seorang sahabat yang terlalu menyayangi Rasulullah.

Dalam suatu hadith,

‘Jika engkau mengampuni, ya Allah, berilah ampunan yang melimpah, hamba Mu mana yang tak pernah berbuat salah.’

Bukalah hati kepada perubahan. Semua orang pernah buat silap dan semua orang boleh berubah jika mahu. Dan hakikatnya perubahan ke arah yang lebih baik itu adalah keperluan. Mahu tidak mahu, kita mesti lebih baik dari diri kita yang semalam kerana Allah dan Nabi melaknat orang yang tidak ada progress, dari dulu sampai sekarang begitulah hidup dan sikapnya, tidak berubah menjadi semakin baik.

Manusia mana yang tidak pernah berbuat salah…

3 comments:

Anonymous October 16, 2008 at 9:03 AM  

macam beruk?? aiihhh...=)

neway, ttg ummu salamah tuh, rasenye mmg name dia hindun bt abu umaiyah al-mughirah..tapi bukan hindun yang makan hati saidina hamzah tuh, rite?

based on buku "100 wanita terbilang" (lbih kurg la tajuk die), ummu salamah ni isteri abdullah, then kahwin dgn nabi muhammad saw...

ummu salamah pernah berhijrah dua kali, satu ke habsyah dan satu ke madinah...

so, if ummu salamah adalah hindun makan hati saidina hamzah tuh, mesti tak sempat berhijrah sbb hindun yg makan hati tuh masuk islam waktu fathul makkah...

so, kesimpulannya bagi saye, ummu salamah ni bukanlah hindun yg makan hati saidina hamzah tuh, tapi hindun lain..

wallahualam =)

adlan wafi October 17, 2008 at 5:45 AM  

oh, ada dua hindun...

Rhazes October 17, 2008 at 7:09 PM  

ya
mari kite menyamekan org lain ngan binatang
selain beruk
banyak lg yang lebih teruk
baru seronok

Cahaya Kalimah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepada Mu
kerana telah memilih kami
Memahami tugas dan tanggungjawab
dakwah ini

Maka kami berikrar untuk:

iltizam untuk bersatu hati dalam
menegakkan amanah da'wahMu

Bersungguh-sungguh bekerja
semampu kami berdakwah kpdMu

Berterusan meningkatkan diri
menerusi sistem tarbiyah ini

Demi mencapai keridhoanMu


Web Site Hit Counters
HTML'>http://www.easycounter.com/">HTML Counter


Cahaya Muqadimah

"Katakanlah, 'inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata'." (Yusuf: 108)